Sampai bila Rajapuas ni nak syok sendiri !
telokbakong.blogspot. rahimho.blogspot.
Tragedi bola sepak negara
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
Apa lagi saya boleh cakap? Kalau saya cakap nanti orang marah. Namun memang kualiti pemain dan jurulatih kita masih di takuk rendah dan kekalahan besar sebuah pasukan berstatus kelab, memang memalukan sebagai pasukan negara.
KUALA LUMPUR - Bekas pemain kebangsaan menyifatkan kekalahan memalukan Harimau Malaya 0-5 kepada kelab kedua tercorot J-League 1, Shonan Bellmare dalam aksi persahabatan kelmarin, sebagai satu tragedi bola sepak tanah air.
Mereka berkata, maruah Harimau Malaya dicarik-carik kerana kekalahan besar tersebut.
Lantaran itu, kata mereka tiada sebarang alasan yang boleh diberikan jurulatihnya, Datuk K. Rajagobal untuk menutup kepincangan Harimau Malaya sebaliknya satu formula drastik perlu dicari untuk memperbaiki prestasi yang semakin merudum.
Antara orang lama yang lantang bersuara adalah bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali, yang menggesa supaya rombakan perlu dilakukan bagi pasukan kebangsaan sebelum terlambat dan menyifatkan kekalahan itu sebagai memalukan.
"Apa lagi saya boleh cakap? Kalau saya cakap nanti orang marah. Namun memang kualiti pemain dan jurulatih kita masih di takuk rendah dan kekalahan besar sebuah pasukan berstatus kelab, memang memalukan sebagai pasukan negara.
"Kita kena sedar Liga Jepun yang berada di kelas A dan apabila kita kalah, apa lagi hendak ditunjukkan oleh Rajagobal. Saya fikir sudah sampainya satu rombakan drastik perlu dilakukan, kekalahan 0-5 sukar untuk diterima oleh semua peminat bola sepak Malaysia, " katanya ketika dihubungi, semalam.
Tidak menafikan bahawa kekalahan terbaru itu pasti menjatuhkan moral dan keyakinan pemain dalam tempoh terdekat, Khalid mengingatkan pemain supaya ada perasaan malu apabila tewas sedemikian rupa.
"Jika mereka ada berasa malu, sudah tentu mereka takut untuk menghadapi peminat kerana sering kali mencatatkan kekalahan namun andai sebaliknya iaitu tiada lagi perasaan malu, saya fikir mereka ini bukan lagi pemain tulen dan jangan terlalu banyak lagi memberi alasan, " katanya.
Sebelum ini, Harimau Malaya tewas 0-2 kepada satu lagi kelab J-League 1, Shimizu S-Pulse dan akan melengkapkan siri perlawanan persahabatan di Tokyo dengan berdepan kelab J-League 2, Tokyo Verdy pada 31 Julai ini.
Bagi bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hasan pula mempersoalkan sama ada Rajagobal mendengar atau tidak kritikan yang dilemparkan oleh pemerhati bola sepak atau sekadar menganggap itu satu perkara yang tidak perlu diendahkan.
"Saya tahu ada kalanya pandangan yang diberikan oleh mereka di luar padang tidak sama dengan mereka yang melatih. Namun terimalah sekurang-kurangnya teguran itu sebagai sesuatu yang positif, janganlah hanya pandang sinis sahaja dengan apa orang lain perkatakan dengan mengatakan benda-benda yang tidak sepatutnya seperti ranking tidak perlu.
"Mungkin tidak semua apa yang diperkatakan oleh saya atau bekas-bekas pemain lain itu betul tetapi pandangan kami semua adalah berdasarkan pengamalan kami sepanjang bergelar pemain dan sayangkan bola sepak negara.
"Satu lagi, janganlah kita terlalu asyik mengimbas kejayaan lalu seperti memenangi pingat emas Sukan SEA atau Piala AFF. Sudah sampainya kita fokus untuk memperbaiki prestasi dari masa ke semasa, kekalahan ini satu tamparan hebat kepada, sudah tentu JFA (Persatuan Bola Sepak Jepun) mentertawakan kita boleh kalah kepada sebuah pasukan kelab, " katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130729/su_01/Tragedi-bola-sepak-negara#ixzz2aROBX69D © Utusan Melayu (M) Bhd
Sampai bila Rajapuas ni nak syok sendiri !
telokbakong.blogspot.
rahimho.blogspot.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130729/su_01/Tragedi-bola-sepak-negara#ixzz2aROBX69D
© Utusan Melayu (M) Bhd
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
Sent: Wednesday, July 24, 2013 12:32 AM
Subject: Fw: Bubar FAM jika nak bolasepak kembali bersinar..!!
Bubar sahaja FAM jika nak tengok bolasepak kita kembali bersinar..!!
BUBAR FAM SEGERA JIKA MAHU LIHAT SKUAD HARIMAU MALAYA DISEGANI DI RANTAU INI
oleh wfauzdin
TIADA jalan lain jika ingin melihat Skuad Harimau Malaya berada setaraf dengan kuasa bola sepak khususnya di Asia Tenggara ini kecuali Presiden dan pegawai-pegawai yang terlibat di dalam pengurusan FAM meletakkan jawatan. Ternyata mereka gagal samasekali walaupun terlalu lama peluang telah diberikan kepada mereka.
Keegoaan FAM juga merupakan salah satu faktor terbesar yang memburukkan imej Bolasepak negara. FAM juga tidak perlu ada Presiden FAM yang bertakhta sekarang kerana tidak nampak langsung apa kelebihan yang ada pada Presiden FAM selama menerajui FAM. Apa yang kita nampak, prestasi bolasepak semakin merudum setaraf dengan Bangladesh dan Timor Leste malahan mungkin berada di bawah mereka, kecuali yang meningkat adalah harga tiket bola.
Kekalahan dengan Kelab Liga Perdana Thailand sudah cukup memalukan. Sepatutnya bila sudah dimalukan oleh sebuah Kelab, Skuad Harimau Malaya patut malu untuk melamar Chelsea pula. Tetapi soal malu bila kalah tiada pada FAM. Apa yang ada pada otak masing-masing adalah 'fulus'. Sebab itu, malam tadi bila bertemu Chelsea sanggup mereka tiadakan siaran LIVE di mana-mana stesyen TV kerana mereka fikir jika buat LIVE, orang ramai tidak akan datang ke stadium dan tiket tidak laku.
Malam tadi berapa puluh ribu yang hadir ke stadium lantaran tiada LIVE? Berbaloi kah jualan tiket malam tadi dengan kos kehadiran Chelsea ke sini? Apakah rugi jika Astro membayar siaran LIVE malam tadi? Apakah FAM untung malam tadi? Yang pasti, penonton tidak juga memenuhi stadium dan Skuad Harimau Malaya telah diratah hidup-hidup bila tewas 1-4. Seperti biasa, Jurulatih Rajagopal tetap dengan komen biasanya, "berpuashati dan ini merupakan ujian". Meloyakan!!
Jika mahu melihat Skuad Harimau Malaya kembali disegani, FAM patut bubar sekarang. Pilih mereka yang benar-benar berminat dengan bola bukan berminat main kuda atau bermain golf.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment