Sunday, July 28, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 


BONGKAR!! Pengerusi MyWatch Ada Senarai Polis Disiasat Kerana Dadah

Posted: 28 Jul 2013 07:36 AM PDT

Beberapa jam sebelum ditembak,  R Sri Sanjeevan ada menyatakan beliau memiliki senarai nama pegawai polis yang disiasat secara dalaman kerana terlibat dalam sindiket dadah.

Pengerusi MyWatch itu menyatakan demikian kepada Rafizi Ramli (gambar), Pengarah Strategi PKR ketika mereka bertemu di majlis berbuka puasa Jumaat lalu di rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terkejut dengan kejadian yang menimpa Sanjeevan itu, Rafizi juga mengakui agak terkilan kerana menasihati Sanjeevan bahawa ia tidak masa sesuai untuk membuat pendedahan kerana siasatan polis masih berlangsung.

Bagaimanapun, katanya, Sanjeevan pada pertemuan itu menyatakan ia skandal besar dan kesalahan yang dilakukan serius serta membabitkan jumlah dadah yang besar.

"Mengikut Sanjeevan, pegawai polis yang disiasat itu berdepan kemungkinan didakwa mengikut peruntukan undang-undang yang membawa hukuman mati. Beliau yakin ia kes serius," katanya.
Rafizi dan Sanjeevan kemudian bersetuju untuk bertemu minggu depan untuk meneliti senarai berkenaan.

Beliau berkata, kenyataan Sanjeevan kepadanya juga konsisten dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sejurus selepas kejadian tembak.

Sementara itu, rakan Sanjeevan, Vel Paari - bekas Ahli Jawatankuasa Kerja  Pusat MIC - terkejut dengan kejadian berkenaan, apatah lagi mereka baru sahaja bertemu dua hari lalu untuk merancang menikmati tosai, minggu depan.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong juga sedih dengan kejadian cubaan bunuh terhadap Sanjeevan dan berharap polis segera menahan dan mengheret mereka ke muka pengadilan. - 28 Julai, 2013. - TMI

PANAS!! Abby 'Tak Takut' Bersuami Muda? [Saksikan...]

Posted: 28 Jul 2013 03:04 AM PDT

"SAYA bukan memilih suami kerana dia lebih muda daripada saya tetapi ini adalah jodoh yang ditentukan oleh ALLAH SWT," jelas Abby mengenai perkahwinan keduanya yang berlangsung pada 9 Julai lalu.

Menurut Abby, segala-galanya telah ditentukan oleh ALLAH SWT kerana hanya selepas dua minggu dia dan suami, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, berkenalan mereka telah sepakat untuk mendirikan rumah tangga.


"Sebelum ini ada lelaki yang sebaya dan juga lelaki yang lebih tua termasuk suami orang menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya, tapi saya tolak dengan cara baik.


"Itu adalah pendirian saya yang tidak mahu menjadi isteri kedua atau ketiga sekali pun. Alhamdulillah kerana hubungan saya dan suami dipermudahkan," katanya.


Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 36, turut berkongsi kebahagiaannya melayari kehidupan berumah tangga setelah lima tahun bergelar ibu tunggal.


"Alhamdulillah kehidupan saya semakin bahagia dan menenangkan setelah hampir sebulan melayari kehidupan bersama Farhan," ujarnya.


Berkongsi penerimaan tiga anak hasil perkongsian hidup dengan aktor, Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim, 10, Marissa Dania Hakim, 8, dan Maria Danisha Hakim, 5, Abby berkata anak-anaknya itu kadangkala berasa
cemburu dengan Farhan yang dipanggil Abi.


"Lima tahun saya sendiri dan tiada lelaki yang bersama saya, jadi anak-anak sering bersama saya. Jadi bila Farhan datang ke dalam keluarga kami, mula-mula mereka cemburu juga.


"Tapi lama-kelamaan mereka sudah menerima Farhan, apatah lagi Farhan pandai mengambil hati mereka, biarpun tidak ada pengalaman menjaga anak sebelum ini. Lucunya kini, mereka suruh kami selalu berkasih sayang pula," katanya yang tidak menolak andai dikurniakan cahaya mata selepas ini.


Akui kecewa

Ditebak dengan perjalanan karier seninya kini, Abby berkata, biarpun tidak pernah membuat pengumuman rasmi, namun dia kini terpaksa berhenti seketika daripada industri seni.


"Maaf cakap, tapi bagi saya industri seni kini tidak mengikut syariat Islam. Jadi lebih baik saya berhenti dan memberi tumpuan terhadap perniagaan dan keluarga," jelasnya. - SH.

Isu Terkini Mesir: 72 Terbunuh Dalam Demonstrasi Pro-Morsi Di Kaherah

Posted: 27 Jul 2013 10:27 PM PDT

Sekurang-kurangnya 72 orang terbunuh dalam pertempuran di Kaherah semalam memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Mesir yang memberitahu kekecohan tercetus semasa demonstrasi menyokong Presiden Mohamed Morsi.

Kementerian itu menjelaskan sembilan lagi terbunuh dalam keganasan di Alexandria, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 81 orang.

Pertempuran itu bertambah buruk semenjak Morsi digulingkan tentera pada 3 Julai lalu yang mendapat kritikan dari dalam dan luar negera setelah pelampau mendapati pihak berkuasa menggunakan senjata api.
Sebelum ini, AS menyalurkan ratusan juta dolar bagi membangunkan ekonomi dan ketenteraan Mesir.

Dalam satu kenyataan, Kerry menggesa pihak berkuasa supaya menghormati hak berhimpun secara aman dan kebebasan bersuara.

Jurucakap Ikhwan Muslimin, Ahmed Aref berkata, 66 orang terbunuh di Masjid Rabaa Al-Adawiya di Kaherah, lokasi penyokong Morsi berkampung untuk mendesak Morsi dibebaskan.
Sebanyak 37 mayat ditemui di kawasan masjid manakala hospital di kawasan lain menerima 29 lagi mayat.

Saksi memberitahu, pihak keselamatan menggunakan senjata api tetapi ia dinafikan pihak berkenaan yang menyatakan mereka hanya menggunakan gas pemedih mata.

Menteri Dalam Negeri, Mohammed Ibrahim memberi amaran kepada penyokong Morsi akan berdepan tindakan undang-undang dan meminta mereka pulang ke rumah.

Jumaat lalu, pihak berkuasa mengenakan tahanan reman kepada Morsi untuk 15 hari atas tuduhan merancang pembunuhan banduan, pegawai dan askar setelah dibebas dari penjara pada 2011 semasa penggulingan Hosni Mubarak.

Demonstrasi di Mesir mengorbankan 300 orang sejak tercetus empat minggu lalu. - 28 Julai, 2013.- TMI

GEMPAR!! Cubaan Bunuh Untuk Halang Dedah Jenayah Polis?

Posted: 27 Jul 2013 07:30 PM PDT

Tan Sri Musa Hassan mengesyaki cubaan membunuh R Sri Sanjeevan semalam, ada kaitan dengan rancangan Pengerusi Pasukan Khas Cegah Jenayah Malaysia (MyWatch) itu untuk mendedahkan sindiket jenayah melibatkan pegawai polis.

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu membuat jangkaan demikian melalui akaun twitternya malam tadi, beberapa jam selepas Sanjeevan parah ditembak di Bahau, Negeri Sembilan.
"Saya harap polis membuat siasatan untuk mengesan suspek kerana dia (Sanjeeva) ada menerima ugutan bunuh berikutan hasratnya untuk mendedahkan pembabitkan polis dalam sindiket jenayah," katanya melalui akaun beliau, @TSMusaHassan.
Pembonceng motosikal itu kemudian dikatakan mengeluarkan senjata api sebelum menembak Sanjeevan yang mengenai rusuk kanan mangsa.

Individu itu juga dikatakan kemudian turun dari motosikal tetapi mangsa memecut kenderaannya.
Sanjeevan dilapor stabil tetapi keadaannya kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Pilah.

Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada menerima ancaman bunuh berikutan tweet beliau terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun @KBAB51.

Mengetag Khalid dan Polis DiRaja Malaysia, Sanjeevan mengepos tweet yang menyatakan ada sindiket akan menembak beliau dan menyerang rumahnya untuk menakut-nakutkan keluarga beliau.
Sanjeevan berada di barisan depan dalam usaha mencegah jenayah dan sebelum ini mendakwa statistik polis tidak tepat.

Musa kemudian menjadi Penasihat kepada badan bukan kerajaan (NGO) itu, menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13). 28 Julai, 2013.-TMI

NGERI!! Gambar Bayi 13 Bulan Tersepit Mesin Pengadun Kuih

Posted: 27 Jul 2013 06:52 PM PDT

MUAR – Seorang bayi berumur 13 bulan terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam apabila tangan kirinya tersepit di mesin pengadun ketika mengikut ibunya bekerja membuat kuih raya di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, semalam.
Berikutan kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Mohd Uqshah Iman Ramli bengkak tangan kiri serta berdarah dan bengkak di bahagian mulutnya.

Ibunya, Maznah Osman, 37, berkata, sebelum kejadian Mohd Uqshah bermain-main berhampiran mesin itu yang diletakkan di atas lantai dan dikendalikan olehnya.

"Melihat perbuatannya, saya beberapa kali melarangnya daripada bermain berdekatan mesin itu.

"Tiba-tiba saya dikejutkan dengan tangisan serta jeritannya dan mendapati tangan kirinya tersepit di mesin tersebut yang sedang bergerak," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia cuba membantu menyelamatkan anaknya tetapi tidak berjaya. Badan Mohd Uqshah bergerak sama mengikut mesin itu yang sedang berpusing sehingga menyebabkan mulutnya terhantuk sebelum berdarah dan bengkak.

"Seorang pekerja bertindak pantas menutup suis mesin, namun tangan anak yang tersepit antara bekas tepung dan badan mesin berkenaan masih tidak dapat ditarik keluar.

"Tiga anggota bomba yang datang membantu terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membuka skru sebelum tangan anak berjaya ditarik keluar," katanya.

Maznah berkata, anaknya kemudian dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk rawatan segera.

Sementara itu, pemilik kilang berkenaan, Norhadidah Harun, 43, berkata, semasa kejadian dia berada dalam tandas di tingkat atas sebelum mendengar bayi berkenaan menjerit.

"Mujur salah seorang pekerjanya bertindak pantas menutup suis mesin dan jika tidak dikhuatiri keadaan lebih buruk boleh berlaku," katanya. 


SH.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (23)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment