Saturday, November 30, 2013

RE: RG2011... Fw : Nak tahu girlprend kamu masih dara??

 

Helloo...

 

Terune tak same ngan dare okay..

Dare ade selaput.so die bley pecah, teruna mane ade selaput2 sumer tu..so die takleh la 'pecah teruna' kan..tak kire la die berfantasi sampei mane pon..he he..

 

Btw,soklan pasei mcm mana nak tau lelaki tu kuat fantasi atau tidak..sebenarnya kebanyakan lelaki mmg berfantasi,kalo tak,makna nya something wrong dgn otaknya,tp dalam Islam, kalo fantasi tu agaknya membangkitkan napsu,haruslah segera disalurkan ke tempat yg halal.Nothing wrong with man's imagination.

 

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of cindacomel
Sent: Thursday, November 28, 2013 4:30 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw : Nak tahu girlprend kamu masih dara??

 

 

Benda2 ni pernah dengar drp org2 tua especially tapak kaki & punggung..erm maybe boleh dipercayai kot hikhik..tp bab  pipi, telinga, hidung, rambut & mata cam x logik je...

 

On Thursday, November 28, 2013 2:03 PM, noraziziah abdullah <noraziziah@yahoo.com.my> wrote:

 

 ade hadis x yg menyokong benda ni?? mcmane pulak nak tau lelaki tu masih teruna atau x? mcmane nak tau yg diorg ni x beronani? mcmane nak tau diorg ni bukan jenis yg kuat berfantasi?? kesian wanita...klau keadaan fizikalnye dah mcm tu x pasal2 kena fitnah xde dara, :)

 

On Thursday, November 28, 2013 8:24 AM, Mas Joko Mas Joko <abang_jo63@yahoo.com> wrote:

 

Nak Tahu Wanita Tu Masih Dara?



Rekahan Bibir

Kita dapat mengenal pastinya jika bibir seorang wanita itu sangat mengancam dan berwarna kemerah-merahan. Dan rekahannya pula cantik. Selain itu, bibirnya juga bergaris-garis dan dapat dilihat dengan jelas.


Dahi Yang Berkedut

Gadis  yang masih memiliki dara akan mempunyai dahi yang licin. Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara yang mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Ini dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa. Kedutan ini adalah berbeza dengan kedutan wanita yang berusia.


Bentuk Punggung

Bentuk punggung juga akan menggambarkan samada seseorang itu masih ada dara atau tidak. Bagi wanita yang tidak memiliki dara, punggunggya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel-sel punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari-lari dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang-goyang. Berbeza dengan gadis yang memiliki yang pejal dan tidak bergoyang.


Telinga

Telinga gadis yang mempunyai dara akan kelihatan warna kemerah-merahan dan cantik. Wanita yang tidak punyai dara telinganya akan kelihatan leper dan tidak menawan lagi.


Tumit

Cuba lihat tumit anda. Di hujung tumit anda, cuba picitkan sedikit. Sekiranya selepas picit darah anda akan kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna anda masih berdara. Jika tidak, kawasan yang dipicit itu akan pucat dan darah kembali dengan lambat. Awas! Jaga tumit anda. Banyak kepentingan dan rahsianya lagi.

Ini hanyalah kaedah-kaedah untuk anda mengenal samada seseorang itu masih dara atau tidak. Tak payahlah nak pi test kat orang yang dah berkahwin dengan halal. Selain dara-dara yang tadi, kita masih mempunyai dara yang lain iaitu yang berkaitan dengan sensitiviti apabila berhadapan dengan lelaki.

.



 



 Inginkan lebih banyak berita2 menarik dan bergambar penuh sila terjah di :

http://zulzietextile.blogspot.com/ atau  https://www.facebook.com/pages/ZUL-ZIE-Textile/481504835258748

Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)

E-mail :- zulzietextile@gmail.com

Pipi

Jika pipi gadis itu licin, gebu dan kemerah-merahan serta tidak langsung memakai peralatan solek seperti pemerah pipi, bedak atau cecair pelembab muka, bermakna gadis itu masih berdara.

Gadis yang berdara selalunya tidak suka mengenakan make up. Terdapat juga gadis yang masih suci suka bermake-up, tatepi cara mereka bermake up tidak terlalu menonjol seperti seseorang yang ingin memikat lelaki. Sebagai contohnya sesetengah GRO, bohsia atau pelacur. Mereka akan mengenakan make up keterlaluan kerana mahukan diri mereka kelihatan jelita. tetapi disebalik kejelitaan mereka terserlah suatu rahsia, jelas mereka bukanlah lagi wanita bermaruah.

Pada raut pipi gadis yang masih dara, kelihatan merah apabila disentuh lelaki yang bukan muhrim. Terkadang raut wajah mereka menjadi merah apabila berbual atau berhadapan dengan lelaki. Mereka agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan lelaki. Berbanding dengan wanita yang tidak berdara. Mudah sahaja mereka menyesuaikan diri dengan lelaki. Bagi yang sudah berumah tangga, kerana mereka sudah biasa dengan suami mereka. Tetapi pada golongan sebaliknya kerana mereka telah hilang dara dan sensitiviti dengan lelaki kerana sebab-sebabnya yang tadinya.

Kelihatan beberapa garis melintang pada pipi kiri dan kanan seseorang gadis yang telah berhubungan. Jika seseorang itu mempunyai lesung pipi, lesung pipinya kelihatan melekuk ke dalam dan terserlah kejelitaannya. Berbeza dengan gadis yang sudah pernah berhubung, lesung pipinya tidak terlalu dalam dan sisi lekukan itu diikuti dengan garisan yang menyambung lesung pipinya. Garis ini menunjukkan mereka telah tiada dara.


Telinga

Ketiadaan dara juga dapat dilihat dengan meneliti bentuk pada bahagian telinga kanan dan kirinya. Sedikit anak rambut akan kelihatan sebelah pipinya. Anak rambut ini berjuntai dan lembut serta halus. Anak rambut wanita pula tidak berdaya dan seolah-olah tidak bermaya serta tidak lembut lagi. Ini dapat dilihat jelas jika anak rambut itu ditiup angin. Ia mudah terselerak dan agak tidak teratur ketika ditiup angin dan apabila anak rambut itu kembali pada posisi asalnya. Pipi sisi anak rambut ini juga dilihat agak lebam dan ianya simbol wanita itu telah berkahwin.


 

Hidung

Hidung sesorang itu juga mampu menunjukkan samada dia pernah disentuh atau tidak. Hidung seorang gadis akan kelihatan menarik dan cantik. kedudukannya juga molek. Di hujung hidungnya kelihatan kemerah-merahan. Ini bukan kerena dia selsema atau ada masalah hidung tetapi ini kerena darah banyak tertumpu pada hidungnya. Jika anda masih dara, lihatlah hidung anda. Apabila hidung seorang gadis disentuh lelaki, hidungnya akan kelihatan begitu merah.

Begitu juga dengan wajahnya. Ini kerana sensitivitinya terhadap sentuhan. Bagi yang tidak merah pada hujungnya apabila disentuh lelaki, ini bermakna dia telah hilang dara sensitif ( dara kecil ).


Mata

Bukan mudah untuk seseorang yang hilang dara ingin menyembunyikan identitinya dari diketahui lelaki yang pandai meneliti. Sebab itu adalah wajar jika kita menjaga maruah dan menundukkan pandangan dari panahan lelaki.

Terdapat tanda lebam atau bergaris di bawah kelopak mata seorang yang tidak berdara. Lebam ini tidak seketara lebam orang yang tidak cukup tidur. Hanya sedikit garis seakan-akan hitam meliputi bawah kelopak mata yang terlipat itu. Iaitu kedutan pada bawah mata jelas dilihat jika si gadis sudah hilang dara.

Gadis yang masih dara, matanya kelihatan berseri dan tiada tanda seperti hitam, lebam atau bergaris-garis halus. Sebaliknya di sekeliling matanya kelihatan rata dan apabila dia ketawa bahagian bawah matanya tidak menampakkan kedutan.

Namun begitu…

Tidak bermakna wanita yang tidak berdara telah hilang keseriannya Sebenarnya, wanita yang telah hilang dara adalah lebih cun daripada gadis. Tidak hairanlah sekiranya janda dan isteri orang semakin menjadi rebutan. ( tak caya tanya suami anda ).

Yang menghilangkan serinya wanita tidak berdara ialah, mereka melakukan perbuatan terkutuk dan maksiat.

Bagi wanita yang berumah tangga secara halal dan mempunyai suami yang memahami..mereka cun 100x ini kerana mengikut kajian,


Rambut Wanita

Rambut wanita lebih cantik dari rambut gadis sekiranya si suami selalu membelainya. Rambutnya semakin lembut dan menawan 100x. Pada wanita yang dah berumah tangga secara halal. Hanya pakai petua biologi dari suami anda. Ini juga akan menjamin keharmonian hidup. Bukan setakat rambut sahaja, malah bibir dan beberapa bahagian lain juga akan menjadi lebih cantik dengan bantuan suami.

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (5)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RE: RG2011... Hukum hudud pas : surat Tun M kepada Nik Aziz.

 

Bak kate pepatah..

 

Kalo nak seribu daya

Kalo tak nak seribu dalih.

 

Ngapain Brunei boleh? Org brunei juga bangsa serumpun dgn kita,tidak ada yg istimewanya terhadap bangsa dan negara itu,cumanya kemahuan yg kuat dari pemimpin dan sokongan dari rakyat serta ahlil agama.

 

Kalo dari awal lagi itu takleh ini takleh, memanglah sampei kiamat pon takleh jawabnye.

 

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of amri el wahab
Sent: Thursday, November 28, 2013 10:16 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Hukum hudud pas : surat Tun M kepada Nik Aziz.

 

 

Saya percaya tidak ada pemimpin dan umat Islam seluruh dunia yang faham, menolak Hukum Hudud kerana semua maklum ianya adalah perintah dan hukum Allah yang termaktub dalam al Quran.

Prof Madya Dr Asri berkata : Kita tidak boleh mempertikaikan hukum Allah, tetapi kita boleh mempertikaikan cara perlaksanaan dan penafsiran hukum berkenaan oleh manusia.Ini seperti kita tidak boleh mempertikaikan syariat haji, tetapi kita boleh mempertikaikan amalan haji individu tertentu jika ia tidak bertepatan. Kita tidak boleh mempertikaikan sistem muamalat al-Quran dan Sunnah, tetapi kita boleh mempertikaikan bank, pajak gadai, syarikat, koperasi dll yang menggunakan nama Islam dalam operasi mereka jika kita dapati ia tidak menepati semangat Islam yang sebenar. Demikian kita tidak boleh mempertikaikan syariat hudud, tetapi kita boleh mempertikaikan perlaksanaan oleh pihak tertentu apabila kita dapati ia tidak memenuhi semangat keadilan yang dikehendak oleh Allah dan rasulNYA. Namun, tujuannya hendaklah untuk memelihara nama Islam agar tidak disalahgunakan atau disalahfahami.

Sesuatu yang wajar diakui bahawa bukannya mudah untuk melaksanakan hudud di zaman kini, terutama di negara kita yang mempunyai persekitaran yang sangat berbeza dibanding hari-hari awal hudud dilaksanakan. Dalam masyarakat seperti kita, melaksanakan hudud tanpa penelitian bagaikan memasang pintu istana untuk sebuah rumah buruk. Ia bukan menambahkan kecantikan, sebaliknya mungkin merobohkan rumah yang buruk itu dan merosakkan pintu yang cantik dan berharga itu.

 

2013/11/26 <kedahone@yahoo.com>

 

Lawak lah engko ni, kat Brunei yang dah laksana hudud, tak ada masalah pun? Benda yang engko highlight tu, tak releven la, kata kajian telah dilaksana, kajian daripada siapa? silap2 kajian daripada orang yang bukan back ground agama Islam langsung.

 

Adakah kita bila disoal kelak di sana, apa pasal tak sokong laksana hudud, engko akan guna surat alasan Tun M sebagai jawapan nanti?

 

On Tuesday, 26 November 2013, 9:14, Mas Joko Mas Joko <abang_jo63@yahoo.com> wrote:

 

Hukum Hudud PAS: Surat Tun Dr Mahathir Kepada Nik Aziz.

 

Kerap kali PAS memberikan alasan dan menuduh Tun Dr. Mahathir mengancam kerajaan negeri Kelantan sekiranya melaksanakan hukum hudud. Surat Tun pada tahun 1994 digunakan sebagai alasan mengapa sehingga sekarang hukum hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan walaupun dijanjikan pelaksanaannya lebih 20 tahun yang sudah. 

Pastinya ramai yang sekadar beranggapan Tun Dr Mahathir secara total menolak pelaksanaan hukum hudud walaupun mereka sendiri tidak pernah membaca surat yang ditulis oleh Tun kepada Menteri Besar Kelantan ketika itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Jika dibaca surat tersebut, jelas sekali Tun tidak menolak pelaksanaan hukum hudud jika ia berpaksikan Islam. Apa yang tidak dipersetujui Tun adalah draf hukum hudud oleh PAS menyatakan bahawa hukum hudud cuma akan dikenakan terhadap orang Islam, manakala orang bukan Islam terkecuali. Perkara ini tidak dipersetujui oleh Tun kerana ia boleh menimbulkan ketidakadilan sedangkan agama Islam mementingkan keadilan. Bagi Tun, hukum hudud perlu dikenakan terhadap semua orang tanpa mengira bangsa sekiranya ia dilaksanakan. 

Hakikatnya Tun sekadar memberikan peringatan secara umum untuk memastikan keadilan dan kemakmuran negara terjamin. Namun, pemimpin-pemimpin PAS mengambil kesempatan itu untuk menuduh kerajaan BN menolak hukum Allah semata-mata untuk menutup kegagalan dan ketidaksediaan kerajaan negeri untuk melaksanakan hukum hudud. 

Pemimpin-pemimpin PAS di Kelantan ketika itu kononnya bimbang kerajaan pusat akan mengambil tindakan meletakkan Kelantan di bawah MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) sekiranya tetap melaksanakan hukum hudud. Benarlah Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh MAGERAN tetapi MAGERAN di Kelantan pada 1977-1978 adalah akibat sengketa politik. Surat Tun Dr Mahathir mengenai hukum hudud yang bertarikh 8 Jun 1994 tidak langsung menyebut MAGERAN atau sebarang tindakan khusus terhadap mana-mana pemimpin Pas.

Hentikanlah berfikiran bahawa Tun menolak hukum hudud. Tidak ada sesiapa pun berani mempertikaikan hukum Allah. Namun harus diingat, hukum Allah tidak cuma terhad kepada hukum hudud. InsyaAllah apabila umat Islam di negara kita lebih kuat dan stabil, negara kita akan lebih bersedia untuk melaksanakan hukum Islam secara menyeluru. Satu hari nanti mungkin?

 

 

Hukum Hudud PAS.

(Bukan Hukum Hudud Islam)

Surat Tun Dr Mahathir bertarikh 15 Julai 1994.

 




--
===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================


Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (7)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Resepi Talapia Salai Masak Yogurt

Resepi Talapia Salai Masak Yogurt

Posted: 29 Nov 2013 06:06 PM PST

ResipiMasakanKini berkongsi Resepi Talapia Salai Masak YogurtResepi Talapia Salai Masak Yogurt adalah antara hidangan yang cukup lazat untuk menu tengahari atau malam. Cubalah Resipi Masakan ini..

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit
40 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 3-4 orang 


Bahan-bahan:
2 ekor ikan talapia ~ salai/bakar
1 cawan (atau secukupnya) yogurt
1 batang serai ~ diketuk
Sedikit air

Bahan dikisar:
10 biji cili api
1 biji bawang besar
2 sm kunyit hidup
Garam dan gula

Cara penyediaan [Klik Disini...]

Re: RG2011... Fw: Tragedi Menukar Tayar - Pemandu Teksi Maut Dirempuh

aku pernah kena tayar pancit kat ELITE highway.. nasib baik PLUS RONDA ada berhampiran. diorang block lane kiri sementara aku tengah menukar tayar.. siap sponsor jack lagi.. xdela aku penat nak kene jack sendiri.. thanks.. sekian



On Monday, May 20, 2013 8:40 PM, -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:
 

 

Dia adalah xstaff tempat kerja saya. Berhenti ambil VSS.
Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama
roh orang2 yang beriman. Al Fatihah.
 
 
Tragedi Menukar Tayar : Pemandu Teksi Maut Dirempuh
 
ondscene.my
Written by ondscene
 
KM 9.2, KLIA
Sepang, Selangor
13 Mei 2013
4 petang
 
 Nama mangsa : Othman Yahaya, 57 thn.
Malang bagi seorang pemandu teksi, yang menemui ajal dalam keadaan amat tragis- dirempuh sebuah kenderaan ketika sedang menukar tayar teksinya yang pecah.
Kejadian malang ini berlaku kira-kira jam 4 petang tadi berhampiran tol KLIA dari arah terminal .
Teksi ini sebelumnya berhenti di lorong kecemasan setelah tayar belakang sebelah kanannya pecah.
Pemandu kemudian keluar untuk menukar tayarnya dan ketika inilah malang menimpanya apabila dirempuh sebuah kenderaan MPV Nazaria.
Akibatnya, mangsa tercampak ke arah cermin hadapan Nazaria dan terhumban beberapa meter ke arah laluan kiri lebuhraya.
Othman Yahaya, 57 tahun, maut akibat cedera parah di kepala dan ketika kejadian, cuaca cerah , berlaku di laluan lurus lebuhraya 4 lorong ini.
===============================
Saya telah membuat liputan ratusan kes-kes kemalangan dan kemalangan yang berlaku di laluan kecemasan selalunya menimbulkan tanda-tanya dan menjadi mistri.
Banyak kes – seluas-luas jalan, tetapi mengapa kenderaan yang melanggar akan menuju tepat ke objek yang berada di laluan kecemasan.
Ada kes, kenderaan hilang kawalan dari laluan paling kanan, dan terbabas serta tepat menuju ke arah kenderaan yang berada di laluan kecemasan.
Banyak juga kes, walau diletak kon-kon keselamatan dan pelbagai penanda, kenderaan tetap merempuhnya…
Sukar untuk ditafsirkan, tetapi, secara kasarnya, seolah-olah ada 'magnet' yang menarik kenderaan untuk merempuhnya.
Saya sendiri tidak faham dan tidak akan mengerti fenomena ini, melainkan semuanya kuasa dan kehendak Allah.
Berhati-hatilah di jalanraya, kelajuan yang keterlaluan, mampu mengubah segala-galanya.
Comments
  •  Anyss menulis:
     
    Assalamualaikum,
    dariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. semoga rohnya dirahmati Allah.
  •  Mat Teksi menulis:
     
    Innalillah……. sebagai rakan sepemandu teksi saya berasa dukacita kejadian ini. Takziah untuk keluarga arwah.
    Memang susah melihat pemandu teksi kemalangan walaupun kerjanya sentiasa dijalan raya, tapi bila dah sampai masa ajal menjemput tiada siapa yang mampu menghalang.
    Pendapat saya pemandu MPV mungkin tidak menumpukan perhatian pada pemanduan walaupun telah mengurangkan kelajuan, sebenarnya cukup untuk menganggu kosentrasi (spt kata admin) mudah menjadi magnet terus ke objek yang sebenarnya bukannya gangguan utama berbanding (spt) call, sms, marah anak dll.
  • hashim menulis:
     
    Takziah. Moga menjadi iktibar kepada yang masih hidup.
  •  firdaus menulis:
     
    pada saya itu bukan satu kepelikan…itu la asbab Allah nak ambil nyawa seseorang..
     
  •  man ahmad menulis:
     
    selalu sangat jumpa driver yg drive di lorong paling kiri, menggunakan handphone samada call atau SMS…bila telinga dan mulut asyik di telefon, bila mata asyik belek skrin, mereka x perasaan ada kenderaan di lorong kecemasan…dah dekat, x sempat elak…kepada semua pemandu2, jgn ingat dengan memandu di lorong perlahan, anda boleh menggunakan handphone ye!
     
    •  zee menulis:
       
      setujuuuuuuuu. boleh jadi juga dan penah nampak.
       
  •  Gixxer menulis:
     
    Fenomana ini kadang2 dipanggil view lock.. kalau rider moto selalu kena…
    view lock ni berlaku.. bila kita berada dlm keadaan panik atau kelam kabut.. contoh.. bila kita nak langgar tembok kita tgk tembok tu.. kita mmg lock pandangan kita ke arah tembok tu.. automatik kita arahkan seluruh anggota badan kita ke memandu atau menunggang ke arah tembok.. sedangkan kalau kita alih pandangan ke tempat lain.. kita pasti boleh elak.. sbb itu menunggag moto pun juga kereta jika nak ambil selekoh.. mata lihat jalan menuju selehkoh bukan straight mengadap depan.. cuba lihat mcm mana motoGP ambik selekoh.. arah moto dan kepala mereka..
    view lock ni boleh dielakkan kalau kita selalu practice..
    Dalam kes diatas… mungkin naza ini.. last minit terperasan.. kereta mangsa.. dan pandangannya lock ke arah kereta mangsa…
     
  •  effort lab menulis:
     
    mungkin tgh guna fon agaknya. dulu mesej, sekarang we chat. teruk2.
    takziah buat keluarganya..
     
  •  RED menulis:
     
    Betul sekali kata brader Gixxer. View Lock, nak amik corner mmg kena belajar view lock ni. Contohnya nak elak lubang jgn tgk kat lubang, tgk tepi lubang yang kita nak elak,


Re: RG2011... Fw - Kegunaan lain minuman coke yang ramai orang tak tahu.

 

sembur / curah kat disc break belakang.. untuk ujian puspakom. abang2 teksi boleh try la ni.. handbrake cengkam kuat giler.. pasti lulus


On Tuesday, October 22, 2013 2:31 PM, Mas Joko Mas Joko <abang_jo63@yahoo.com> wrote:
 

Kegunaan Lain Minuman Coke Yang Ramai Orang Tak Tahu


Bagi korang yang suka sangat dengan minuman ini, lihatlah kegunaan lain dari minuman ini ….

alt
Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di USA, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.
Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para
peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga
perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah
pulak.
Anda juga boleh mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 48 jam. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
alt
 
alt
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuangkan sahaja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
alt
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Mesti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin kerana ianya mahal!
 
alt












  1. Fakta
  2. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.
  3. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
  4. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus dua sebab hakisan/karat.
  5. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.
  6. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll.
  7. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Itu yang jadinya perkataan Coca Cola tu.
alt
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam.
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Terkejut dengan fakta yang menarik ini?



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___