Thursday, October 31, 2013

RG2011... Zahid beri amaran, tindakan tegas jika degil

 

Zahid beri amaran, tindakan tegas jika degil
Wartawan Sinar Harian
31 Oktober 2013
  • Zahid Hamidi Zahid Hamidi
1 / 1
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana agensi yang masih menggunakan khidmat pengawal keselamatan daripada syarikat kawalan keselamatan yang terlibat dalam insiden  tembakan terhadap pegawai bank baru-baru ini.
 
Menurut menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sekiranya  masih ada pihak yang  masih berdegil menggunakan khidmat syarikat tersebut, mereka serta-merta akan diheret ke mahkamah.
 
"Kita mengklasifikasikan sebarang operasi kawalan keselamatan oleh syarikat berkenaan adalah secara haram berikutan pembatalan lesen perniagaan dan lesen perniagaannya.
 
"... pagi tadi KDN sudah pergi ke ibu pejabat syarikat kawalan keselamatan terbabit bagi memastikan ia tidak beroperasi dan mendapatkan senarai pelanggan mereka," katanya pada sidang media selepas melancarkan Jaringan Pemidato 1Malaysia di Lounge Parlimen di sini, hari ini.
 
Sehubungan itu katanya, KDN akan memaklumkan kepada pelanggan syarikat keselamatan itu supaya menghentikan sebarang perkhidmatan daripada syarikat tersebut.
 
"Kita akan pantau dari semasa ke semasa. Syarikat ini pun dulu pernah melakukan tiga kesalahan sebelum ini kerana terlibat dengan menggaji pekerja asing. Syarikat keselamatan itu ialah Kawalan Prima Sdn Bhd.
 
"Tindakan tegas boleh diambil di bawah bahagian keselamatan dan ketenteraman untuk menamatkan kontrak dan memastikan syarikat itu ditutup operasinya," kata beliau.
 
Terdahulu,Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim mengumumkan pembatalkan lesen operasi syarikat keselamatan yang bertanggungjawab yang mengambil pengawal yang menembak mati seorang pegawai bank dalam satu kejadian rompakan di Selangor pada 23 Oktober lalu.
 
Syarikat keselamatan swasta terbabit didapati telah melanggar syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 kerana tidak menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap pengawal yang akan bertugas.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment