Salam hormat,
Saya tak bertujuan nak menyokong mana mana pihak cuma saya ingin membetulkan fakta sahaja. Pendekar blogger bercakap seperti orang yang sangat arif dan faham sepenuhnya tentang GST tetapi hakimatnya bercelaru dan langsung tidak betul. Tak salah kita nak tegur dan nak komen apa apa perlaksanaan terbaru yang kerajaan perkenalkan tetapi bialah dengan asas dan fakra yang betul. Jangan kelirukan pemikiran rakyat dengan info info yang salah. Kepada semua ahli respeks, sila luangkan masa untuk melayari akaun FB GST KONSULTANT untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan terpeinci. Terima kasih.
FB Hasbie Muda
GST :Rakyat akan marah sekejap tetapi 5 tahun lagi tetap akan undi BN.
Goods & Services Tax (GST) adalah sejenis Value Added Tax (VAT) iaitu cukai keatas nilai yang ditambah. Ia akan menggantikan Sales & Services Tax (SST) yang diamalkan sebelum ini.
Apa bezanya?
Cukai sebelum ini hanya dikenakan pada barang/perkhidmatan akhir yang dijual. Manakala GST dikenakan di setiap peringkat seperti perkilangan dan pengedaran. Dari sudut pulangan kepada negara, hasil dari cukai akan bertambah sebab firma tidak lagi dapat 'menyorok' dari dicukai.Umpamanya KFC. Sebelum ia akan kenakan 6% cukai perkhidmatan kepada pembeli. Maka secara kasarnya, pembeli KFC akan untung sebab tiada lagi tambahan 6% apabila GST dilaksanakan.
Tetapi setiap ayam yang disembelih nanti akan dicukai. Tepung yang digunakan juga akan dicukai. Sos, rempah, kentang goreng, keju dan sebagainya. Sudah tentu secara kasarnya kos firma KFC akan meningkat dengan mendadak kerana cukai tidak lagi dikenakan kepada ayam yang terjual sebaliknya pada semua barang yang terlibat dalam proses pengeluaran.
Untuk menampung kos ini, sudah tentu KFC akan menaikkan harga ayam-ayamnya. Tiada lagi tambahan 6% kerana harga baru nanti akan menyerap cukai yang telah dikenakan di semua peringkat.
Sebelum ini kerajaan janji untuk kenakan 4% sahaja GST tetapi petang tadi Menteri Kewangan umumkan 6%. Borbohong.
Kerajaan kata ia bagus kerana GST tidak dikenakan pada barangan keperluan asas. Justeru kelompok berpendapatan rendah tidak akan terjejas. Tetapi kerajaan semacam tidak faham bahawa kenaikan dalam barangan lain yang bukan asas juga akan mengheret ekonomi kepada inflasi (teori domino).
Apabila berlaku inflasi, kelompok paling teruk terjejas adalah golongan berpendapatan rendah.
Golongan ini akan marah sekejap tetapi 5 tahun lagi tetap akan undi BN.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (5) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment