Thursday, November 28, 2013

Re: RG2011... Cadangan Kaji Semula Kewujudan Kedai 24 Jam Untuk Bendung Jenayah - Kementerian Komunikasi.

 

kalau melibatkan lesen pusat karaoke dan sewaktu dengannya memanag wajar disekat dan dihadkan waktu operasinya. Di bandar di England pun buat peraturan macam ni.

Bab kedai makan dan kedai serbanika ni..keadaan yang ada wajar di teruskan..sebab keselesaan kepada pengguna..beberapa kaunter perkhidmatan kerajaan pun wajar di buka 24 jam..seperti pos.


2013/11/27 Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com>
 

Cadangan Kaji Semula Kewujudan Kedai 24 Jam Untuk Bendung Jenayah - Kementerian Komunikasi.

Ikut kedai la beb. Kalau restoran tue biar la depa nak 24 jam pun. Pasal bukan semua orang kerja waktu siang beb. Ada yang kerja waktu malam. Ada yang kerja tengah malam. Buatnya tetiba perut rasa lapar. Nak cekau makanan kat mana. 

Aduhai.

Sama juga kalau ia melibatkan kedai serbaneka. Kadang2 urgent nak beli ubat demam ke, apa ke, so ada la kedai yang nak dituju. Takan panadol punya pasal nak serbu hospital kot. So kalau ia melibatkan kedai2 seperti restoran dan kedai2 serbaneka neh aku rasa biar aje mereka terus wujud dan wujud sebab kewujudan mereka memudahkan masyarakat bukan memberikan ancaman dan bahaya.

Tapi kalau kedai2 game judi ke, kedai2 kasino ke, kelab malam ke apa ke walaupun bukan 24 jam, kerajaan boleh pertimbangkan untuk tutup atau kurangkan waktu operasi mereka sebab kat kedai2 macam neh la port2 penjenayah suka melepak. Lepas buat jenayah kadang2 mereka mabok2 satu lagi. Kadang2 sebab mabok la mereka buat jenayah. 

Yang berjudi la apa bagai lagi. Kedai2 macam neh la yang sebenarnya menyusahkan. Itu pasal aku heran macam mana kerajaan yang akalnya waras, minda nya stabil boleh membiarkan magnum dan sport toto membiak dengan mekarnya di negara ini? 

Helo kawan, judi is judi. Judi is buang duit. Kalau ko didik rakyat dengan no judi2, maka no judi2 la jadinya mereka tue nanti. Ini didik sudah la tak berani, penuhi pula keperluan mereka agar sesiapa yang ingin berjudi boleh melepaskan nafsu berjudi mereka di port yang disediakan dengan kerajaan kutip duit lesen plus cukai, nampak sangat bangangnya pemikiran kerajaan disitu.

BTW, lihat cadangan oleh kerajaan terlebih dahulu ;


Tengok tue.. sebenarnya generasi muda melepak2 ialah benda biasa. Jangan la asyik nak pandang negatif sangat pada benda2 yang anak2 muda selalu buat. Ini kes anak sendiri tak balik rumah ke apa sampai bagi idea macam neh.. haha..

Melepak2 tak kacau orang biasa la. Macam depa melepak kat kedai makan. Macam orang dewasa melepak depan tv. Melepak dekat rumah kawan. Melepak aje pun. Budaya melepak neh tak lah negatif. Kalau depa buat benda negatif seperti kacau orang sambil melepak tue baru la salah. Lagi satu, bayangkan la, kedai2 tue beroperasi 24 jam sebab nak mencari rezeki, tawarkan peluang pekerjaan, adalah amat tidak adil disebabkan ada orang lain yang melepak, depa pula yang kena tanggung akibat.

Kes2 macam neh la yang buat orang suka salah faham. Patut pegawai kerajaan kena bagi alasan cerdik sikit la. Taknak terlibat dalam mana2 insiden jenayah, kedai 24 jam kena tutup. Tak boleh beroperasi. Betul ke cara tue beb?

Sepatutnya pegawai kerajaan kena dorong kepada keadaan andaikata seorang wanita yang keluar rumah jam 3 pagi pun takde sapa akan kacau mereka punya. Takan ada mana2 pihak berani buat jenayah punya. Kenapa?

1. Sistem keadilan dan kehakiman yang tegas, adil, tersusun dan semua pihak2 yang menjadi mangsa jenayah 100% terbela sampaikan orang takut nak buat jenayah waima dalam keadaan sorok2 sekalipun.

2. Masyarakat rasa selamat, bahkan tak payah kunci rumah sebab takan ada yang berani masuk mencuri disebabkan tahap keselamatan dalam negara, tip top. Sama rata samada kaya atau miskin semua rasa terlindung beb.

Ini kaedah yang tepat. Ada pula suruh tutup kedai 24 jam. Lepas neh apa pula cadangan nya andai kata jenayah masih berlaku? Semua orang tak payah keluar rumah dan duduk dalam rumah 24 jam aje bagi membendung jenayah ke apa? 

Haha..

Idea neh bukan la aku nak kondem tak betul langsung. Tapi kena selective la pada kedai2 tertentu. Bukan kira 24 jam ke apa. Tapi ikut jenis perniagaan. Kalau ia perniagaan yang tidak baik selalunya memang mendorong orang2 tak baik melepak kat kedai2 macam tue. Kalau ia kedai makan ke kedai serbaneka ke apa ke.. tak payah la kacau operasi mereka. Mereka berniaga secara halal. Orang nak singgah makan jam 2 pagi ke 3 pagi ke lantak la. Janji tak kacau orang sudah la. Biar la depa nak gemuk ke boroi ke janji tak sebat duit rakyat biar je la.. oke?



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment