Thursday, November 28, 2013

RG2011... Gaji:Ibrahim Ali Tunjuk Hero Dgn S'gor Tapi Kecut Dgn Sarawak

 

Kenaikan gaji Selangor: OKU pun hendak jadi wakil rakyat, kata Ibrahim Ali

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
November 28, 2013

Perkasa menempelak kenaikan gaji menteri besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang disifatkan sebagai luar biasa dan tidak dimuatkan dalam buku jingga.

Pengerusi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (gambar), berkata wakil rakyat di Selangor perlu berkorban demi rakyat dan bukannya menggunakan dana kerajaan negeri bagi menanggung perbelanjaan mereka.

"Hebat dan luar biasa kenaikan gaji Adun, menteri besar, speaker dan timbalan speaker dengan kenaikan 373.3%. Inilah yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat.

"Apakah ini salah satu janji dalam buku jingga? Saya semak, tidak ada pun. Gaji untuk wakil rakyat boleh dinaikkan tetapi peratusan kenaikan kali ini luar biasa. Boleh masuk dalam buku rekod perniagaan dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 Adun berkuatkuasa 1 Januari tahun hadapan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota Exco kerajaan negeri (RM6,109.29 kepada RM20,250); speaker DUN (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).

Ibrahim berkata, alasan bebanan tugas semata-mata tidak boleh diterima dan dengan kenaikan sebanyak itu, orang kelainan upaya (OKU) pun mahu menjadi wakil rakyat.

"Bukankah wakil rakyat perlu berkorban? Malah harta sendiri juga perlu dikorbankan untuk rakyat. Kalau gaji besar,bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat.

"Orang pekak, bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat. Kalau kerajaan Barisan Nasional (BN) yang naikkan gaji seumpama ini, riuh-rendah mereka serang," katanya yang turut mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian berhubung kenaikan gaji itu.

Anwar ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini berkata, kenaikan gaji pemimpin tertinggi kerajaan dan Adun di Selangor terlalu tinggi dan dibuat secara mendadak.

Katanya, walaupun setuju dengan cadangan kenaikan gaji itu, beliau berpendapat kadar kenaikannya tidak munasabah.

"Saya setuju jika gaji dinaikkan tetapi pada pendapat saya menteri besar perlu menilai semua kadar tersebut dan memberi alasan munasabah kenaikan itu," katanya.

Ibrahim mendesak rakyat Selangor membantah kenaikan itu termasuk kakitangan kerajaan supaya mereka mendapat kenaikan gaji sama.

"Mereka juga ada beban tugas lebih daripada wakil rakyat. Inilah yang dikatakan 'harapkan pagar, pagar makan padi," katanya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75% daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.

Beliau turut mengumumkan pembayaran setengah bulan bonus kepada semua 15,643 penjawat awam negeri yang akan dibayar mulai Januari depan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM14.821 juta. – 28 November, 2013.

Sebelum itu Di Sarawak:

=============================

Kenaikan gaji ahli Kabinet Sarawak dapat reaksi berbeza



Jeniri Amir (kiri) dan Jayum Jawan

Kuala Lumpur: Kenaikan gaji tiga kali ganda membabitkan anggota pentadbiran kerajaan negeri Sarawak disambut dengan pelbagai reaksi.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir, berkata kenaikan gaji ahli Kabinet adalah wajar dan ia pemangkin kejayaan dalam melaksanakan tugas berikutan perubahan senario politik semasa khususnya membabitkan masyarakat luar bandar di negeri itu.

Beliau berkata, masyarakat menganggap wakil rakyat sebagai sumber mendapatkan bantuan kewangan segera untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan mereka.

Justeru, katanya, ada segelintir wakil rakyat menghadapi kesukaran melaksanakan tugas berikutan kekangan kewangan sehingga terpaksa berhutang demi mendahulukan kepentingan rakyat.

"Tuntutan rakyat semakin meningkat dan menjadi tanggungjawab mereka (wakil rakyat) untuk memenuhi permintaan itu.

"Namun, peruntukan yang disediakan tidak mencukupi dan akhirnya memerlukan perbelanjaan peribadi," katanya ketika dihubungi BH semalam.

Sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak kelmarin meluluskan kenaikan gaji bulanan Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, menteri, menteri muda dan ahli dewan undangan negerinya sebanyak kira-kira tiga kali ganda, mengikut Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013, selain memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Tanggungjawab YB

Gaji untuk Ketua Menteri naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; menteri muda dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; ahli dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000, berkuatkuasa 1 Januari tahun lalu.

Jeniri berkata, tanggungjawab wakil rakyat mencakupi pelbagai aspek termasuk menghadiri majlis perkahwinan dan memberi sokongan terhadap persediaan menjelang sebarang aktiviti yang dianjurkan.

Bagaimanapun, katanya, kenaikan itu harus menjadi pemangkin utama kecemerlangan wakil rakyat melaksanakan tugas supaya tidak timbul sebarang reaksi negatif.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan, pula mengakui keperluan semakan gaji ahli Kabinet tetapi menyifatkan kenaikan mendadak itu sebagai tidak wajar.

Dana untuk pembangunan

Beliau yang juga penganalisis politik Sarawak berkata, sebaliknya peruntukan dana negeri itu digunakan untuk tujuan pembangunan prasarana dan kebajikan rakyat.

Katanya, hasil menyeluruh itu dilihat mampu memberi impak besar terhadap kemajuan Sarawak selain memperkasakan imej wakil rakyat sejajar seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu rakyat didahului, pencapaian diutamakan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lee Siew Chee, berkata kenaikan gaji terbabit adalah tindakan yang wajar bagi meningkatkan lagi komitmen pemimpin.

Bagaimanapun, katanya jumlah kenaikan tiga kali ganda itu harus dipertimbangkan semula kerana ia dilihat terlalu tinggi.

"Perkara ini akan menjadi isu dan peluang bagi pembangkang untuk menghentam kembali kerajaan. Kenaikan gaji memang ditunggu semua orang tetapi biarlah berpada-pada," katanya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment