Tuesday, October 29, 2013

Re: RG2011... GST :Rakyat akan marah sekejap tetapi ...

 

mana punya analisa pulak nie.....lepas nie lagi sahih lah kfc kenakan GST 6%...kenapa pulak tak ada tax 6% tu?
 
dan goods tax yang tak nampak tu....maka, bertambah2 lah kenaikan harga sebab setiap chain dalam menyediakan kfc akan kenakan tax di setiap proses dan selagi ada Goods = barang dan Service = perkhidmatan dalam menyediakan KFC

2013/10/28 Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
 




Pada 26 Oktober 2013 10:36 PG, Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com> menulis:
 

GST :Rakyat akan marah sekejap tetapi 5 tahun lagi tetap akan undi BN.
ArtikelFB Hasbie Muda

Goods & Services Tax (GST) adalah sejenis Value Added Tax (VAT) iaitu cukai keatas nilai yang ditambah. Ia akan menggantikan Sales & Services Tax (SST) yang diamalkan sebelum ini.

Apa bezanya?

Cukai sebelum ini hanya dikenakan pada barang/perkhidmatan akhir yang dijual. Manakala GST dikenakan di setiap peringkat seperti perkilangan dan pengedaran. Dari sudut pulangan kepada negara, hasil dari cukai akan bertambah sebab firma tidak lagi dapat 'menyorok' dari dicukai.

Umpamanya KFC. Sebelum ia akan kenakan 6% cukai perkhidmatan kepada pembeli. Maka secara kasarnya, pembeli KFC akan untung sebab tiada lagi tambahan 6% apabila GST dilaksanakan.

Tetapi setiap ayam yang disembelih nanti akan dicukai. Tepung yang digunakan juga akan dicukai. Sos, rempah, kentang goreng, keju dan sebagainya. Sudah tentu secara kasarnya kos firma KFC akan meningkat dengan mendadak kerana cukai tidak lagi dikenakan kepada ayam yang terjual sebaliknya pada semua barang yang terlibat dalam proses pengeluaran.

Untuk menampung kos ini, sudah tentu KFC akan menaikkan harga ayam-ayamnya. Tiada lagi tambahan 6% kerana harga baru nanti akan menyerap cukai yang telah dikenakan di semua peringkat.

Sebelum ini kerajaan janji untuk kenakan 4% sahaja GST tetapi petang tadi Menteri Kewangan umumkan 6%. Borbohong.

Kerajaan kata ia bagus kerana GST tidak dikenakan pada barangan keperluan asas. Justeru kelompok berpendapatan rendah tidak akan terjejas. Tetapi kerajaan semacam tidak faham bahawa kenaikan dalam barangan lain yang bukan asas juga akan mengheret ekonomi kepada inflasi (teori domino).

Apabila berlaku inflasi, kelompok paling teruk terjejas adalah golongan berpendapatan rendah.

Golongan ini akan marah sekejap tetapi 5 tahun lagi tetap akan undi BN.



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment