Lebih cantik jika 1 Malaysia laksanakan hudud.
Thanks and Regards
###########( )###########
Khomaron Azhar Abdul Manaf
Sungai Petani
Kedah.
###########( )##########
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Sr Rizz.r
Sent: Wednesday, 30 October, 2013 7:33 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Alhamdulillah - Hudud di Brunei
Hudud! Topik yang suka dicanang penyokong pembangkang, dan modal mudah menjatuhkan hukum terhadap penyokong kerajaan. Ya, saya beragama Islam, saya tidak menentang hudud.
Tapi dalam masa yang sama saya tertanya-tanya adakah wajar hudud dijadikan modal untuk kita menghukum kerajaan tidak islamik? Sedangkan negeri-negeri yang dipegang pembangkang terutama sekali KELANTAN langsung tidak pernah menjalankan hudud. Walaupun kuasa perundangan terletak ditangan KERAJAAN NEGERI.
Sudah ternyata didalam perundangan Malaysia, Perlembagaan Persekutuan:
Bahagian 6, Bab 1, Perkara 74 (2): Dengan tidak menyentuh apa-apa kuasa yang diberi kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang oleh mana-mana Perkara lain, Badan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang mengenai mana-mana perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri (iaitu, Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama.
dan ya.. hudud tidak tersenarai tetapi tersenarai boleh menghukum mereka yang melakukan kesalahan, oleh itu kita bergerak ke Perkara 77, Perlembagaan Persekutuan:
Perkara 77. Badan Perundangan Negeri adalah berkuasa membuat undang-undang mengenai apa-apa yang tidak disebutkan dalam mana-mana senarai yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan, iaitu bukan perkara yang Parlimen berkuasa membuat undang-undang mengenainya.
Sebab itu dulu, sewaktu Tun Dr. Mahathir masih lagi Perdana Menteri beliau pernah berkata, "jika PAS nak hudud buatlah di Kelantan, tiada masalah".
Jadi adakah wajar kebanyakan penyokong pembangkang melabelkan penyokong kerajaan menolak Islam, sedangkan negeri mereka yang ada kuasa melaksanakan hudud sendiri gagal untuk melaksanakannya.
P/S: Lepas ini jika ada kawan anda yang bising pasal kerajaan persekutuan tak laksanakan hudud, sila hadiahkan buku Perlembagaan Persekutuan dengan nota cinta "selamat membaca undang-undang Malaysia, jangan lupa suruh PAS laksanakan dulu".
***saya tulis ini diatas nasihat seorang Pensyarah Undang-Undang salah sebuah universiti di Malaysia. Mengikut point yang diberi beliau.
#ASH
Pada 28 Oktober 2013 8:03 PG, Hashim, Fasriana <fasriana_hashim@apl.com> menulis:
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Dengan izin Allah juga, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Akta Perintah itu mula digazetkan hari ini, 22 haribulan Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.
“Dengan ini Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai,” titah Kebawah DYMM.
“Undang-Undang Allah disyari’atkan, bukanlah untuk kepentingan-Nya sendiri. Allah sama sekali tidak mempunyai apa-apa hajat, kerana Dia sendiri adalah Maha Sempurna. Yang berhajat itu ialah kita para hamba, termasuk hajat untuk dapat menikmati keadilan dan kesejahteraan,” titah baginda.
“Demikian juga, kita tidak meminta dari mana-mana pihak untuk melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syar'iah, demi kerana ia adalah semata-mata ‘hidayat khusus’ daripada Allah kepada kita. Sesungguhnya hidayat itu adalah bulat menjadi hak Allah,” titah baginda.
“Inilah Brunei kita, Negara Zikir Melayu Islam Beraja. Kita, adalah melihat kepada semua pihak dengan kaca mata yang bersih lagi putih, tanpa sebarang prejudis. Lalu kerana itu, kita pun juga adalah berhak pula untuk mengharapkan supaya orang lain juga, terhadap Brunei, akan melihat seperti itu,” titah baginda.
kredit : BRUNEI ISLAM
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (3) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment