Thursday, October 31, 2013

RG2011... (~~~A~I~B~~~) [1 Attachment]

 



Bila sebut tentang aib, ada juga yang tidak sabar-sabar bagi
menebarkan pada orang lain, seperti membesarkan api yang
kecil. Terlalu ghairah dan merasakan satu kepuasan bilamana
dapat menyemarakannya, apalagi sekiranya ada angin yang
bertiup menolong menyebarkannya. Manusia yang suka 
mendedahkan aib orang lain adalah persis suka berenang
dan mandi dengan air  kotoran. 

Orang yang suka memerhatikan aib orang lain, ia tiada pernah
juga mempunyai masa untuk  mengetahui aibnya sendiri juga
beranggapan tiada punyai aib sendiri maka tidak senang melihat
aib orang lain. Adalah  dilarang untuk mencari aib dan mendedah-
kannya pada orang lain dengan tujuan untuk memalukan dan
menyeronokkan dirinya. 

Dalam dunia maya ini tanpa sempadan lebih senang melaku-
kan perbuatan keji ini, apatah lagi dengan didorong oleh
syaitan akan menjadikan perbualan atau cerita aib terlalu
menyeronokkan boleh gelak ketawa dan berdekah-dekah
seperti merasakan nikmat dapat meminum air yang lazat
ketika dalam dahaga. Betapa penghinaan, direndahkan dan
dihina begitu rupa pada yang diaibkan. Mereka yang membuka 
dan menceritakan aib orang lain merasa megah,hebat dan mulia.

Lihatlah apa-apa elemen yang bercanggah dengan hukum,itulah
yang menjadi nikmat di dunia ini, semuanya kerana kebocoran
dan tipisnya iman seseorang. 

Oleh itu jangan libatkan diri dengan perkara yang begini, tidak
kira  kawan atau lawan, keluarga sendiri terutama aib kedua 
ibu bapa. Situasi sekarang terlalu gah yang mempamerkan
aib pada umum dengan pelbagai cara. Akibatnya sangat
buruk terutama yang diaibkan.

Semoga Allah menutup segala keaiban kita dan membuka
serta memperbanyakkan kebajikan kepada orang lain.

"Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?" Rasulullah s.a.w. menjawab, 
"Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka", ditanya lagi 
"Bagaimana kalau ianya benar?" Rasulullah s.a.w. menjawab "Sekiranya apa 
yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya 
tidak engkau telah melakukan fitnah"

"Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt 
menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat" 
(HR. at-Tirmidzi)


--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

__._,_.___
View attachments on the web
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment