Hanya RM252,000 baucar dituntut pencarum untuk pemeriksaan kesihatan
November 28, 2013
Hanya RM252,000 baucar dituntut pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sehingga kini untuk menjalani pemeriksaan awal kesihatan di bawah Program Saringan Kesihatan (HSP), berbanding RM1.9 juta baucar yang disediakan kerajaan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib berkata ini menunjukkan sambutan pencarum masih rendah dalam memanfaatkan kemudahan pemeriksaan kesihatan itu termasuk pemeriksaan mamogram untuk wanita.
"Dengan baucar ini, pencarum boleh membuat pemeriksaan kesihatan di klinik panel Perkeso di seluruh negara," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bangunan Parlimen hari ini.
HSP dilaksanakan untuk pencarum berumur 40 tahun ke atas membuat pemerikaan awal kesihatan penyakit tidak berjangkit sehingga akhir tahun ini.
Dalam pada itu, Ismail berkata sektor awam akan turut diberi perhatian oleh kementeriannya dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan di tempat kerja.
"Kita juga lihat kesedaran keselamatan pekerjaan di sektor awam dipertingkatkan," katanya. - Bernama, 28 November, 2013.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment