Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(1 NOVEMBER 2013 /27 ZULHIJJAH 1434H)
أَشْهَدُ أَن لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، إِتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari yang penuh berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah: "MEMPERTEGUH EKONOMI UMMAH".
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Dalam memperteguh ekonomi ummah dan memakmurkan sesebuah negara sebagaimana yang dirakam oleh Allah SWT di dalam al Quran "baldatun taiyyibatun wa rabbun ghafur", maka ianya memerlukan seorang pemimpin yang berkemampuan untuk mengurus khazanah harta negara dengan sebaik mungkin. Berdasarkan syariat Islam harta merupakan hak mutlak Allah SWT dan merupakan satu anugerah daripada-Nya. Manusia perlu mensyukuri di atas anugerah ini kerana tidak semua manusia yang mendapat kepercayaan daripada Allah SWT untuk memikul amanah dan tanggungjawab menjaga harta. Kerana itulah falsafah kenegaraan dalam Islam mengutamakan prinsip maqasid al-syariah dalam menguruskan harta dan khazanah rakyat agar setiap lapisan masyarakat mendapat hak yang sama rata. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hasyr ayt 7:
Bermaksud: " Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya dari harta penduduk negeri dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan Rasulullah, dan bagi kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin serta orang musafir. Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang kaya dari kalangan kamu. "
Ayat ini menjelaskan bagaimana pengiktirafan Allah SWT terhadap dasar yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di dalam peristiwa perang al-Fai' bagi menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi antara kaum Ansar dan Muhajirin. Malah banyak lagi peristiwa lain yang menunjukkan bahawa Rasulullah SAW memberi ruang dan peluang kepada pelbagai kelompok rakyat agar mendapat hak yang sama rata.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Percayalah bahawa agama Islam sangat menganjurkan umatnya supaya membangunkan ekonomi dan meningkatkan taraf kehidupan ke arah yang lebih maju, dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan pembangunan dari aspek keperibadian dan akhlak kerana kukuhnya ekonomi sesuatu umat itu pasti menyebabkan ia dihormati dan disanjungi. Mimbar percaya kesan daripada harta yang diusahakan mengikut acuan syariah dan tadbir urus berdasarkan perundangan Allah SWT akan mendapat keberkatan dan limpahan rezeki dan kurniaan dari Allah SWT, begitu juga sebaliknya sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Isra' 30:
Bermaksud: "Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi siapa yang Ia kehendaki, dan menyempitkannya. Sesungguhnya Ia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya."
Dalam hal ini, kesungguhan dan komitmen pemerintah untuk rakyat dan negara agar sentiasa maju dan terpelihara hendaklah dijadikan matlamat utama kerana negara yang makmur dan dirahmati itu nescaya Allah SWT akan sentiasa mengampuninya. Menurut pandangan beberapa ulama' bahawa negara yang dikatakan baik ialah negara yang mempunyai ciri-ciri berikut, pertama: Sentiasa berada dalam keampunan, lindungan dan pertolongan Allah SWT dari sebarang bentuk ancaman dalaman mahupun luaran. Kedua: Sentiasa dilimpah kurnia rezeki oleh Allah SWT dimana kurniaan tersebut dapat dinikmati oleh rakyat secara adil dan saksama dan ketiga: Negara sentiasa berada dalam keadaan aman, damai dan suasana penuh harmoni, hasil dari kerjasama antara pemerintah dan rakyat kerana masing-masing memikul tanggungjawab menjaga, membangun dan memakmurkan negara selari dengan ajaran Islam.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Berdasarkan kepada Bajet 2014 yang telah dibentangkan bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji", yang berteraskan kepada lima perkara iaitu, merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, mengungguli modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat. Jika diteliti dan dikaji, maka mimbar berkeyakinan bahawa pihak pemerintah telah mengambil kira kepentingan rakyat demi memperteguh ekonomi ummah. Perkara berkaitan kepentingan rakyat seperti pemberian Bantuan rakyat 1 Malaysia (BRIM), bonus kepada kakitangan awam, rumah mesra rakyat, bantuan yuran taska, perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan lain-lain lagi. Mimbar ingin menyatakan secara ringkasnya GST ialah cukai barang dan perkhidmatan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh kerajaan. Mimbar percaya bahawa perlaksanaan GST tidak akan membebankan rakyat kerana ianya merupakan satu kaedah penyusunan sistem percukaian negara supaya ianya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat mengelak berlakunya cukai yang terselindung dan bertindih. GST ini telah pun dilaksanakan di beberapa buah negara luar. Percayalah bahawa bajet kali ini adalah bajet untuk memperteguh ekonomi dan bagi menjamin kepentingan rakyat termasuklah dengan melonjak pendidikan ummah dengan sektor pendidikan menerima peruntukan terbesar RM54.6 bilion atau 21% daripada keseluruhan bajet 2014. Oleh itu, manfaatkanlah sepenuhnya peluang serta ruang yang disediakan bagi mempertingkatkan kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mimbar amat yakin bahawa pihak pemerintah dalam menyusun dan mengurus bajet ini, dilaksanakan berdasarkan semangat Islam yang berpandukan panduan prinsip al-adl wal ihsan-iaitu menghayati semangat keadilan dan muafakat di samping prinsip tidak memudaratkan. Amalan yang berasaskan prinsip ini akan sentiasa mengingati balasan daripada Allah SWT di atas setiap kesalahan seperti memonopoli kekayaan, melakukan penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak tertentu.
Mimbar menyeru semua pihak sama-sama berusaha untuk menjayakan bajet ini dengan memberi kerjasama secara serius dan teratur. Melakukan urus tadbir yang terbaik dalam perkhidmatan serta mengelak dari berlakunya ketirisan dan penyelewengan. Ini selaras dengan tuntutan syarak dan hasrat kerajaan untuk melahirkan sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi. Ingatlah wahai umat Islam sekalian bahawa tanggunjawab memperteguh ekonomi ummah ini adalah amanah daripada Allah SWT dan amanah ini akan di perhitungkan di akhirat nanti. Yakinlah bahawa pengukuhan dan penguasaan ekonomi untuk umat islam merupakan suatu tuntutan dan keutamaan dalam Islam dan inilah yang sedang diperjuangkan oleh pemerintah negara. Ingatlah, sikap mengabaikan keperluan pengukuhan ekonomi akan melemahkan kedudukan ekonomi serta martabat umat Islam dan akibatnya memudahkan kita dieksploitasi dan dijajah oleh orang lain.
Mimbar ingin berpesan juga bahawa menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengurus kewangan secara bijak dan berhemah. Maka persoalan besar timbul ialah bagaimanakah cara untuk kita mengurus kewangan dengan berhemah. Jawapannya ialah umat Islam mestilah berhati-hati dalam mengawal pengurusan kewangan mereka. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan janganlah membazir serta kawal nafsu agar tidak berbelanja berlebihan. Firman Allah SWT di dalam surah al-Furqan ayat 67:
Maksudnya: "Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan perbelanjaan mereka adalah betul sederhana "
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pihak pemerintah terutamanya Perdana Menteri di atas pembentangan bajet yang disifatkan mendahulukan kepentingan rakyat. Mimbar menyeru marilah sama-sama kita mengurus kewangan secara bijak dan berhemah. Langkah mengurus secara berhemah dan berkesan dapat membimbing kita ke arah matlamat yang diidamkan dan membuktikan penghargaan kita kepada pemerintah selain menjamin keselamatan diri daripada kefakiran dan kekufuran.
Mimbar juga menyeru kepada para jemaah dan umat Islam sekalian, agar berbelanja mengikut keutamaan, kemampuan dan janganlah membazir serta kawal nafsu agar tidak berbelanja berlebihan dan sentiasa bersederhana dalam semua perkara. Mimbar berkeyakinan bahawa pemerintah yang bertanggunjawab akan senantiasa memilih jalan pertengahan iaitu bersederhana dengan mengimbangi antara keperluan jangka pendek dan jangka panjang demi kesejahteraan rakyat secara berterusan.
Inilah masanya umat islam perlu bertindak dengan penuh keberanian dan keyakinan bagi menyahut seruan pemerintah terutamanya yang berpaksikan kepada agenda memperkasakan ekonomi umat islam. Janganlah kerana mengharapkan bulan dan bintang jatuh ke riba dan terpesona dengan bayangan palsu yang diciptakan oleh pihak musuh, jangan meremehkan dan mempersendakan usaha murni kerajaan yang sedang berjuang bagi membela dan mengangkat martabat ummah. Marilah sama sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayt 148:
Maksudnya: "Dan bagi setiap umat ada kiblat yang dihadapkannya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (pada hari Kiamat); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu ."
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment