Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Tak sempat lunas bayaran perabot
Oleh: NOOR AZLIDA ALIMIN
Tarikh: July 29, 2013
RANTAU PANJANG – Seorang wanita di Taman Nering Jaya tidak sempat menyelamatkan perabot yang baru dibeli untuk persiapan sambutan lebaran, apabila rumahnya terbakar jam 2.30 petang, di Gual Nering, di sini kelmarin.
Lebih menyedihkan, Rahimah Ismail, 27, berkata, gajinya sebanyak RM700 yang diletakkan di atas meja terbabit, turut hangus dalam kejadian ini.
Rahimah berkata, wang tersebut akan digunakan untuk melunaskan bayaran ansuran meja makan, yang baru dibeli setahun lalu.
Dia yang tinggal bersama dua adik, suami mereka dan dua anak saudaranya terkejut apabila mendengar jeritan di ruang tamu.
"Kami yang sedang tidur bingkas bangun dan mendapati sofa, meja makan dan kawasan terdekat, terbakar.
"Penduduk kampung yang menyedari keadaan ini, segera menyelamatkan kami dan menghubungi pihak bomba," katanya.
Rahimah yang juga seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat
Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pegawai Kanan Bomba I (PBK) Zaimi Samat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.17 petang.
"Seramai tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian menggunakan satu jentera dan kami berjaya mengawal api daripada merebak
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Dipenjara 12 tahun rogol remaja
Oleh: ROSMIZA KASIM
Tarikh: July 29, 2013
- Seorang mekanik dihukum penjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan merogol remaja perempuan berusia 16 tahun pada awal Februari tahun lalu.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh Mohamad Arman Hairi Mat Hassan, 21 didapati bersalah.
Mohamad Arman Hairi didakwa merogol gadis berusia 16 tahun 5 bulan itu di sebuah rumah tanpa nombor di Badang, dekat sini.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Pendakwaan semalam dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri Noor Hamizah Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Ilias Mohd Noor.
Sebelum hukuman dijatuhkan, Mohd Ilias memberitahu mahkamah tertuduh merupakan seorang pembaiki motosikal dan merupakan anak keenam daripada lapan beradik.
Noor Hamizah meminta mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan serius termasuk mengambil kira trauma yang dialami mangsa.
Azman bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman ke atas tertuduh ekoran pihak pembelaan memohon sedemikian bagi membuat rayuan di mahkamah tinggi.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan perlu dijamin oleh ibunya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Hilang ceria hari raya
Oleh: ROSALWANI CHE SOH
Tarikh: July 29, 2013
Mangsa Hamzah Abdullah, 58 berkata, ketika kebakaran berlaku pada jam 9.30 pagi, dia sedang berehat di ruang tamu manakala isterinya, Mia Haselina Majid, 38, baru selesai mandi.
"Saya hanya dikejutkan dengan kebakaran terbabit yang dipercayai bermula dari tingkat atas sebelah kanan rumah jiran selepas orang ramai yang berada di luar rumah berteriak apabila ternampak kepulan asap hitam.
"Mendengarkan teriakan itu, saya terus turun dari tingkat atas rumah dan terkejut apabila api yang bermula dari rumah jiran makin merebak dan menyebabkan dua lot rumah kedai termasuk rumah saya turut terbakar dalam kejadian itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Hamzah berkata, dia agak bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri dan mengeluarkan tiga kereta yang dipamerkan untuk dijual yang diparkir di hadapan rumah.
"Walaupun segala kelengkapan rumah dan persiapan barangan untuk sambutan Syawal nanti musnah, namun saya bersyukur masih selamat.
"Setakat ini kami akan tinggal di kediaman sementara milik tuan rumah memandangkan tidak mempunyai tempat tinggal setelah tujuh tahun menyewa dan berniaga kedai makan di kawasan terbabit," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Abdul Jalil Ishak berkata pihaknya tiba di kawasan kejadian pada jam 9.42 pagi.
"Tiga jentera dari Kota Bharu dengan 17 anggota dihantar ke tempat kejadian bagi mengawal kebakaran.
"Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan dan kita menghantar anggota dari bahagian siasatan untuk menjalankan tindakan susulan," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Polis dihukum lakukan seks oral
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 29, 2013
KOTA BHARU - Seorang pegawai polis peronda menerima padah apabila mahkamah sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan ke atasnya kerana mencabul dan melakukan seks oral terhadap seorang pelajar tingkatan tiga empat tahun lalu.
Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha terhadap Ishak Mahmud, 49, yang juga pegawai berpangkat Cif Inspektor bertugas di sebuah balai di Pasir Puteh selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan pertama, Ishak didakwa melakukan persetubuhan luar tabii tanpa kerelaan mangsa di dalam sebuah kereta peronda polis di Kampung Air Terjun, Pasir Puteh jam 2 pagi, 2 Oktober 2009.
Mengikut pertuduhan kedua, Ishak pada tarikh dan waktu yang sama didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa.
Bagaimanapun hukuman pemenjaraan diarahkan berjalan serentak bagi pertuduhan pertama dan kedua.
Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nor Hilwani Mat Rifin meminta mahkamah mengambil kira faktor kedua-dua kesalahan yang dilakukan tertuduh amat serius.
"Sepatutnya sebagai seorang polis menjadi pelindung. Saya memohon mahkamah ambil kira kesan trauma yang dialami pengadu sebelum membuat keputusan," katanya.
Peguam tertuduh, Datuk Mohd Shukri Mohamad meminta mahkamah untuk penangguhan hukuman bagi membolehkan rayuan di Mahkamah Tinggi.
Azman membenarkannya jaminan RM15,000 dengan syarat dijamin isterinya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Taktik sindiket pengemis dikesan
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 29, 2013
- Taktik memperalatkan kanak-kanak untuk meraih simpati bagi memperoleh hasil daripada belas ihsan orang ramai berjaya dibongkar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam Ops Ramadan, di sini, malam kelmarin.
Pengarahnya, Md Noor Chik berkata, hasil maklumat awam, kegiatan menghantar dan mengambil pengemis kanak-kanak di sekitar kawasan pasar borong Wakaf Che Yeh ini, selain golongan dewasa bagi menjalankan aktiviti seumpama itu dikesan sejak beberapa bulan lalu.
"Semasa serbuan dilakukan, kita berjaya menahan seorang kanak-kanak dan tiga pengemis dewasa di sekitar kawasan itu.
"Kanak-kanak terbabit bergerak secara berseorangan, namun kita percaya masih terdapat kumpulan mereka yang berpecah bagi mengelak diri mereka dikesan pihak berkuasa.
"Bagaimanapun dari serbuan yang dilakukan semalam, keempat-empat pengemis yang ditemui ditahan untuk tindakan susulan," katanya kepada media.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Ops bersepadu Ramadan JKM dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), kelmarin.
Md Noor berkata, operasi berkenaan akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mengesan sindiket pengemis yang bergerak aktif di sekitar Kelantan bagi membanteras kehadiran mereka di negeri ini.
"Kanak-kanak berkenaan turut ditahan untuk tindakan lanjut, manakala dua pengemis warga tempatan di hantar ke Rumah Sri Kenangan, Pengkalan Chepa untuk penempatan sementara dan seorang warga asing di serahkan kepada pihak Imigresen.
"Operasi terbabit yang bermula pada jam 9 malam, dijalankan dengan dibantu 20 pegawai dari unit penguat kuasa JKM dan pihak kami akan menjalankan pemantauan bagi mengawasi kebanjiran pengemis di negeri ini yang semakin bertambah ketika Ramadan ,"katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Tayangan 'The
Oleh:
Tarikh: July 29, 2013
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata filem yang dijadual ditayang pada Ogos itu perlu ditapis semula dari segi plot cerita dan mesejnya.
Beliau berkata LPF memberi kelulusan kepada filem itu sejak tahun lepas namun ada media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) yang membangkitkan tentang unsur komunisme dalam filem berkenaan.
Menteri itu bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Jabatan Penjara di sini, malam ini.
Akhbar hari ini melaporkan pendedahan sebuah blog mengenai filem itu yang dilihat mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai 'hero' dan mempersoal bagaimana ia boleh ditayang pada bulan kemerdekaan sedangkan filem 'Tanda Putera', yang mengisahkan perjuangan pemimpin negara dalam mendepani insiden 13 Mei, terpaksa ditangguh tayangan beberapa kali. – Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
KKMM arah Finas nilai kandungan filem
Oleh:
Tarikh: July 29, 2013
KEMAMAN - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengarahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menilai kandungan filem 'The New Village' (Kampung Baru) yang bakal ditayang pada Ogos ini.
Treler filem arahan Ong Kew-Lit itu mencetus kontroversi dan mengundang pelbagai reaksi kerana mengangkat perjuangan komunis sebagai hero bagi membebaskan Tanah Melayu.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu penting bagi memastikan tiada tayangan filem yang boleh memudarat atau mencetus pelbagai perkara negatif dalam kalangan rakyat
"Bagi saya, kalau filem itu menggugat, memaparkan fahaman komunis serta perkauman, kita tidak ragu-ragu akan bertindak dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil langkah sewajarnya supaya ia tidak ditayangkan," katanya selepas meraikan 120 anak yatim dan miskin dalam Parlimen Kemaman, yang dibelikan baju raya di sebuah pasar raya.
Anggota Parlimen Kemaman itu berkata Finas boleh mengharamkan filem berkenaan jika terbukti menimbulkan semangat perkauman, dan orang ramai diminta agar tidak cepat menghukum 'New Village' hanya berdasarkan treler yang dipapar di YouTube.
Ahmad Shabery berkata jalan cerita filem itu perlu dikaji secara mendalam bagi memastikan ia benar-benar bebas unsur negatif.
"Kalau kita belum tengok lagi dah haramkan, saya bimbang ia akan membantu untuk terus mempromosi filem atau apa-apapun kandungan yang lain kerana ia tidak boleh ditayangkan di panggung wayang... tetapi banyak lagi kaedah lain seperti tayangan secara online.
"Saya bersedia dikritik dan berilah peluang pihak saya untuk tengok dulu, dan Finas akan kaji perkara ini," katanya.
Berdasarkan treler, filem lakonan Lenna Lim, Kevin Soo, Teh Young, Kevin Soo dan Jeff Chin itu memaparkan kisah seorang komunis yang bercinta dengan seorang gadis Cina sehingga berlaku konflik dan menimbulkan persepsi bahawa pihak komunis adalah hero untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman British. – Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Filem ala komunis: GPMS minta tangguh tayangan
Oleh:
Tarikh: July 28, 2013
KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendesak kerajaan menangguhkan sebarang tayangan filem 'The New Village' yang dilihat seolah-olah, cuba menghidupkan gerakan komunis di negara ini.
Timbalan Presiden GPMS Ezaruddin Abd Rahman berkata pihaknya turut meragui fakta yang terdapat dalam filem itu selain ia mungkin mempunyai agenda tertentu yang boleh memberi kesan buruk kepada generasi muda.
"GPMS menganggap ideologi komunis telah mati di negara ini. Kenapa filem ini dibenar ditayangkan kerana ia hanya akan memberi kesan psikologi kepada rakyat
GPMS turut meminta Kementerian Dalam Negeri melihat kandungan filem itu dengan teliti kerana ia membabitkan keselamatan negara.
Akhbar hari ini melaporkan filem yang disifatkan sebagai mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai 'hero' itu bakal ditayangkan mulai 23 Ogos, sempena bulan kemerdekaan negara.
Laporan itu berkata perkara berkenaan didedahkan sebuah blog selepas tayangan 'trailer' filem itu mula tersebar sejak akhir-akhir ini.
Ezaruddin turut menegaskan penayangan filem itu akan menimbulkan rasa kurang senang dan melukai banyak pihak termasuk golongan bekas tentera yang berjuang pada zaman menentang komunis. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Khalid jamin siasat secara telus
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 29, 2013
SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan akan menyiasat secara terperinci kes Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan, 29, yang cedera parah akibat ditembak oleh pembonceng motosikal di simpang jalan Taman Cempaka, Bahau, Negeri Sembilan, kelmarin.
Memetik kenyataan Khalid menerusi Twitter miliknya, beliau memberi jaminan kepada keluarga mangsa serta orang ramai bahawa siasatan yang dijalankan akan dilakukan secara telus menjurus pelbagai aspek, termasuk pendedahan yang dibuat mangsa baru-baru ini.
"Kita akan pantau dari semasa ke semasa dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah, akan mengendalikan sendiri siasatan kes itu.
"Biar kita siasat perkara ini dengan teliti termasuk membuat tangkapan bagi membantu siasatan," katanya.
Menerusi laman Twitter yang sama, Khalid berkata, beliau berharap Sri Sanjeevan akan segera pulih dan dapat membantu siasatan.
Kelmarin, mangsa cedera di bahagian rusuk kanan selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan oleh dua lelaki yang menaiki satu motosikal jenis Yamaha LC merah.
Sebelum itu, mangsa dikatakan baru sahaja menjemput rakannya untuk keluar minum di pekan Bahau.
Mangsa yang cedera sempat memecut kereta kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian, sebelum rakannya mengambil alih kereta dan membawanya ke hospital.
Mangsa yang dilaporkan kritikal kelmarin, disahkan stabil selepas dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Sementara itu, Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menerusi Twitter berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian yang berlaku ada kaitan dengan pendedahan yang pernah dibuat mangsa iaitu berkaitan penglibatan polis dengan aktiviti jenayah.
"Saya harap polis akan menjalankan siasatan secara teliti untuk mengesan suspek yang terlibat memandangkan mangsa pernah menerima beberapa ugutan sebelum ini," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Pengerusi MyWatch ditembak
Oleh: SARINAH MAT KASIM
Tarikh: July 29, 2013
SEREMBAN - Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), MyWatch, R Sri Sanjeevan, 29, cedera parah akibat ditembak dua lelaki dipercayai India di persimpangan Taman Cempaka, Bahau, Jempol di sini, kelmarin.
Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian 3.40 petang itu, mangsa sedang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya menghala ke Pekan Bahau.
"Namun sebaik sampai di persimpangan Taman Cempaka, datang sebuah motosikal jenis Yamaha berwarna merah menghampiri keretanya, lalu melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa yang ketika itu sedang hisap rokok, dari jarak dekat.
"Tembakan tersebut kemudiannya mengenai siku kanan dan menembusi lengan sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian rusuk kanan mangsa.
"Mangsa kemudiannya sempat memecutkan kereta kira-kira 300 meter, sebelum rakannya mengalihkan mangsa di kerusi belakang dan menghantarnya ke hospital Bahau.
"Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil setelah dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban bagi menjalani proses pembedahan mengeluarkan peluru," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Bilik Media Ibu Pejabat Kontijen Polis Negeri, di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid dan Ketua Polis Daerah Jempol dan Superintendan Hamzah Alias.
Tambah Osman, punca kejadian masih dalam siasatan namun pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut bermotifkan dendam.
Menurutnya, bagi memastikan keselamatan mangsa terjamin, pihaknya telah menempatkan beberapa anggota polis untuk mengawal di bilik mangsa agar tiada sebarang gangguan berlaku.
Dalam pada itu, Osman memberitahu, 12 jam sebelum mangsa ditembak, dia ada memberitahu melalui laman sosial, Twitternya dia menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.
Namun kata Osman, kenyataan itu hanya diberitahu di laman sosialnya sahaja, dan tiada sebarang laporan polis dibuat di mana-mana balai di negeri ini.
Osman berkata, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan terhadap kes ini yang akan dikendalikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan bantuan pasukan polis Negeri Sembilan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Osman berkata, kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat kejadian tersebut diharap dapat tampil untuk membantu siasatan.
"Sehingga kini maklumat terhadap dua lelaki bermotosikal itu masih belum dapat dikenal pasti berikutan tiada maklumat nombor pendaftaran motosikal tersebut," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Ditembak sewaktu minum di restoran
Oleh: ROSDALILAH ZAHARI
Tarikh: July 29, 2013
Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Sum Chang Keong berkata dalam kejadian jam 10.15 malam itu, lima lelaki dipercayai sedang minum di restoran tersebut ketika kejadian berlaku.
Menurutnya, sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hijau yang dipercayai dinaiki dua lelaki tiba-tiba muncul berhampiran
"Salah seorang daripada mangsa bertindak menuju ke kereta terbabit sebelum suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa serta mengenai dua rakannya yang lain.
"Ketiga-tiga mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Pelajar baling mercun diburu
Oleh:
Tarikh: July 28, 2013
KUALA TERENGGANU - Polis kini memburu dua pelajar tingkatan
Kejadian pada pukul 9.20 malam itu menyebabkan dua beradik berusia tiga dan tujuh tahun itu cedera di bahagian mata, paha dan kaki kanan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K.Manohanaran berkata dua pelajar yang menaiki motosikal membaling mercun itu ketika dua beradik berkenaan bersama dua lagi abang mereka bermain basikal di halaman rumah mereka.
"Pembonceng motosikal terbabit menyalakan mercun bola dan membalingnya ke arah empat beradik itu...mercun itu jatuh berhampiran kedua kanak-kanak itu.
"Kami sudah mengenal pasti kedua-dua suspek yang berusia 17 tahun itu dan mereka dipercayai tinggal sekampung dengan mangsa. Gerakan memburu sedang giat dijalankan," katanya kepada pemberita di sini.
Manoharan berkata kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun cedera parah di bahagian mata kanan dan paha manakala kakaknya yang berusia tujuh tahun cedera di kaki kanan.
Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan keadaan mereka dilapor stabil, katanya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Lelaki tinggal anak dalam kereta gara-gara dadah
Oleh:
Tarikh: July 28, 2013
MELAKA - Seorang lelaki sanggup meninggalkan anak perempuannya berusia empat tahun bersendirian dalam kereta di tepi jalan semata-mata untuk membeli dadah di satu kawasan berhampiran Penjara Sungai Udang di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata polis yang membuat serbuan Ops Tapis di sebuah ladang kelapa sawit kemudian berjaya menahan lelaki berusia awal 30-an itu.
"Semasa dicekup, lelaki itu memberitahu kepada pihak polis bahawa anaknya ada di dalam Perodua Alza...kanak-kanak perempuan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Udang sebelum diserahkan kepada ibunya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Salehhudin berkata dalam operasi pada 6 pagi dan berakhir 6 petang semalam di kawasan ladang itu, polis turut menahan 33 lagi lelaki berusia antara 26 hingga 62 tahun mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.
Katanya hasil pemeriksaan, seorang daripada mereka berusia 20-an didapati memiliki empat tiub straw dadah dipercayai heroin dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Kanak-kanak diperalat jadi pengemis
Oleh:
Tarikh: July 28, 2013
Pengarahnya, Md Noor Chik berkata berdasarkan maklumat awam, aktiviti itu dikatakan berlarutan sejak beberapa bulan lepas.
"Dalam serbuan malam tadi, kita menahan seorang kanak-kanak dan tiga pengemis dewasa, termasuk seorang warga asing, di sekitar kawasan itu.
"Kanak-kanak terbabit bergerak secara solo, namun kita percaya masih terdapat kumpulan mereka yang berpecah bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops bersepadu Ramadan JKM dan Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di sini.
Beliau berkata kanak-kanak berusia sembilan tahun itu masih ditahan untuk siasatan, dua pengemis dewasa warga tempatan dihantar ke Rumah Sri Kenangan, Pengkalan Chepa untuk penempatan sementara manakala pengemis warga asing diserah kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
Md Noor berkata operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan mengemis di negeri ini. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
2 pekerja
Oleh:
Tarikh: July 28, 2013
JOHOR BAHRU - Dua pekerja warga
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Zainuddin Yaacob berkata mangsa yang dikenali sebagai Asmawi, 27, dan Aripen, 24, sedang membaiki keretakan rasuk konkrit di aras satu bangunan itu apabila siling simen berkenaan runtuh pada 3.30 petang.
"Ketika membaiki keretakan rasuk konkrit itu, siling simen berkenaan tiba-tiba runtuh dan menghempap mangsa," katanya kepada pemberita ketika dihubungi.
Kedua-dua mangsa dipercayai terbunuh di tempat kejadian.
Timbalan Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor Mohd Rizal Buang berkata pihaknya menghantar 24 anggota untuk menyelamatkan mangsa selepas dimaklumkan pada 3.50 petang.
"Kita terpaksa menggunakan kren dan jengkaut untuk mengeluarkan mayat mangsa dari timbunan papak simen yang semakin mengeras itu," katanya.
Mohd Rizal berkata anggota bomba mengambil masa lebih enam jam untuk mencari dan mengeluarkan mayat Asmawi.
Beliau berkata mayat Aripen ditemui pada 12.50 pagi dan berjaya dikeluarkan sejam kemudian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan punca kejadian masih disiasat, katanya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Warga emas maut dilanggar ketika berbasikal
Oleh:
Tarikh: July 28, 2013
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pada kejadian pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Low Kee Lai, 72, cuba menukar haluan basikalnya dari kiri ke kanan sebelum basikalnya bergesel dengan sebuah kereta Perodua MyVi dan terjatuh ke atas jalan.
"Mangsa yang tidak sempat bangun selepas terjatuh kemudiannya dilanggar pula sebuah kereta lain jenis Satria Neo yang tidak sempat mengelak," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata mangsa cedera parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
24 ditahan dalam Ops Dadu di Labuan
Oleh:
Tarikh: July 28, 2013
Ketua Polis Daerah Labuan Supt Adzhar Othman berkata polis turut merampas wang tunai RM1,219 dan 78 set komputer.
Operasi Dadu itu dijalankan di bangunan Ujung Pasir Utama Jaya; Lazenda Commercial Centre; Commercial Centre, Jalan Tun Mustapha; dan Bangunan Tang Kah Hua, Jalan Bunga Seroja.
"Kami menahan tiga wanita yang bekerja sebagai penjaga manakala yang lain ialah pelanggan," katanya di sini. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Automatik keluar Pas jika anut fahaman Syiah
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 28, 2013
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Setelah beberapa kali menafikan laporan kononnya terdapat pemimpin kanan parti itu terbabit dengan ajaran Syiah, Pas hari ini menerusi suatu kenyataan media melabelkan ia sebagai tuduhan jahat.
Ketua Penerangannya, Datuk Tun Ibrahim Tuan Man berkata, isu Syiah ini bukan isu politik namun ia melibatkan soal aqidah, justeru memberi amaran mereka yang mahu bermain politik menggunakannya.
"Ahli Pas mesti berpegang kepada ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ada yang menganut amalan Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli Pas," katanya menerusi satu kenyataan media.
"Tiada pimpinan utama Pas terlibat dengan ajaran Syiah. Oleh itu, Pas mengecam tindakan media arus perdana yang
Pas katanya kesal dengan tuduhan yang dilemparkan dan menganggap ia perbuatan yang berniat jahat.
"Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata mata," tegasnya.
Menurut Tuan Ibrahim, pihaknya sendiri mempunyai sistem pemantauan dalaman yang bergerak aktif bagi memastikan seluruh ahlinya tidak terbabit dalam aktiviti seumpama itu.
"... dan kita mengalu-alukan sebarang bukti yang melibatkan ahli parti dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti.
"Kerajaan jangan hanya nampak Syiah sebagai ancaman negara, sedangkan ajaran Qadyani yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat dan bercanggah dengan aqidah terus berjalan tanpa sebarang tindakan," ujar beliau lagi.
Pas katanya sama sekali tidak akan termakan dakyah lawan yang
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Jakim pantau Syiah, kerjasama jabatan agama negeri
Oleh:
Tarikh: July 28, 2013
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata setakat ini tiada bilangan spesifik pengikut fahaman itu memandangkan jumlahnya meningkat setiap hari.
"Jabatan Agama Islam Negeri juga menjalankan pemantauan bagi membantu kita (Jakim) mengesan kelompok mana yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Saudara Muslim Masyarakat Orang Asli Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli, Kok Lanas di sini, malam tadi.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mengamalkan fahaman Syiah di negara ini tanpa mengira status atau fahaman politik mereka.
Jamil Khir dilaporkan berkata apabila bercakap tentang Syiah, anggotanya amat sukar dikesan kerana golongan itu selalunya menyembunyikan identiti dan sering berbohong bagi mengelakkan diri mereka dikesan menganuti fahaman itu.
Sementara itu, pada majlis itu, 36 orang Asli telah diIslamkan dengan mengucap dua kalimah syahadah.
Othman berkata Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyelarasan Pendaftar Mualaf bagi seluruh negara.
"Penubuhan jawatankuasa ini bertujuan bagi membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan pengurusan saudara muslim serta kebajikan mereka, " katanya,
Beliau berkata Jakim sedang merancang untuk membangunkan satu sistem yang dinamakan e-Mualaf bagi mengumpulkan semua maklumat berkaitan saudara muslim dalam satu capaian mudah untuk diakses.
Turut hadir Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan Pengerusi Islamik Outreach Kelantan Datuk Dr Abdul Razak Kechik.
- Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Erra gesa peserta ratu cantik akur larangan
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 28, 2013
PENYANYI Erra Fazira menasihatkan gadis beragama Islam di negara ini supaya akur dengan perundangan negara yang melarang mereka daripada menyertai pertandingan ratu cantik.
Erra yang merupakan peserta beragama Islam terakhir menyertai pertandingan ratu cantik tersebut pada 1992 berkata, dia percaya undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan itu bertujuan melindungi maruah wanita Islam.
"Ketika menyertai pertandingan berkenaan, saya juga berdarah muda yang ingin mencuba sesuatu yang baru tanpa berfikir kesannya jangka panjang.
"Tambah pula waktu itu, undang-undang tidak diperketat lagi, jadi saya pun sertainya atas kemahuan sendiri," katanya dipetik Mstar Online.
Empat gadis Islam yang telah dibatalkan penyertaan menyertai pertandingan akhir MMW2013.
"Tetapi apabila pertandingan itu melarang gadis Islam untuk menyertainya, kita terpaksa akur. Siapalah kita untuk melawan undang-undang," katanya.
Tambah Erra, ketika ini terdapat banyak saluran lain yang membolehkan penyertaan gadis beragama Islam menyertai pertandingan seumpama itu dengan garis panduan yang dibenarkan.
Erra diminta mengulas mengenai pembatalan penyertaan empat peserta akhir pertandingan MMW2013 yang beragama Islam pada Selasa lalu.
Empat yang berkenaan ialah Sara Amelia Muhammad Bernard, 20, Wafa Johanna De Korte, 19, Miera Sheikh, 19 dan Kathrina Ridzuan, 20.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Ratu cantik: Ikut apa yang diwartakan
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 28, 2013
SEGAMAT - Muslimat Pas Pusat kesal dan dukacita dengan kelemahan pihak berwajib sehingga membiarkan isu berkaitan pertandingan Ratu Cantik baru- baru ini, berlarutan tanpa sebarang penyelesaian yang lebih tegas.
Exconya, Normala Sudirman berkata, pelaksanakan penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang termaktub dalam fatwa mengikut Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 yang melarang orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik perlu dijelaskan dan ditegaskan mengikut prinsip dan penderian berkenaan.
"Fakta mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam Pertandingan Ratu Cantik diwartakan pada 8 Februari 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Wilayah Persekutuan 1993.
"Fatwa itu menyatakan adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran pertandingan ratu cantik," katanya di sini, semalam.
Normala yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Johor berkata, mereka juga boleh didakwa di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana menghina Islam.
Katanya, di bawah seksyen berkenaan, sesiapa yang didapati melakukan kesalahan dan apabila disabitkan mereka boleh didenda tidak melebihi RM 3000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
"Tindakan keempat-empat individu ini untuk meneruskan penyertaan walaupun nama telah digugurkan seolah-olah mencabar undang-undang sedia ada.
"Tindakan itu sekaligus menghina kesucian agama Islam yang melarang umatnya khususnya wanita Islam mempamerkan tubuh dan aksi yang mengghairahkan untuk tatapan umum.
"Bukan sahaja tindakan ini menghina agama Islam yang suci, tetapi secara tidak langsung juga merelakan kaum wanita di
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Anwar kecam kekejaman ke atas penyokong Mursi
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 28, 2013
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan ke atas lebih 100 penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi dan semua jemaah Masjid Rabaah Al-Adawiyah, Kaherah semalam.
Anwar juga menyifatkan kekejaman itu sebagai tanda hari gelap di Mesir sejak peristiwa "Arab Spring" pada 18 Disember 2010.
"Saya mengutuk pertumpahan darah ini yang dilakukan oleh tentera dan pasukan keselamatan.
"Tentera komander Jeneral Abdel Fattah al-Sisi bersama pemimpin-pemimpin kerajaan haram di Mesir sekarang melakukan pertumpahan darah itu dan keadilan mesti dituntut bela," katanya yang dipetik daripada kenyataan medianya, lewat malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas terhadap tindakan polis Mesir yang menembak mati penyokong Mursi manakala beratus lagi cedera dalam tunjuk perasaan memasuki hari ke-15 di Masjid Rabaah al-Adawiyah di timur Kaherah, semalam.
Dalam kejadian itu, pemimpin Ikhwanul Muslimin, Murad Mohammed Ali mendakwa tembakan itu dilepaskan ke arah lebih 10,000 penyokong Mursi.
Anwar turut menyeru semua pihak dan negara Islam lain supaya mengutuk tindakan kejam itu dan mendesak ia dihentikan serta-merta.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Dua kali lalui hidup perit
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 28, 2013
MUAR - Seorang ibu tunggal terpaksa melalui kehidupan memeritkan buat kali kedua apabila bapa yang menjadi tempatnya bergantung jatuh sakit.
Bibah Ali@Krisnan, 36, sebelum ini diceraikan suami kira-kira empat tahun lalu.
Bapanya Ali@Krisnan Abd Manan, 71, kini menghidap penyakit kaki dan lutut memaksanya berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat pada tahun lalu.
"Selepas bercerai, bapa yang tanggung saya dan empat anak berusia antara sembilan hingga 18 tahun termasuk bayar sewa rumah RM200 sebulan.
"Apabila ayah berhenti kerja, kami mengalami masalah kewangan yang agak teruk. Saya terpaksa bekerja sambilan sebagai pembantu kedai pada waktu malam," katanya.
Bibah berkata, pendapatan diterimanya sebanyak RM500 sebulan masih tidak cukup menjadikan kehidupan yang dilalui serba kekurangan dan menghuni rumah sewa dengan tidak sempurna.
"Makan minum kami tak sempurna. Jika tiada wang, kami makan sekali sehari. Itu pun makanan yang dibawa sepupu daripada lebihan kedai makan tempatnya bekerja.
"Mujur bapa ada terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan. Kadang-kadang wang ini digunakan sebagai pusingan sementara menunggu saya dapat gaji," katanya.
Keadaan rumah sewa yang dihuninya sejak empat tahun lalu tidak sempurna dan bumbung juga bocor.
Bibah terharu apabila ada pihak yang prihatin menghulurkan sumbangan ketika menjelang Aidilfitri.
"Wang ini akan digunakan untuk membeli kelengkapan hari raya anak-anak yang sudah lama ditidak beli.
"Terima kasih Kedai Kasut You Sdn Bhd atas sumbangan ini," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
'Saya juga teringin nak belajar'
Oleh: AZLINA OTHMAN
Tarikh: July 28, 2013
JOHOR BAHRU – "Bila tengok kawan-kawan pakai baju sekolah, hati saya sedih. Saya juga mahu belajar seperti orang lain," luah seorang gadis yang keciciran pelajaran kerana kemiskinan.
Noraini Abdullah, 12, tidak pernah bersekolah sejak kecil dan buta huruf kerana keadaan keluarganya yang hidup serba kekurangan.
Bagaimanapun, dia bijak mengira dan masih menyimpan hasrat untuk bersekolah demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.
Tatkala rakan sebayanya sedang sibuk menelaah pelajaran bagi menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi, Noraini pula memerah keringat membantu ibunya mengambil upah mengupas bawang putih sebagai sumber pendapatan keluarga sejak dua tahun lalu.
Ibunya, Rugayah Yunos, 60, mengakui tidak mampu membiayai kos persekolahan anak-anaknya.
Sselain Noraini yang keciciran pelajaran, anak sulungnya yang kini berusia 19 tahun terpaksa berhenti sekolah setakat darjah enam sahaja.
"Saya tiada pilihan, lebih-lebih saya ditinggalkan suami sejak 10 tahun lalu. Suami saya adalah warganegara
"Selepas dia pulang ke
"Ketika itu Noraini baru berusia dua tahun. Saya masih menyimpan gambar suami dengan Noraini hingga kini sebagai kenangan," katanya.
Dia bercerita semasa program penyampaian bantuan dan majlis berbuka puasa anjuran Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda), kelmarin.
Rugayah berkata, untuk menambahkan pendapatan keluarganya, dia turut mengutip barang terbuang termasuklah mencari tin dan besi buruk untuk dijual.
"Pendapatan upah mengupas bawang putih tidak seberapa dan bukannya setiap hari. sekitar RM40 sehari.
"Sebab itu, saya cari tin dan besi buruk untuk dijual. Itu pun tidak seberapa yang kami dapat. Saya bersyukur kerana dapat menumpang teduh di rumah saudara. Saya tak mampu menyewa rumah," katanya.
Ditanya mengenai ketibaan Aidilfitri yang bakal menjelang kurang dua minggu lagi, Rugayah memberitahu dia masih belum membuat sebarang persiapan.
"Tak ada. Seperti tahun-tahun lepas, kami dapat baju raya atas belas ihsan orang ramai termasuk juadah di hari raya pertama," katanya.
Pada program itu, Irda meraikan 90 golongan kurang bernasib baik terdiri daripada 25 keluarga miskin dari kawasan Senai, Kulaijaya, Pontian, Nusajaya, Gelang Patah, Pasir Gudang, Ulu Tiram dan Johor Bahru.
Kesemuanya menerima sumbangan berupa barang keperluan harian, pakaian serta duit raya berjumlah RM400 setiap keluarga.
Ia merupakan program kali keempat dianjurkan malah menjadi acara tahunan Irda setiap kali Ramadan dalam usaha menyelami nasib golongan yang kurang bernasib baik.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Peniaga hilang mata pencarian
Oleh: ISMANIZA AHMAD
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
Tarikh: July 28, 2013
Peniaga, Ridzuan Din, 57, berkata, selepas kecurian itu, dia tidak mampu membeli barangan perniagaan serta membayar sewa kedai dan terpaksa menyerahkan semula kedai kepada pemilik.
Menurutnya, dia kembali semula ke
"Saya ada memohon dan menghantar kertas kerja ke Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) untuk memohon bantuan mikro kredit namun menurut pegawai berkenaan, saya mungkin perlu menunggu sebulan atau dua bulan lagi,
"Maksudnya selepas raya, barulah keputusan permohonan itu akan diketahui. Sekarang saya terpaksa tebalkan muka meminta-minta dengan kawan-kawan untuk membeli barangan keperluan," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengurus Khidmat Mikro Kredit YBUDR, Roslan Mohd Wazir berkata, permohonan berkenaan dalam proses mendapat kelulusan dan hanya menunggu keputusan daripada mesyuarat panel kelulusan.
Menurutnya, ketika hadir untuk sesi temuduga, 11 Julai lalu, Ridzuan telah bersetuju dan mengakui faham bahawa proses permohonan biasanya mengambil masa selama sebulan untuk kelulusan.
"Kami tidak dimaklumkan bahawa permohonan berkenaan dibuat untuk dijadikan modal berniaga lemang kerana sebelum ini, dia menyatakan memerlukan bantuan untuk perniagaan makanan secara bergerak," katanya.
Katanya, YBUDR tetap akan meneruskan permohonan Ridzuan sehingga berjaya dan akan memaklumkan status permohonan kepadanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Kejutan lepas solat Tarawih
Oleh: KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
Tarikh: July 28, 2013
PARIT BUNTAR - Lebih kurang 20 jemaah yang baru sahaja selesai menunaikan solat Tarawih di sebuah masjid di Jalan Baharu, Tanah Kebun di sini dikejutkan dengan satu kemalangan membabitkan sebuah kereta, malam kelmarin.
Saksi kejadian, Mamat Khairudin, 23 memaklumkan, kereta berkenaan hilang kawalan semasa tiba di tempat kejadian lalu terbabas dan melanggar sebatang tiang elektrik berdekatan masjid berkenaan.
Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 10 malam dan ketika itu dia bersama jemaah lain dikejutkan dengan bunyi geresan tayar serta dentuman kuat.
"Kami baru melangkah keluar masjid pada ketika di kejutkan oelh bunyi geseran tayar dan dentuman kuat berpunca dari sebuah kereta yang berlanggar dengan sesuatu.
"Kami bergegas ke tempat kejadian dan terkejut melihat sebuah kereta jenis Perodua Myvi remuk teruk di bahagian hadapan berikutan pelanggaran kuat dengan sebatang tiang elektrik berhampiran kawasan masjid," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, kelmarin.
Tambah Mamat, lebih kurang
Katanya, tanpa bertangguh dia bersama orang ramai yang berada ditempat kejadian segera memberi bantuan sewajarnya kepada pemandu terbabit.
"Kami bawa pemandu kereta berkenaan ke klinik berdekatan untuk rawatan pesakit luar kerana dia hanya mengalami kecederaan ringan.
"Saya difahamkan brek kereta terbabit tidak berfungsi, menyebabkan ia gagal dikawal dan terbabas di tempat kejadian. Nasib baik pemandunya memakai tali pinggang keledar semasa kejadian," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes berkenaan masih disiasat.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Remaja maut terlanggar lori
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 28, 2013
SITIAWAN - Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlanggar bahagian kanan lori di hadapannya dalam kemalangan pada jam 7.30 malam, di Kilometer (KM) 3, Jalan Sitiawan-Kampung Acheh, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba memaklumkan, kejadian melibatkan sebuah lori dari arah Sitiawan menghala ke Kampung Acheh dengan dua motosikal jenis Yamaha dari arah bertentangan.
"Semasa kejadian, lori sedang membuat pusingan U untuk berpatah balik ke Sitiawan. Kedua-dua motosikal terlanggar bahagian tepi sebelah kanan lori menyebabkan salah seorang penunggang cedera parah di beberapa bahagian badan," katanya.
Menurut Jaafar, penunggang motosikal yang dikenali sebagai K Satthia, 18, maut di tempat kejadian, manakala pengunggang sebuah lagi motosikal bersama pemboncengnya cedera dan dirawat di Hospital Seri Manjung.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Peniaga maut terperosok dalam longkang
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 28, 2013
Najmie Nathir Jamaluddin, 25, meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 9.30 malam akibat cedera parah di kepala.
Kemalangan berlaku pada jam 7.15 malam ketika mangsa yang tinggal di Jalan Perak di sini dalam perjalanan dari arah Bulatan Gelugor menuju ke Bayan Lepas dengan menunggang motosikal jenis Z800.
Namun sebaik melepasi satu persimpangan lampu isyarat di situ, motosikal yang ditunggangnya dikatakan hilang kawalan menyebabkan mangsa dan motosikalnya terpelanting ke dalam longkang.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Alat ganti tiruan dirampas
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 28, 2013
IPOH – Pelbagai jenis alat ganti kenderaan tiruan bernilai lebih RM40,000 berjaya dirampas oleh Bahagian Penguatkuasaan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perak dalam serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Perhentian, semalam.
Penolong Pengarah PPDNKK Negeri, Mohd Zainal Yeop Dahari memaklumkan, rampasan membabitkan hampir 2,000 unit barangan alat ganti kereta tiruan pelbagai jenama.
Menurutnya, premis berkenaan turut didapati menggunakan cap dagangan palsu milik proton, Perodua, Honda, Mazda, Nissan,
"Saya bersama enam anggota penguatkuasa PPDNKK menyerbu premis berkenaan sekitar jam 4 petang dan antara alat ganti tiruan yang dirampas adalah alat penapis minyak, gasket penutup injap serta 'oil rings'.
"Kita jalankan pemantauan sejak dua bulan lalu, selepas menerima aduan daripada orang awam yang mengesyaki premis itu menjual baranga tiruan," katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, PPDNKK Perak telah menahan lapan pekerja termasuk penyelia premis berkenaan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan.
"Kita akan cari pemilik perniagaan ini serta pemilik rumah. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap satu barang atau penjara tidak melebihi tiga tahun bagi kesalahan individu.
"Bagi syarikat, boleh didenda tidak melebihi RM15,000 untuk setiap satu barang tiruan kerana menawar untuk membekal barangan berkenaan. Siasatan mendapati alat ganti yang dirampas, diimport terus dari
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Harimau Malaya kalah lagi
Oleh: NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
Tarikh: July 28, 2013
APA sudah jadi? Mungkin itu persoalan tepat untuk Harimau Malaya yang terus mempamerkan aksi 'longlai' dalam siri jelajah Jepun 2013 dan kali ini skuad kebangsaan itu sekali lagi diaibkan oleh pasukan kelab, Shonan Bellmare 0-5 semalam.
Pada perlawanan pertama Jumaat lalu, skuad bimbingan Datuk K Rajagobal tewas 0-2 kepada Shimizu S-Pulse.
Kekalahan ini terus membuktikan bahawa persiapan Harimau Malaya menghadapi baki aksi Kelayakan Piala Asia Oktober ini semakin mencemaskan.
Selepas ini, Harimau Malaya akan menutup tirai aksi persahabatan di Jepun dengan menentang kelab J League 2 Tokyo Verdy pada 31 Julai sebelum pulang ke Malaysia untuk berdepan juara La Liga Sepanyol, Barcelona di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 10 Ogos.
Kunjungan skuad kebangsaan ke Jepun ini menjadi medan buat pengendali kebangsaan itu mempersiapkan pasukannya menentang Bahrian dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Kuala Lumpur Oktober ini.
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment