Harga Minyak ambik Thailand jadi contoh tapi mai harga gula awat tak ambik pula..??
kedahlanie.info
Kenapalah kerajaan BN jadi terlebih cerdik bila berurus niaga…
– Shahbudin Husin
Isu pemansuhan subsidi gula yang diumumkan dalam Bajet 2014 Jumaat lalu, terus mendedahkan kelemahan dan pelbagai kepincangan kerajaan dalam menjaga amanah serta mengurus wang rakyat. Sebagaimana yang diunjurkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Parlimen bahawa pasaran gula di Malaysia mencecah RM4 bilion setahun dan dengan pemansuhan subsidinya, keuntungan yang boleh diraih oleh tauke gula Malaysia iaitu Syed Mokhtar Albukhary bakal meningkat antara 20 hingga 25% atau RM1 bilion.
Dengan ini, selain pemansuhan subsidi gula itu terus membebankan kehidupan rakyat yang setiap hari menggunakan bahan itu dalam makanan dan minuman, dalam masa yang sama peningkatan laba tetap tertumpah kepada kroni.
Siapakah yang dibela dan menjadi keutamaan kerajaan sebenarnya?
Harga gula yang kini meningkat kepada RM2.84 sekilo (tetapi perlu dibayar RM2.85) ini juga rupa-rupanya lebih mahal daripada harganya di Thailand yang cuma RM2.10, setelah sama-sama tiada subsidi. Kalau dalam isu harga minyak, pemimpin kita amat bangga bahawa harga minyak di Malaysia lebih rendah daripada di Thailand meskipun Negara Gajah Putih itu bukan pengeluar minyak, tetapi dalam isu harga gula, Malaysia lebih mahal rupa-rupanya.
Kenapakah harganya jauh berbeza sedangkan sama-sama tiada subsidi? Kalau ketika ada subsidi harga gula Malaysia juga lebih mahal daripada Thailand, setelah subsidi dimansuhkan, perbezaannya jauh lebih ketara lagi. Rupa-rupanya mahalnya harga gula ini bukanlah kerana pemansuhan subsidinya tetapi kerana kerajaan Malaysia ini terlebih cerdik dalam berurus niaga.
Pendedahan Tony Pua daripada DAP bahawa perjanjian pembelian gula mentah yang ditandatangai oleh kerajaan pada harga yang lebih mahal daripada harga pasaran sebagai punca utama mengapa harga bahan itu menjadi mahal, tentulah mengejutkan kita semua.
Tony Pua memetik kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri pada 2012 yang mengumumkan bahawa kerajaan telah menandatangani perjanjian pengimportan gula mentah selama tiga tahun pada harga AS$25 bagi setiap 45.36 kilogram.
Perjanjian itu dikatakan dimeterai untuk tempoh tiga tahun bertujuan melindungi harga pasaran gula mentah supaya berada di bawah AS$26 bagi setiap 45.36 kilogram sedangkan harga pasarannya ketika ini hanyalah AS$18.91 bagi setiap 100 paun atau 45.36 kilogram.
Ini bermakna jika kerajaan menandatangai perjanjian pengimportan gula mentah itu berdasarkan harga pasaran dan tidak menjadi terlalu cerdik dengan bersetuju pada kadar AS$25 selama tiga tahun, sudah pastilah negara kita akan menikmati harga gula yang lebih rendah, biar pun tanpa subsidi.
Tindakan membeli gula mentah pada harga yang mahal ini bukan saja menunjukkan kerajaan yang ada dan pemimpinnya terlebih cerdik dalam berurusniaga sedangkan seringkali melaungkan slogan membela rakyat, tetapi juga menunjukkan kemungkinan berlakunya amalan rasuah dan mengutip wang di bawah meja dalam perjanjian tersebut.
Apabila melihat fakta ini, fikiran kita tentulah teringat kepada laporan audit yang dibentangkan setiap tahun yang menunjukkan bagaimana banyak pembelian juga dilakukan pada harga yang lebih mahal daripada sepatutnya. Jam dinding berharga RM100 dibeli pada harga RM3800 misalnya dan banyak lagi. Tahun-tahun sebelum ini pula menyaksikan bagaimana pelbagai barangan lain seperti mesin pencetak, alatan pejabat, pakaian, pokok bunga dan sebagainya, semuanya dibeli dengan harga yang jauh lebih mahal.
Pelbagai perjanjian kontrak yang lain juga banyak menunjukkan kadar harga yang dibayar oleh kerajaan begitu tinggi dan melampau.
Lebih malang lagi, pembelian kapal selam Scorpene daripada Perancis yang kemudian menjadi isu kerana dikaitkan dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribu, turut dibeli dengan harga super mahal. Sebagaimana yang dilaporkan dalam majalah pertahanan terkemuka, Jane's Defende Weekly, harga yang dibayar oleh Malaysia untuk sebuah kapal selam itu ialah AS$580 juta sedangkan India dan Chile hanya membayarnya pada harga AS$250 juta dan AS$540 juta sahaja.
Walaupun perbezaan harga itu dinilai kerana kononnya spesifikasi yang berbeza, namun perbezaan yang terlalu tinggi tentunya juga menimbulkan persoalan dan memungkinkan adanya "cencaru kenyang di waktu petang" di sebalik pembelian itu. Tambahan pula tersebar juga berita bagaimana syarikat Razak Baginda, rakan karib Najib yang menguruskan pembelian itu dilaporkan mendapat komisyen sehingga RM500 juta daripada pembelian itu.
Dengan pelbagai perjanjian dan pembelian yang dilakukan oleh kerajaan pada harga yang jauh lebih mahal dari sepatutnya sejak beberapa tahun ini, terbaru perjanjian import gula mentah, sifat amanah pimpinan kerajaan dalam mengurus dan membelanjakan wang rakyat atau wang pembayar cukai, tentu saja boleh dipersoalkan.
Rakyat berhak berasa resah dan marah dengan amalan yang tidak beretika ini kerana mandat yang diberikan kepada sesebuah parti untuk mengurus kerajaan bukanlah untuk mereka berbelanja dan menghabiskan wang yang ada sesuka hati, sebaliknya adalah untuk mereka menunaikan tanggungjawab memberi kesejahteraan, kesenangan dan perlindungan kepada rakyat.
Tidaklah sukar untuk rakyat memahami kenapalah kerajaan dan pimpinannya menjadi terlebih cerdik dan sanggup membeli dengan harga yang lebih mahal sedangkan harga yang lebih murah atau mengikut harga pasaran boleh diperolehi. Tetapi janganlah selama-lamanya menganggap rakyat bodoh dan berdiam diri saja dengan perbuatan itu.
Akan sampai waktunya nanti, rakyat bangun akhirnya menunjukkan kecerdikannya dan ketika itu tiada sesiapa yang dapat menahannya lagi. – shahbudindotcom.blogspot.com,
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment