Wednesday, October 30, 2013

RG2011... Mari Baca Sebuah cerita..kisah Gula

 

 

Gula mahal sebab kerajaan ‘terlalu bijak’ import gula mentah

 

KUALA LUMPUR, 29 OKTOBER: DAP mengecam tindakan kerajaan yang menggunakan perlbagai helah sebagai alasan untuk menghapuskan baki subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram bersamaan RM521 juta setahun.

 

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pengurangan gula dapat meningkatkan ‘libido’ serta mengaitkan kematian mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akibat diabetes sama sekali tidak boleh diterima.

Menurut beliau, hakikat sebenar rakyat terpaksa ‘menikmati’ gula lebih mahal kerana tindakan kerajaan menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga lebih mahal daripada harga pasaran.

“Jika kita mengambil kira harga gula mentah di pasaran antarabangsa sekarang iaitu US$18.91 setiap 100lbs, bukan sahaja kerajaan tidak perlu menanggung sebarang subsidi malah harga gula akan menjadi lebih daripada RM2.84 sekilogram.

“Pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa kerajaan telah menanda tangan perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US$26 setiap 100lbs.

“Persoalannya sekarang, mengapa kerajaan membeli gula mentah dengan harga yang jauh lebih mahal daripada harga pasaran ketika itu iaitu US$23.42? Perbezaan harga kontrak melebihi 10 peratus daripada harga pasaran dan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan menegaskan, beliau ketika itu telah memberi amaran kepada kerajaan bahawa semua laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat ‘excessive supply’ atau pengeluaran gula mentah yang terlampau tinggi.

“Tetapi amaran saya langsung tidak dihiraukan kerajaan, malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir menjawab di Parlimen kononnya ‘harga gula mentah dunia dijangka akan terus meningkat pada masa depan’,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan bertanggungjawab kerana membuat keputusan yang tidak wajar, akhirnya menyusahkan semua rakyat.

“Ismail Sabri pada Januari tahun lalu dengan angkuhnya menyatakan ‘let me remind you that the government is smart’ kerana menanda tangan perjanjian tiga tahun itu.

“Sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa menjunam serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013. Ini bermakna kerajaan membeli gula dengan 55.7 peratus lebih mahal daripada harga pasaran bulan lalu.

“Mengikut harga pasaran sekarang, kerajaan sudah terlebih bayar sebanyak RM194 juta atau mengimport 2.73 bilion paun gula mentah setiap tahun. Hari ini, ia dibuktikan bahawa keputusan itu adalah ketetapan yang salah dan amat merugikan negara.

Beliau turut menggesa kerajaan memperjelaskan mengapa mereka mengimport gula mentah bagi pihak pengilang gula ‘duopoli’ di Malaysia iaitu Malaysian Sugar Manufacturing Bhd dan Tradewinds Bhd.

“Bukankah ia lebih baik untuk rakyat jika syarikat ini diberi tekanan untuk bersaing dan tidak dilindungi pihak kerajaan daripada risiko pasaran?

“Kerajaan tidak boleh terus menggunakan alasan tidak munasabah untuk menjelaskan kenaikan harga gula. Jelas, sebab utama mengapa ia meningkat bukannya penyakit kencing manis atau pengurangan subsidi tetapi disebabkan tindakan mengimport gula mentah bagi pihak pengilang dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Akibatnya, kerugian beratus-ratus juta ini terpaksa ditanggung rakyat,” tegasnya.

Tambahnya, kerajaan perlu mengakui kesalahan yang dilakukan, menyiasat sebab gula mentah diimpot dengan harga jauh lebih mahal dan mengumumkan dasar pembetulan (corrective action) supaya penambahan beban rakyat tidak diulangi.

 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment