Tuesday, November 26, 2013

Re: RG2011... Bagaimana pelajar kita solat Jumaat dalam bas sekolah?

 

akhirnya....
Alhamdulillah...kami di JOhor menikmati hari JUmaat seperti dulu2...Sekalung tahniah dan menjunjung kasih kepada tuanku Sultan yang sangat prihatin..alhamdulilah...mudah2an selepas ni, mudahlah kaum lelaki kita menunaikan solat Jumaat..bkn sahaja solat malah dpt membuat ibadah2 lain sebelum dan selepas solat Jumaat....sebagai ketua agama Sultan telah memberi kelonggaran hari bekerja, sesiapa yg tak nk juga pergi, itu masalah sendiri2..

dapatlah kite tgk suasana dulu2..anak2 lelaki dan bapa mereka bersama2 ke masjid ...setiap hari JUmaat...setidak2nya kaum bapa dapat membimbing anak2 berjinak dan masjid...


On Tuesday, November 26, 2013 12:18 PM, Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com> wrote:
 
Bagaimana pelajar kita solat Jumaat dalam bas sekolah?
Posted on Sunday, November 24 @ 11:46:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Artikel "Alhamdulillah , syukur Johor kembali cuti pada hari Jumaat. Saya amat cemburu mereka di Johor, Terengganu, Kelantan dan Kedah. Mereka tak perlu terkejar-kejar tunai solat Jumaat, mereka boleh datang awal masjid melakukan solat sunat, zikir dan baca al Quran. Juga boleh zikir lama-lama dan solat sunat dengan selesa selepas solat Jumaat.

Berbeza dengan kami di Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain di Tanah Melayu ini. Tempat saya kerja di Senawang waktu rehat hari Jumaat dari 12.45 tgh ke 2.30 ptg. Masa 1 jam 45 minit inilah kami berkejar-kejar untuk mandi sunat kot sempat, pakai baju Melayu kot sempat, makan tengahari, dengar khutbah Jumaat dalam keadaan mengantuk mendengar teks khutbah yang seragam satu Malaysia.

Negeri yang tidak cuti hari Jumaat, harap kerajaan negeri beri panduan dan kemudahan para pelajar sekolah yang kita sedang nak pergi masjid solat Jumaat mereka sedang menunggu bas nak pergi sekolah agar diberi panduan macamana mereka nak solat Jumaat atas bas, atau apabila sampai di surau sekolah, agar ada ustaz yang bawa solat Jumaat di surau sekolah.

Begitu juga kilang-kilang yang tidak benarkan pekerja mereka solat Jumaat , agar pihak Jabatan Agama Islam Negeri beri panduan macamana pekerja kilang ini dapat tunaikan solat Jumaat di kilang mereka.

Begitu jugalah kepada para peniaga warung Islam, restoran Islam agar diberi nasihat, bimbingan, betapa berdosanya mereka berniaga beri makan kepada orang lelaki Islam apabila masuk waktu solat Jumaat terutamanya apabila khatib sudah mula membaca teks khutbah.

Semoga umat Islam di Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah dapat pergi awal ke masjid pada hari Jumaat, terutama mereka yang baru atau sudah lama bertahun-tahun balik haji, di mana bila kita di Mekah, jam 9 pagi kita sudah berebut-rebut masuk Masjidil Haram menunggu solat Jumaat."


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment