Wed Oct 30, 2013 19:17 from Selangorku by TVSelangor
SHAH ALAM 30 OKT : Kerajaan Pusat perlu menaiktaraf klinik 1Malaysia di seluruh negara dengan perkhidmatan lain agar tidak hanya dianggap sebagai ‘klinik panadol’ semata-mata.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, klinik 1Malaysia hanya mempunyai seorang pegawai penolong pegawai perubatan yang hanya memeriksa demam dan selsema.
Sepatutnya, klinik berkenaan dilengkapi kemudahan untuk mengesan wabak berbahaya seperti demam denggi.
Beliau memberi alasan, ramai pengidap demam denggi di kawasannya yang terpaksa berulang-alik ke klinik itu tetapi wabak denggi itu tidak dikesan – sehinggalah pesakit tersebut meninggal dunia.
“Di kawasan saya, ada (pengidap) wabak denggi ramai yang telah mati. Ada klinik satu Malaysia. Demam pergi klinik, dapat panadol, pergi lagi dapat panadol. Hari ketiga tak datang dah, sebab dah meninggal… Kesannya besar.
“Klinik pada nama sahaja, (selepas ini) nak tambah lagi 50 klinik. Tapi tidak ada kelengkapan mencukupi apatah lagi klinik ini bagi (kumpulan) miskin bandar yang tidak mampu nak pergi kesihatan yang jauh, tak mampu,” katanya bagi membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat.
Kata Shamsul Iskandar, klinik 1Malaysia yang terletak dalam kawasan berisiko tinggi penularan wabak denggi perlu dinaiktaraf untuk mengesannya.
“Saya ingin mencadangkan supaya ada ujian (kesan) denggi segera di kawasan ada wabak… Kalau itu perkara yang baik, apa salahnya, untuk rakyat,” katanya dipetik dari Malaysiakini.
-EZY-
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment