Thursday, October 31, 2013

RG2011... nak tanye..

Salam sumer..

Fas nak tanye la kan,

Kalo kita nak boh tembok atau buat pagar batu kat rumah (rumah teres)

Kita kena plaster skali ke tembok umah sebelah (jiran kita tu)

Bukan ke patut, umah kita je..?

Atau atas dasar timbangrasa semate atau kena byr separuh2 baru ler luar dalam skali kot..

Sape tau, bley nasihat tak..?

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Fw: CIKGU TOLONG JANGAN SILAP PANGKAH!

agaknya memang zaman sekarang ni cikgu-cikgu macam tu ke?

anak saya pun pernah alami keadaan yang hampir sama... saya tak berapa ingat kertas soalan subjek apa yang anak saya tunjuk masa tu.. tapi soalan periksa tu siap dengan gambarnya sekali.. soalannya: "di mana kah pemburu itu digigit semut?" dalam gambar tu dah terang-terang tunjuk gambar pemburu memegang pergelangan kakinya dan ada macam tanda yang dilukis yang menunjukkan pergelangan kakinya yang sakit..

anak saya tandalah jawapannya "pergelangan kaki" tapi cikgu pangkah dan cikgu bulatkan jawapannya "tangan".. anak saya kata ramai kawan-kawannya yang bagi jawapan "pergelangan kaki" cikgu tetap pangkah jugak.. saya pun naik pening memikirkan sapa sebenarnya yang konfius... anak-anak muridnya atau cikgunya....

saya suruh anak saya tanya pada cikgu dia kenapa jawapan "pergelangan kaki" tu salah padahal dah terang-terang dlm gambar tu pemburu tu pegang pergelangan kakinya tapi cikgu tetap kata jawapan yang betul adalah "tangan"....

2013/10/30 -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
 
CIKGU TOLONG JANGAN SILAP PANGKAH!!!

telokbakong.blogspot
aiyangdisayang.blogspot.
 
Ni bukan cerita pangkah undi tau... tapi ni cerita pasal pangkah jawapan kertas periksa.
Periksa akhir tahun baru je berlalu jadi minggu ni adalah minggu cikgu memulangkan kertas peperiksaan kepada murid beserta markah. Macam biasalah... murid akan semak jawapan yang salah. Yang betul dia tak tengok pun. Bila jawapan yang betul cikgu pangkah maka murid akan jumpa cikgu dan beritahu

Kisahnya semalam luqman dapat kertas periksa matematik.
Bila dia semak ada 3 jawapan betul yang cikgu tanda salah.

bawah ni kertas kawan dia haikal

Nampak tak?
ni yang tak best nih...
huhuhu
tapi yang buat aku  tak puas hati  tu bila ibu haikal beritahu yang haikal sudah tolong beritahu cikgu tentang kesilapan ni tapi cikgu buat tak endah pun semalam.
pagi tadi luqman pula cari cikgu math tapi cikgu takde.... tak hadir.
aduhaiii....
esok ler pulak carik cikgu... tu pun kalau cikgu datang dan tu pun kalau cikgu nak betulkan.

Seorang lagi ibu pelajar sekelas luqman dan haikal berkata masalah ni memang biasa. Cikgu sekarang bukan macam cikgu dulu.
Dia yang seorang peguam pun pernah alami situasi begini.
Pergi sekolah jumpa cikgu dan cikgu memang betulkan markah kat kertas soalan depan ibu pelajar tapi bila dapat report card... markah tak ubah apa-apa!
mungkin
cikgu malas nak betulkan markah
cikgu taknak buku rekod comot
cikgu takde liquid paper???

Ini bukan masalah besar tapi kesilapan macam ni tak patut lah berlaku
cikgu tolonglah jangan buat kerja sambil lewa....
benda macam ni pun takkan nak komplen masa mesyuarat PIBG kot.
Banyak lagi hal yang penting untuk dibincang masa tu.

Ni cerita tahun ni...
tahun lepas lagi lah tak sedap...
disebabkan guru kelas ada anak dalam kelas tersebut boleh pulak dia tunjuk ajar anak dia masa periksa.
samalah dengan cikgu math ni jugak tolong sekali ajar anak cikgu tu.
untungkan.... 

Bila luqman pulang sekolah dan bercerita anak cikgu untunglah mak dia ajar dia masa periksa, aku buat tak tau.... mungkin luqman salah sangka je... tapi bila haikal mengadu perkara yang sama dengan ibu dia dan anak peguam pun mengadu hal yang sama maka adakah ketiga kanak2 ini berkonspirasi????
grrrr.....
Keputusannya memang dijangka anak cikgu dapat tempat pertama!
Tahniah....
dan luqman walaupun dapat tempat ketiga ibu tetap bangga.
plus luqman juga ada 3 lagi hadiah untuk mata pelajaran terbaik.
alhamdulillah....

p/s: Walaupun mereka baru tahun 2 tapi tolonglah jangan cuai ye cikgu2... peratus turun silap2 kelas pun turun...huhuuu

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fesyen disaster amoi-amoi di China

Lebih kurang kat sini jerrr…

Lagi disaster, yang Islam (tak kesah lah, bangsa apa pun).. lebih kurang sama serupa..

Huhuhu… sodeh!

Fesyen disaster amoi-amoi di China

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw : Ustazah berzina dengan lelaki lain ketika suami di mekah

Berzina dengan lelaki lain ketika suami di Mekah

Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.

Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.

Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.

Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.

Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.

Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai.

Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.
"Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.

"Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu.

"Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat," katanya.

Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu 'menegakkan benang basah' dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.

Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat.

Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg Hmetro Online

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Fw: Tarak sekolah punya orang !

jangan ckp pekerja asing yang buat tu tak pikir pasal keselamatan.
kalo dorang x pikir dah tentu ramai pekerja projek pembinaan yang mati masa nak buat projek.
dan dah tentu byk kes2 bangunan2 tinggi, flyover, jejantas dan macam2 lg kes buruk berlaku.
pekerja asing tu la yang bersabung nyawa nak buat kemudahan untuk kita.
ORANG KITA NAK BUAT??? pergi mimpi lah.
nak tau sapa je yang handle kren, yang handle kren tu biasanya orang2 cina. sebab handle kren ni gaji besar dan dikira sebagai jawatantinggi dalam projek pembinaan.
pekerja asing cuma ikut arahan je, bancuh simen, pasang besi, susun batu, angkat batu, tarik wayar, dan mcm2 lg la. semua keje yang org kita xmau buat sampai ke hari kiamat.
pekerja asing cuma ikut arahan je, dorang xleh argue dgn arkitek sbb org kita ni kalo berjawatan tinggi ramai yang ego tinggi.
bukan salah dorang terjadinya runruhan tu, salah kontraktor sebb dorang yang bg arahan.

mustahil projek tu xde kawalan dari kontraktor projek.
pekerja bawahan hanya ikut arahan saja

2013/10/31 -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
 
Tarak sekolah punya orang !!!

telokbakong.blogspot.
dollahyankee.blogspot.
Posted by dollahyankee
 
Ini kejadian pada bulan Jun lalu,bila penyambung seluar keluar jambatan Pulau Pinang telah runtuh dan membunuh seorang pengguna jalanraya dan telah mencederakan beberapa orang lagi.
... dan ini laluan yang sama ketika gurkah-gurkah politik di'port' melalui nya sebentar tadi ...

Tak sampai pun empat bulan selepas kejadian pada bulan Jun lalu, gurkah-gurkah ini ingat kejadian hari itu juga telah memberi pengajaran kepada kontraktor untuk menambahbaikan tahap keselamatan kepada pengguna-pengguna jalan raya atau sekurang-kurangnya mereka ada sikap kesihan kepada kami dan lain-lain pengguna supaya jangan ada lagi pengguna yang boleh jadi janda atau boleh jadi balu atau pun ada yang 'mati katak'. Tapi hampeh !!! sebab ini lah Malaysia-ku ... "nak mati, mati lah!. apa nak buat?!".

Lihat lah sendiri bagaimana forklift diatas sedang diguna unuk membuat kerja-kerja penghadang pada penyambungan semula penyambung susur keluar yang runtuh tempohari, sedangkan dibawahnya pula kenderaan-kenderaan sedang lalu lalang seperti biasa. Betapa  malang nya nasib kita dan nasib kami kalau lah berlaku sedikit kesilapan akibat kelalaian manusia yakni buruh-buruh yang terdiri dari pendatang asing dari pelbagai negara yang tak ambil pot atau tak tahu apa ke benda tentang 'safety'... 
Lu orang sendiri fikir lah ...

dollah yankee -
Kalau ikut jadual pembinaan...hari ini kita dah boleh guna dan melalui jambatan ke-2 ini.
 
--
HIDUP NI MEMANG BANYAK MASALAH
KALO TAK DE MASALAH
ITU MASALAH NAMANYA

*THE VOICE THAT PIERCES DEEP INTO MY CHEST IS LIKE A CRY OF JOY THAT NEVER STOPS RINGING*

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Fw: Kakitangan Awam... Suka....!

Sebenarnya menjadi kakitangan awam di Malaysia sangat beruntung. Gaji dibayar untuk sebulan samada bekerja penuh atau tidak sebulan, bulan februari pun dapat penuh, belum lagi peruntukan cuti untuk kakaitangan gred 41, cuti dekat sebulan boleh digunakan, belum lagi MC swasta, MC kerajaan, yg mane sekiranya digunakan semua mau dekat 3 4 bulan tidak bekerja tetapi masih dibayar gaji. Kalau dikira sebulan ada 30hari x 12 bulan =360 hari, yg lg 5 hari tolak 1 @ 2 hari untuk bln feb so lagi 3 hari tu kira sedekah la..setahun kalau kita nak sedekah rm100 200 pun payah..betul x?
Senyum sokmo..

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

From: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wed, 30 Oct 2013 00:09:18 +0800
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Fw: Kakitangan Awam... Suka....!

Kakitangan Awam... Suka....!!!!

telokbakong.blogspot
ikutsukaakuisa.blogspot
 
Beberapa minggu lepas, saya ada berbicara dengan kawan saya yang berkerja di Nestle dan beberapa kawan saya dari luar negara khususnya di US, Australia dan UK. Apa yang saya nak highlightkan adalah di negara-negara maju dan di syarikat multinasional yang berpengkalan di negara maju, gaji mereka dibayar mengikut minggu.

Malah, Labour Department mereka juga menguatkuasakan pengiraan gaji berdasarkan minggu dan bukan bulan (walaupun ada beberapa syarikat mereka yang membayar lumpsump setiap 4 minggu, tetapi pengiraan gaji dikira berdasarkan kepada minggu dan bukannya bulan).

Soalannya : Mengapa..???

Jika soalan ini ditanya kepada Menteri-Menteri Cap Ayam Malaysia, pastinya mereka akan mengatakan sistem pemberian gaji di Malaysia adalah yang terbaik di dunia kerana sekiranya gaji diberikan setiap minggu pastinya penerima gaji terbabit akan boros berbelanja setiap minggu. Atau, jika gaji setiap bulan diberikan berasaskan kepada pengiraan minggu, negara akan muflis.

Sebelum saya pergi lebih lanjut, mari saya terangkan apa beza pengiraan gaji berdasarkan minggu vs pemberian gaji berdasarkan bulan:

(1) Pengiraan gaji Berdasarkan Jumlah Minggu. Sebenarnya, pengiraan gaji berdasarkan minggu adalah dengan mengambil jumlah hari dalam setahun , dan berapa minggu di dalam tempoh 365 hari tersebut: 1 minggu = 7 hari (i) X minggu = 365 hari (ii) X minggu = 365/7 = 52 minggu Bermakna, 365 hari = 52 minggu. Maka kerajaan negara negara maju akan membayar para penjawat awam mereka gaji sebanyak 52 minggu dalam setahun. (2) Pengiraan Gaji Berdasarkan Jumlah Bulan. 1 tahun = 12 bulan (i) 1 bulan = 4 minggu (ii) Maka, setahun = (12 x 4) minggu = 48 minggu

Bermakna, dalam setahun yang sebenarnya ada 52 minggu dan 365hari, kerajaan kita hanya membayar gaji untuk sebanyak 48 minggu sahaja.

Nah.., mari kita tengok beza minggu antara 2 teknik pembayaran gaji (Bandingkan (1) dan (2)). = 52 minggu (dari (1)) - 48 minggu (dari (2)) = 4 minggu (lebih kurang satu bulan) # Kesimpulan : - Ini adalah sebab utama, mengapa Kerajaan kita dapat membayar bonus satu bulan gaji pada setiap hujung tahun, kerana bonus tersebut sebenarnya adalah datang dari (4 minggu/sebulan gaji).

Jika, Kerajaan hanya membayar setengah bulan gaji sebagai bonus, mereka sebenarnya "mencuri" setengah bulan gaji para penjawat awam pada tahun tersebut. Kerajaan di negara-2 maju, walaupun mereka tidak mempunyai agama rasmi (bukan mengaku Islam), tetapi mereka sebenarnya lebih telus dan berhati-perut dalam menjaga kebajikan rakyat mereka yang bekerja, bukannya seperti negara yang Agama Rasminya adalah Islam.

Kerajaan Malaysia sentiasa mengambil contoh terburuk dari negara maju (kononnya) untuk dibandingkan dengan negara kita, sebagai contoh di dalam isu 800,000 penjawat awam yang di lay offkan selama 2 minggu akibat US Government Shutdown.

Tetapi mereka tidak pernah mengambil, membandingkan dan mengimplementasikan aspek paling fundamental di dalam menjaga kebajikan para penjawat awam mereka iaitu "Pengiraan gaji Berdasarkan Jumlah Minggu".

Satu lagi nota penting : Dan fakta ini menjelaskan mengapa kerajaan kita hampir tidak pernah memberikan bonus kepada penjawat awam melebihi 1 bulan gaji pada setiap hujung tahun.

Sekian.

Admin - nampak tak kita kena tipu...????

hahahaha.... ramai dikalangan kakitangan awam adalah penyokong setia dan macai umno laknatullah, eloklah kena tipu.... padan dengan muka diorang... hahahahaha.... sejak dulu, kini dan selamanya memanjang kena tipu...., ada otak tapi takda akal pasal tu suka sangat kena tipu... sudah seperti makhluk dalam hutan daaaaa......!!!!

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... HARTA

:: Tribute to Nadia Zahari 1988-2013 ::

Semoga Allah memberi pengampunan dan menerima amal kebaikan arwah,

Lalu menuntunnya ke Jannah dgn rahmah Nya.. – alfatihah –

****************************************

Nadia Zahari | nadiazahari.tumblr.com

HARTA

“Diberi harta bukan untuk menunjuk, diberi harta untuk menentukan samada bijak atau tidak seseorang manusia bersyukur dan memberi”

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Bajet Dan Nasihat Nabi Shu‘Aib

Bajet Dan Nasihat Nabi Shu'Aib
Thu Oct 31, 2013 21:01 from Minda Tajdid by admin
Close

BAJET DAN NASIHAT NABI SHU'AIB
Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Kita baru sahaja mendengar pembentangan Bajet 2014. Pelbagai ulasan dibuat oleh pelbagai pihak. Ada yang pakar, ada yang tidak pakar. Ahli ekonomi apabila berkata-kata banyak istilah dan angka yang mereka lafazkan. Orang awam mungkin tidak semua yang faham. Jika pun mereka tahu maksud, mereka tidak tahu pula antara angka yang benar dan angka yang di'silap mata'kan. Apabila hutang negara bertambah, beban rakyat meningkat, kehidupan menjadi sukar, jenayah dan ketakutan mula merayap ke segenap kehidupan rakyat dan sebagainya, maka bala dan derita itu dirasai oleh semua peringkat. Mereka yang faham dengan segala istilah dan angka, juga mereka yang kurang faham atau langsung tidak faham pun akan merasai derita dari segala bala tersebut.

Saya tidak mahu mengulas bajet secara detil. Biarlah hal itu dilakukan oleh pakar-pakarnya. Saya sekadar mahu berkongsi apa yang Nabi Shu'aib nyatakan kepada kaumnya tentang punca kemusnahan ekonomi sesuatu umat.

Nabi Shu'aib merupakan seorang nabi yang yang diutuskan kepada Kaum Madyan. Beliau terpaksa menghadapi kerenah penyelewangan pengurusan ekonomi dan harta yang mereka lakukan. Kaum Madyan dicatatkan sebagai kaum yang awal mengenakan cukai kepada orang yang lalu-lalang dalam kawasan mereka. Al-Quran merakamkan ucapan-ucapan Shu'aib bagi mengingatkan sesiapa yang terlibat dengan harta orang lain tentang asas-asas penting dalam menguruskan harta. Bahasa Nabi Shu'aib a.s. bahasa asas yang dapat difahami oleh semua peringkat.

Penipuan Harga

Penipuan harga adalah antara ibu penipuan dalam urusan ekonomi. Meletak harga bohong pada sesuatu adalah kezaliman. Penipuan ini boleh berlaku samada dengan cara menipu ukuran ataupun timbangan. Dalam kerangka projek-projek kerajaan bererti meletakkan harga yang tidak sepadan dengan nilai yang sepatut. Sehingga projek-projek itu dibayar oleh kerajaan dengan harga yang tinggi melebihi 'sukatan' ataupun 'timbangan' yang sepadan. Wang awam menjadi mangsa dan negara menjadi korban. Ini semua kerana ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memakan harta secara tidak sepatutnya. Inilah yang Nabi Shu'aib tegaskan dalam seruannya. Firman Allah: (maksudnya)

"dan kepada penduduk Madyan Kami utuskan saudara mereka Syu'aib, dia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tiada tuhan bagi kamu selain dariNYA, dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi." (Surah Hud ayat 84).

Menipu timbangan ataupun sukatan bukan bererti tidak langsung menimbang ataupun menyukat, tetapi sukatan dan timbangan secara tipu. Inilah punca kemusnahan kehidupan penduduk Madyan kerana ada pihak yang menipu dalam berurusan dengan pihak yang lain. Justeru, negara yang baik hendak mempratikkan 'good monetary policy' yang dapat menyelamat harta awam dari ditipu ataupun dirompak secara 'lulus di atas kertas'. Kebanyakan penipu silam dan moden memperlihatkan seakan mereka jujur pada mata yang tertipu, tetapi hakikatnya mereka penipu. Hal ini akan menyebabkan negara yang zahirnya kaya, tetapi rakyatnya susah sebab timbangan dan sukatan mereka sudah ditipu. Nampak banyak, hasilnya sedikit.

Mengurangi Hak

Ingatan Nabi Shu'aib yang lain ialah: (maksudnya)

"Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85).

Dalam konteks negara, jika kita membicarakan tentang hak, maka hak rakyat menikmati kekayaan bagi setiap negara tidak sama. Ia bergantung kepada latar kekayaan negara tersebut. Jangan samakan Malaysia dengan negara yang lebih miskin dari kita ataupun sebaliknya. Sebab itu al-Quran apabila menyebut tentang mut'ah yang suami patut berikan kepada isteri yang diceraikan, Allah memerintahkan agar kadarnya ditentukan oleh kemampuan masing-masing. Allah menyebut:

"..hendaklah kamu memberi "mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu), iaitu suami yang senang (hendaklah memberi) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan". (Surah al-Baqarah, ayat 236).

Suami yang kaya tidak boleh memberikan saguhati ataupun mut'ah itu seperti kadar yang diberikan oleh suami yang miskin. Dia tidak boleh bandingkan hak isterinya dengan isteri orang tidak sekaya dirinya. Demikian hak-hak rakyat dalam setiap negara itu berbeza berdasarkan kekuatan kekayaan negara berkenaan. Tidak boleh mana-mana kerajaan yang kaya menyamakan hak rakyat di negaranya dengan rakyat di negara yang lebih miskin daripadanya. Lebih buruk lagi jika sebahagian 'bangsawan' dan 'atasan' menikmati kekayaan sesebuah negara secara berlebihan sementara sebahagian rakyat hanya menjilat lebihan kuah yang tumpah ke lantai sahaja.

Keberkatan

Intipati yang penting dalam penghayatan amalan ekonomi yang jujur ialah mencari keberkatan yang diperolehi melalui harta yang terhasil dari sumber yang halal. Shu'aib a.s: (maksudnya)

"Baki (yang halal) Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman, dan aku bukanlah orang yang mengawasi kamu". (Surah Hud, ayat 86).

Inilah asas jiwa insan yang jujur dalam pengurusan ekonomi. Jiwa yang memadai dengan yang halal dengan tidak mengambil harta orang lain atau pun mengurangkan hak mereka. Memadai dengan apa yang tinggal dari pengurusan yang halal itu lebih baik dan diberkati Tuhan. Dilimpahkan kedamaian dan kebaikan dari pelbagai sudut dalam kehidupan. Kebahagiaan bukan hanya diukur dengan jumlah harta tetapi kurniaan keberkataan limpahan Tuhan kepada kehidupan ini. Keberkatan adalah elemen yang ditekankan dalam pengurusan ekonomi Islam yang tiada dalam sistem ekonomi yang lain. Keberkatan itu seperti kata Al-Asfahani (meninggal 425H) bermaksud

"kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu." (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam)

Lihatlah bila keberkatan hilang maka orang yang kaya-raya pun hidup tanpa bahagia. Pencuri-pencuri harta awam hendaklah faham hakikat ini. Pengurus harta awam juga hendaklah faham. Justeru itu kita kena sedar bahawa jumlah jenayah dan keadaan tekanan hidup yang sedang meningkat dalam negara kita adalah antara tanda hilangnya keberkatan kehidupan.

Good Governance

Good governance atau urus tadbir baik adalah istilah yang digunapakai pada hari ini bagi menggambarkan bagaimana institusi awam yang mengendalikan urusan dan harta awam ditadbir. Ia menggambarkan urustadbir yang bertanggungjawab lagi baik. Beberapa anasir diletakkan oleh pelbagai pihak seperti UN, IMF, World Bank dan lain-lain dalam menetapkan characteristics sesuatu urus tadbir yang baik. Sesiapa yang mengkaji tentang international development boleh mendetilkannya.

Apapun, nasihat-nasihat Nabi Syu'aib adalah kunci kepada urustadbir harta yang baik. Para pemerintah hendaklah insafi diri masing-masing ketika menguruskan harta negara. Sekali lagi saya ulangi apa yang Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) dalam kitabnya As-Siyasah asy-Syar'iyyah fi Islah ar-Ra'i wa ar-Ra'iyyah sebut:

"Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara mengikut nafsu mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagikan harta miliknya. Sebaliknya, para pemerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan. Mereka bukan pemilik harta. Ini seperti yang Nabi s.a.w sabda: "Aku –demi Allah- tidak boleh memberi (harta awam) ataupun menghalang seseorang. Aku hanya pembahagi yang meletakkannya di mana sahaja aku diperintahkan". Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a."

"Inilah rasul Tuhan semesta alam yang memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hak menghalang dan memberi dengan kehendak dan pilihannya seperti mana seorang pemilik harta yang boleh berbelanja dengan hartanya, dan seperti raja-raja yang memberikan kepada sesiapa yang mereka suka. Sebaliknya dia (Rasulullah s.a.w) hanya seorang hamba Allah, membahagikannya mengikut arahan Allah. Dia meletakannya di mana yang Allah perintahkan".

Sambung Ibn Taimiyah lagi:

"Demikian apabila seseorang berkata kepada (Khalifah) 'Umar bin al-Khattab: "Wahai Amir al-Mukminin! Andainya engkau tambah peruntukanmu dari harta Allah ta'ala (harta negara). Jawab 'Umar: "Tahukah engkau apakah bandingan antara aku dan rakyat? Ia umpamanya satu kaum yang berada dalam satu perjalanan, lalu mereka menghimpunkan harta mereka kemudian mereka menyerahkannya kepada seseorang untuk membelanjakannya untuk mereka. Apakah halal untuk lelaki itu mengutamakan dirinya dengan menggunakan harta mereka?." [m/s 51-52. Kuwait: Dar al-Arqam (1406H)]