Blogger UMNO, PADIJANTAN Diarah Bayar RM130,000 Kerana Memfitnah
greenboc.blogspot
Sobri Sudin (gambar), pengendali blog Padi jantan diarahkan mahkamah supaya membayar RM130 000 kepada bekas SU Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Muhammad Sanusi Md Nor kerana menfitnah.
Dia diarah membayar gantirugi am sebanyak RM100,000 dan kos sebanyak RM30,000 dalam tempoh sebulan.
Mahkamah mengambil kira kedudukan plaintif sebagai bekas SU MB serta penglibatan dalam parti politik sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas dan Ketua Penerangan Pas Kedah, selain fitnah yang dibuat melalui internet, keluarga plaintif yang menanggung kesannya, kata Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar dipetik Sinar Harian.
Muhammad Sanusi yang ketika itu SU Politik Azizan memfailkan saman fitnah pada 27 Febuari berhubung laporan blog pada 22 Julai 2012, kerana mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3juta, selain didakwa berada dalam lokap SPRM Kedah.
Dakwaan itu bersifat fitnah kerana ketika itu, beliau hadir pada program MB menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar.
ULASAN GB
Satu demi satu blogger UMNO kecundang di mahkamah.
GB sudah ulas sebelum ini mengenai hal papagomo. Petikan:

Bekas Setpol MB menang saman fitnah
ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam memerintahkan pengendali blog Padi Jantan, Sobri Sudin membayar RM130,000 kepada bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor kerana menfitnahnya, dengan menyiarkan laporan palsu di laman blog berkenaan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar mengarahkan defendan membayar gantirugi am sebanyak RM100,000 dan kos sebanyak RM30,000 dalam tempoh sebulan.
Abu Bakar membuat keputusan itu setelah mahkamah mendapati plaintif berjaya membuktikan laporan yang disiarkan pada laman blog terbabit pada 22 Julai 2012, adalah fitnah selain memberi kesan negatif terhadap reputasi plaintif.
"Mahkamah juga mengambil kira kedudukan plaintif sebagai bekas Setiausaha Politik Menteri Besar serta penglibatan dalam parti politik sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas dan Ketua Penerangan Pas Kedah, selain fitnah yang dibuat melalui teknologi iaitu internet termasuk, keluarga plaintif yang menanggung kesannya," katanya.
Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah, diwakili oleh Amin Amirul & Partners melalui peguam, Amirul Fairuzzeen Jamaluddin manakala defendan tidak diwakili peguam.
Pada 27 Februari lalu, Muhammad Sanusi yang ketika itu Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak memfailkan saman fitnah berhubung laporan blog pada 22 Julai 2012, kerana mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3juta, selain didakwa berada dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.
Menurutnya, dakwaan itu bersifat fitnah kerana ketika itu, beliau hadir pada program Menteri Besar menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar.
Dalam tuntutannya, Muhammad Sanusi mendakwa laporan itu berniat jahat menfitnah beliau, menyebabkan beliau dan keluarga menanggung malu serta menjejaskan maruah diri dan keluarga.
Beliau juga memohon defendan meminta maaf secara terbuka dan menarik balik laporan fitnah.
Muhammad Sanusi ketika ditemui, bersyukur dengan keputusan itu selain mahu kes ini dijadikan pengajaran agar tidak berulang terhadap mana-mana pemimpin politik.
"Tindakan mahkamah adalah untuk menghentikan gejala fitnah yang dilakukan sekelompok media baru dengan menabur fitnah. Kebebasan bersuara tidak bermakna boleh sesuka hati menyebar fitnah kepada orang lain," katanya.
Menurutnya, kes ini juga wajar dijadikan pengajaran kepada blogger tempatan yang sering memaparkan berita tidak sahih untuk sebaran sama ada laman facebook, blog, twitter mahupun khidmat pesanan ringkas (SMS). -SH
ULASAN GB
Satu demi satu blogger UMNO kecundang di mahkamah.
GB sudah ulas sebelum ini mengenai hal papagomo. Petikan:
Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!
Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno.
Doa lagi: Ya Allah buktikan kebenaran itu kebenaran....
Doa orang yang baik-baik dan yang dizalimi akan tetap mengatasi amalan dan doa orang yang jahat-jahat.
comments:
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
Memang benar GB, mari lah kita doakan dan sebaik2 nya kita hantar Qunut Nazilah setiap hari kepada para pencacai UMNO dan NGO2 yang bersekongkol dengan mereka,Kerana mereka sesedap hati dan rasa seronok dengan mengaib dan memfitnah setiap org yg mereka rasa bolih di aibkan, mereka lupa hukum kebenaran tetap akan menghumbankan kebathilan dan kezaliman. dan mereka lupa bahawa Allah tetap membalas segala kerja buat kita baik atau buruk. Insaf lah wahai UMNO dan pencacai2 sekalian.,
PERINGATAN :
Pena bermata, tapi tak berotak.
Manusia bermata dan berotak....
UNTUK SEMUA BLOGGERS, FACE BOOKERS, WEB PAGERS & SEWAKTU DENGANNYA. SAMADA PRO PR atau BN
Lihat dan berfikirlah sebelum menulis.... Menyebar berita yang tak pasti hingga menjadi fitnah.
Negara ada undang2 dan peraturan.
Bila disaman kena denda PG 500k dan ini 130k siapa susah? Kalau jutawan+++ tak kisah bayar.... Tapi kalau bekas polis, cikgu dan UPP yang hidup pun penuh hutang.
Takut anak tak minum susu nanti..... Fikir fikr fikir....
Allah tak akan ampun dosa orang yang menfitnah....
Tokwan Perak.
Rasanya Kaki2 bodek bee end nie x akan sedar diri. Kalau bleh check latar belakang, dah tentu banyak hutang punya dan kaki putar alam. Silap2 hutang pun tak dibayar. Biasala liat. Anak isteri? Ingat dorang kesah ke? Kalau orang kaki masjid pun anak bini x tentu jadi ok, inikan pula geng bee end...
jantan ka betina ka kalau buat fitnah tangong lah no, negara ni ada undang2 utusan dan papagomo ada masin sikit pun jatuh ini kan pula kacang hantu aja sekali test dah jatuh , bagitau kat kawan2 lain jgn turu mcam aku jantan tak guna.....