Tuntutan bayar nafkah
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
KAJIAN menunjukkan ramai ibu tunggal dan anak mereka tidak tahu hak dalam mendapatkan saraan hidup. Ini menyebabkan mereka gagal hadir ke mahkamah syariah sehingga hutang nafkah yang sepatutnya dibayar oleh bekas suami, tertunggak mencecah ratusan ribu ringgit.
Selain kurang pengetahuan di pihak wanita untuk membuat tuntutan, keengganan bekas suami membayar nafkah menyebabkan ramai wanita menderita dan hidup susah bersama anak-anak mereka.
Kesukaran menuntut nafkah daripada bekas suami boleh diatasi dengan merujuk kepada mahkamah syariah kerana melalui kuasa perundangan, bekas suami boleh dipaksa membayar kepada bekas isteri serta anak-anak yang ditinggalkan.
Antara alasan yang diberikan bekas suami yang liat menjelaskan nafkah termasuk sudah mempunyai komitmen baru. Misalnya, suami mempunyai isteri dan anak yang lain, masalah berpanjangan dengan bekas isteri, tidak dapat bertemu anak-anak serta meletakkan tanggungjawab membesarkan anak-anaknya di bahu suami baru bekas isteri.
http://www.hmetro.com.my/articles/Tuntutanbayarnafkah/Article/ - child#childhttp://www.hmetro.com.my/articles/Tuntutanbayarnafkah/Article/ - child#child
Menurut Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Prof Dr Mohd Naim Mokhtar, wanita tidak seharusnya berdiam diri sekiranya bekas suami tidak membayar nafkah sebaliknya mengambil langkah membuat tuntutan di mahkamah.
Katanya, apabila nafkah yang sepatutnya dibayar secara bulanan dikira sekali gus untuk tempoh 30 tahun, jumlahnya sudah pasti menjadi besar dan ia menyebabkan masalah lain pula seperti bekas suami tidak mampu bayar.
"Ibu tunggal perlu tahu bahawa di Mahkamah Syariah, tiada had masa diberikan dan sampai ke liang kubur pun mereka masih boleh buat tuntutan nafkah.
"Kami ada banyak cara termasuk menggunakan penguatkuasaan bagi membantu pelaksanaan terbaik untuk menyuruh bekas suami bayar nafkah kepada janda dan anak-anaknya.
"Kami juga mahu pastikan sebarang tentangan terhadap pembayaran nafkah tidak dapat menghalang kaum wanita untuk mendapat keadilan sewajarnya," katanya pada Program Swadaya 'Women for Women' di Dewan Perdana Nur, Putrajaya baru-baru ini.
Sebagai contoh, sekiranya pasangan bercerai di
Katanya, pihaknya akan menyediakan ruang untuk tuntutan dibuat termasuk menyediakan tempat tinggal dan tambang teksi kepada wanita.
Beliau berkata, e-nafkah iaitu satu sistem elektronik turut diwujudkan yang mana apabila perintah mahkamah dikeluarkan, ia secara automatik akan dimasukkan ke dalam bank data BSK dan menjelang bulan seterusnya, pihaknya akan menghubungi ibu tunggal untuk bertanya sekiranya mereka sudah menerima wang nafkah.
"Jika bekas suami belum bayar, kami akan menghubunginya dan bertanya mengapa tidak bayar nafkah. Kami juga mempunyai dana sendiri yang disalurkan untuk membantu ibu tunggal selama enam bulan sebelum dapat nafkah daripada suami tetapi kemudian suami perlu bayar semula kepada kami," katanya.
Sementara itu, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Abdul Walid Abu Hassan, berkata ibu tunggal perlu menguatkan semangat dan meneruskan kes menuntut nafkah di mahkamah sekiranya suami mereka tidak bertanggungjawab.
Katanya, wanita perlu tabah dan tidak pulang semula ke pangkuan suami selepas dipujuk sedangkan mereka teraniaya dalam perkahwinan berkenaan.
"Mereka perlu berpegang pada prinsip dan meneruskan tuntutan sehingga ke akhirnya selain menukar persepsi iaitu tidak semestinya dengan bercerai, hidup mereka akan berakhir," katanya.
Beliau berkata, sering kali berlaku bekas suami tidak menjelaskan nafkah atas alasan tidak mampu tetapi pihak mahkamah akan turut mengambil kira peruntukan lain di pihak lelaki yang tidak memberi manfaat seperti tabiat merokok supaya pengiraan nafkah boleh dibuat.
Katanya, apabila bekas suami tidak bayar, pihaknya akan bertanya kepada lelaki berkenaan mengapa tidak membayar. Sekiranya pelbagai alasan diberikan, mahkamah akan memainkan peranannya dalam mendapatkan nafkah tadi bagi bekas isteri dan anak-anak.
"Contohnya kami ambil daripada peruntukan rokok bekas suami kerana ia bukannya perkara berfaedah dan kami beri pilihan kepadanya sama ada membayar kepada bekas isteri atau masuk penjara.
"Selalunya jika pilihan seperti itu diberikan, sehari sebelum masuk penjara, bekas suami akan bayar semua nafkah yang tertunggak," katanya.
Abdul Walid berkata, nafkah wajib diberikan oleh bekas suami dan sekiranya dia tidak bayar termasuk menghilangkan diri, pihak mahkamah boleh mengarahkan adik-beradik lelaki bekas suami sebagai defendan kedua untuk membayar nafkah kepada anak-anak saudara mereka.
Beliau berkata, selalunya apabila pihaknya mengeluarkan arahan seperti itu, adik-beradik lelaki tadi sendiri akan mencari bapa kepada anak-anak saudaranya dan menuntut dia bertanggungjawab.
"Namun sekiranya bekas suami itu tidak mampu kerana tiada duit, sakit seperti lumpuh atau menghilangkan diri, orang lain sebagai waris misalnya adik-beradik lelaki atau ayahnya perlu membayar nafkah kepada anak-anaknya.
"Mereka kemudian boleh menuntut kembali nafkah yang diberikan itu daripada lelaki terbabit sekiranya dia mendapat duit, muncul semula atau pulih daripada penyakitnya.
"Ibu tunggal juga boleh menyenaraikan sekali ahli waris sebelah suami yang mampu memberi nafkah ketika membuat tuntutan kerana bekas bapa mentuanya boleh diminta bayar kepada cucu sehingga mereka dewasa jika suami ghaib," katanya.
Katanya, sekiranya bapa mentua tiada, maka tanggungjawab itu boleh diletakkan pada bahu bapa saudara sebelah bapa kepada anak-anak wanita itu.
Pada masa sama, Abdul Walid berkata, pihaknya tidak sekali-kali membenarkan ibu bapa memburukkan satu sama lain kepada anak-anak mereka kerana ia boleh memberi kesan psikologi tidak baik, sebaliknya dinasihatkan terus datang ke mahkamah untuk membuat tuntutan sewajarnya.
"Kes perceraian sepatutnya boleh berakhir dengan mudah tetapi jika membabitkan dakwaan mendera, ia akan berpanjangan apabila suami tidak mengaku mendera isteri walaupun dituduh. Pada masa sama, tiada saksi pula, hingga ada kes meleret dua tahun menyebabkan tuntutan nafkah juga terganggu," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/06
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment