Wednesday, November 27, 2013

RG2011... Kerajaan Bercadang Mahu Naikkan Kadar Tol Bermula Januari 2014.

 

Kerajaan Bercadang Mahu Naikkan Kadar Tol Bermula Januari 2014.

Tidak mampu lagi menanggung bayaran pampasan yang tinggi jika kerajaan masih lagi mengekalkan kadar tol sedia ada. Itula alasan yang dikemukakan oleh menteri kita. Disamping itu, menteri kita juga berkata bahawa dengan penjimatan bayaran pampasan tersebut, wang tersebut boleh digunakan untuk menambahbaik jalan luar bandar yang teruk dan tidak teratur selama neh.

Korang tak rasa ke yang kita semua neh sedang menonton skrip drama ulang tayang? 

Setiap kali kadar tol dinaikkan atau apa saja benda yang perlu kerajaan kita naikkan maka mereka akan bagi alasan yang sama.

Ya, kami nak perbaiki keadaan jalanraya luar bandar yang teruk.

Tapi setiap kali itulah jalanraya di luar bandar tak pernah nya nak elok.

Dan tol dinaikkan lagi. Dan benda2 lain pun turut dinaikkan harga atau kadar lagi. Dan alasan nak repair jalanraya diberikan kepada rakyat sekali lagi. Dan kita tengok eh jalanraya luar bandar masih teruk lagi? Bahkan jalanraya di sesetengah bandar pun bukan la cantik mana yang sampai boleh dipuji kemain pun.

Seriously. Kita buta2 kena tipu dengan kerajaan depan2 muka bhai. Ibarat dia macam neh. Kita nampak dia makan ayam depan mata kita sendiri. Then kita cakap la eh ko makan ayam eh, then dia cakap tak pun. Aku puasa hari neh. Tapi kita nampak tue dia makan ayam. Tapi mampos2 dia taknak mengaku. Macam tue la BN melayan rakyat sekarang neh beb.

Lihat bawah neh hah ;


Perhalusi kata2 menteri kita ;


Menteri kita minta kita bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan kadar tol dalam masa terdekat. Kadar baru itu sekurang2nya akan bermula seawal Januari 2014. Dari ayat yang ditulis dalam artikel di atas seolah2 menteri kita sudah selesai semua peringkat kajian dan cadangan. Yang mereka buat sekarang ialah bagaimana nak fahamkan rakyat bahawa kadar baru ini benar2 perlu untuk memastikan kerajaan tidak lagi perlu menanggung beban bayaran pampasan yang tinggi.

Bab pampasan tol tue aku dah pernah ulas. Sungguh2 aku tak faham. Dan aku malas nak ulas lagi. Cukupla aku bagi ayat penerangan yang ringkas.

Buat tol = guna modal kerajaan + swasta.

Rakyat bayar tol = syarikat tol untung juta2. Keluar news apa seme.

Bila syarikat konsesi nak naikkan kadar, then kerajaan tak bersetuju, kerajaan kena bayar pampasan walaupun syarikat konsesi tol bukan la rugi, sebaliknya untung juta2 nak mampos.

Nampak tak disitu?

So dengan melihat cara BN menguruskan dengan negara neh, aku percaya ramai rakyat berasa seperti sedang menghunus pedang kat leher sendiri. Saat neh nak gelakkan kebodohan pengundi2 BN pun rasa macam serba tak kena. Nak padan muka kan dorang dengan aku2 sekali terbabit sama sebab terjejas dengan pelbagai kenaikan. Cukupla aku nasihatkan dorang kalau reti malu, kalau la korang ada sedikit pun rasa malu, rasa segan selepas menyusahkan orang, pergi la kat mana2 tempat dan muhasabah la diri masing2. Tolong la ek..

Oke bai..

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/11/kerajaan-bercadang-mahu-naikkan-kadar.html#ixzz2luE3STqI

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment