Sapalah yang tulis nie...
Lagi-lagi alasan diabetis dijadikan fakta untuk menyokong.. apapun tak kisahlah dah gitu gaya penulisnnya...
Bia cerita pasa RM24 bilion pula..lagi kelakar... sebabnya negara Malaysia yang kaya dengan sumber asli bukan takat RM24 bilion yang boleh dituai malahan 4 kali ganda lebih daripada itu..cuma masalahnya biarpun RM100 bilion yang ada kalau harga sebatang pensil RM0.50 dipasaran bila masuk tender jadi RM50 sebatang..hehehe... maka rakyatlah yang kena tanggung segala ketirisan.. apa yang diperolehi darpada ketirisan hanya dinikmati oleh orang-orang tertentu yang juga sering menasihatkan agar rakyat berjimat cermat, jaga kesihatan dan sebagainya..
Berbicara pasal bahan mentah yang diperolehi daripada negara luar. sebenarnya lebih kelakar.. bayangkan nilai mata wang Malaysia dengan Indonesia dan Thailand... dan bandingkan harga gula di indonesia dan thailand.. hehehehe..
Agak-agaknya jika USD1 itu bersamaan berapa rupiah wang Indon dan berapa Bath wang Thailand?
Dan untuk pengetahuan semua.. hagra gula di Indon ditetapkan ppada Rp8100 rujuk
http://www.tempo.co/read/news/2012/05/03/090401466/HPP-Gula-Ditetapkan-Rp-8100-per-Kilogram
Rp8100 bersamaan RM2..30 hehehehee...
--------------------------------------------
On Tue, 29/10/13, Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com> wrote:
Subject: RG2011... Fw : Isu Subsidi Gula
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, 29 October, 2013, 8:56 AM
SENYUM PAGI - Makanan
ruji penduduk Malaysia ialah GULA iaitu sejenis hablur putih
yang diproses dari perahan tebu.
GULA
biasanya dimakan bersama lauk-pauk atau ulam-ulaman.Secara
purata rakyat Malaysia makan kira-kira sekilogram GULA
setiap hari.
Justeru
penarikan balik subsidi GULA telah menyaksikan ramai yang
telah menjadi GILA kerana rakyat Malaysia tidak.memakan
beras seperti rakyat negara jiran serantau Malaysia yang
menjadikan beras yang kebiasaannya ditanak menjadi nasi
sebagai makanan harian mereka.
Justeru
kerajaan disaran agar mempertingkat usaha bagi menjadikan
beras sebagai makanan ruji rakyat Malaysia sebagai
alternatif kepada gula.
Subsidi Gula
Subsidi adalah isu sensitif di Malaysia, kerajaan
membelanjakan RM24 bilion pada tahun lepas untuk
mengurangkan harga barang keperluan seperti
petrol,diesel,gula,tepung dan beras. Kita akan bincang
berkenaan gula hari ini. Gula yang kita letak sedikit di teh
tarik setiap pagi datang daripada pokok tebu, 98.6% gula
mentah di Malaysia dibeli/import dari negara luar
(Brazil,India) dengan harga pasaran dunia, harga komoditi
ini tidak akan kekal dalam masa yang lama kerana ia meningkat dan menjunam(fluctuate) mengikut
supply-demand mechanism. Disebabkan China dan India
mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat, pendapatan rakyat
mereka meningkat secara mendadak sehingga meningkatkan
'consumption' termasuk gula, jadi harga gula mentah
dunia semakin meningkat. Dengan kenaikkan harga komoditi
dunia, jumlah subsidi negara juga meningkat. Mengikut
Menteri Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada tahun
2012, subsidi gula meningkat dari RM262.41 juta tahun 2011
kepada RM567 juta pada tahun 2012.Ini bukti fluctuation yang
agak drastik.
Selain itu, Malaysia juga mempunyai masalah diabetes yang
agak kronik,Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam
berkata penghidap diabetes di negara ini meningkat kepada
2.6 juta orang atau 15 % daripada jumlah penduduk Malaysia.
Kesan sampingan ,penyakit ini akan meningkatkan kos hidup
kepada populasi Malaysia kerana kos perubatan yang mahal.
Secara jujur, disebabkan China,India dan beberapa pasaran
lain sedang membangun, permintaan gula mentah dunia akan
terus meningkat dan kerajaan Malaysia tidak kira parti mana
terpaksa tanggung subsidi yang besar. Di Malaysia wujud 2
kumpulan, kumpulan pertama adalah yang saya panggil 'free
market group', individu yang bekerja sebagai ahli
perniagaan atau pakar pelaburan yang ingin memaksimumkan
keuntungan, mereka percaya bahawa rm24 billion itu patut
dibelanjakan kepada pembangunan kerana ia adalah 'wealth
mulplier' dalam kata lain RM1 akan menjadi RM2 jika
digunakan untuk pelaburan yang cekap dan bijak, ini akan
melonjak Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi pada
tahun 2020. Kumpulan kedua pula adalah rakyat yang kurang
mendapat apa-apa jika pembangunan pesat diteruskan, dan gaji
mereka tidak berapa naik manakala jika subsidi dikurangkan,
kos hidup mereka akan meningkat,secara kesimpulan mereka
ingin subsidi ini diteruskan. Jadi kerajaan sekarang sedang
pening apakah langkah yang terbaik, pembangunan negara atau
kebajikan rakyat???
Kerajaan ada 2 cara untuk menyelesaikan masalah ini, pertama
untuk tanam sendiri pokok tebu secara besar-besaran di Sabah
atau Sarawak. Saya bukan pakar pertanian, tetapi Sabah dan
Sarawak mempunyai tanah yang luas dan cuaca sama seperti
pengeluar gula mentah terbesar Brazil iaitu khatulistiwa
atau tropikal. Kerajaan boleh tubuhkan satu koperasi seperti
FELDA supaya meningkatkan pendapatan rakyat sambil meningkat
pengeluaran gula nasional yang juga akan menurunkan kos
gula. Kesan negatifnya ini tidak akan selesaikan masalah
kesihatan Malaysia.
Kedua, kerajaan perlu cari alternatif kepada gula sebagai
bahan pemanis yang lebih sihat. Ini memerlukan masyarakat
yang inovatif dan sejumlah dana besar bagi pelaburan dalam
penyelidikan dan pembangunan (R&D). Di Amerika apabila
harga petrol meningkat,syarikat automotif mereka terus
menghasilkan kereta hybrid atau electrik (general motors,
fisker,tesla), tetapi masyarakat Malaysia kurang rajin
mencari penyelesaian kepada masalah harian. Saya berharap
kerajaan dan pakar-pakar saintis memulakan kajian ini, demi
mengurangkan kos hidup sambil mengurangkan kadar pesakit
diabetes di negara.
Kesimpulannya, harga gula mentah akan terus meningkat.
Kerajaan sudah melaksanakan beberapa langkah untuk
menyelesaikan masalah ini termasuk menasionalkan syarikat
Malaysia Sugar Manufacturing (MSM) daripada Robert Kuok yang
mendapat bantahan kuat daripada rakyat awam, tetapi masalah
ini belum selesai lagi. Objektif utama kerajaan adalah
sepatutnya mengurangkan kos hidup kerana bilangan pekerjaan
berpendapatan tinggi yang wujud tidak mencukupi untuk
majoriti rakyat Malaysia, sepatutnya kerajaan kurangkan
subsidi gula secara berperingkat dan bukan terus
hapuskannya. Semoga wakil kerajaan mengambil tahu masalah
rakyat dan juga mencari penyelesaian.
P/S :Sewaktu
subsidi gula masih ada,kerajaan telah membayar subsidi
tersebut kepada pembekal gula utama antaranya Robert Kuok
dan Syed Mokhtar Al-Bukhari.
Namun selepas penarikan subsidi,para
pembekal tidak lagi menerima pembayaran dari kerajaan
sebaliknya dibayar terus oleh pengguna yang membeli gula
pada harga pasaran.
Justeru kenapa tiba-tiba Syed Mokhtar
dipersalahkan?
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment