Saturday, November 30, 2013

RE: RG2011... Hukum hudud pas : surat Tun M kepada Nik Aziz.

 

Bak kate pepatah..

 

Kalo nak seribu daya

Kalo tak nak seribu dalih.

 

Ngapain Brunei boleh? Org brunei juga bangsa serumpun dgn kita,tidak ada yg istimewanya terhadap bangsa dan negara itu,cumanya kemahuan yg kuat dari pemimpin dan sokongan dari rakyat serta ahlil agama.

 

Kalo dari awal lagi itu takleh ini takleh, memanglah sampei kiamat pon takleh jawabnye.

 

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of amri el wahab
Sent: Thursday, November 28, 2013 10:16 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Hukum hudud pas : surat Tun M kepada Nik Aziz.

 

 

Saya percaya tidak ada pemimpin dan umat Islam seluruh dunia yang faham, menolak Hukum Hudud kerana semua maklum ianya adalah perintah dan hukum Allah yang termaktub dalam al Quran.

Prof Madya Dr Asri berkata : Kita tidak boleh mempertikaikan hukum Allah, tetapi kita boleh mempertikaikan cara perlaksanaan dan penafsiran hukum berkenaan oleh manusia.Ini seperti kita tidak boleh mempertikaikan syariat haji, tetapi kita boleh mempertikaikan amalan haji individu tertentu jika ia tidak bertepatan. Kita tidak boleh mempertikaikan sistem muamalat al-Quran dan Sunnah, tetapi kita boleh mempertikaikan bank, pajak gadai, syarikat, koperasi dll yang menggunakan nama Islam dalam operasi mereka jika kita dapati ia tidak menepati semangat Islam yang sebenar. Demikian kita tidak boleh mempertikaikan syariat hudud, tetapi kita boleh mempertikaikan perlaksanaan oleh pihak tertentu apabila kita dapati ia tidak memenuhi semangat keadilan yang dikehendak oleh Allah dan rasulNYA. Namun, tujuannya hendaklah untuk memelihara nama Islam agar tidak disalahgunakan atau disalahfahami.

Sesuatu yang wajar diakui bahawa bukannya mudah untuk melaksanakan hudud di zaman kini, terutama di negara kita yang mempunyai persekitaran yang sangat berbeza dibanding hari-hari awal hudud dilaksanakan. Dalam masyarakat seperti kita, melaksanakan hudud tanpa penelitian bagaikan memasang pintu istana untuk sebuah rumah buruk. Ia bukan menambahkan kecantikan, sebaliknya mungkin merobohkan rumah yang buruk itu dan merosakkan pintu yang cantik dan berharga itu.

 

2013/11/26 <kedahone@yahoo.com>

 

Lawak lah engko ni, kat Brunei yang dah laksana hudud, tak ada masalah pun? Benda yang engko highlight tu, tak releven la, kata kajian telah dilaksana, kajian daripada siapa? silap2 kajian daripada orang yang bukan back ground agama Islam langsung.

 

Adakah kita bila disoal kelak di sana, apa pasal tak sokong laksana hudud, engko akan guna surat alasan Tun M sebagai jawapan nanti?

 

On Tuesday, 26 November 2013, 9:14, Mas Joko Mas Joko <abang_jo63@yahoo.com> wrote:

 

Hukum Hudud PAS: Surat Tun Dr Mahathir Kepada Nik Aziz.

 

Kerap kali PAS memberikan alasan dan menuduh Tun Dr. Mahathir mengancam kerajaan negeri Kelantan sekiranya melaksanakan hukum hudud. Surat Tun pada tahun 1994 digunakan sebagai alasan mengapa sehingga sekarang hukum hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan walaupun dijanjikan pelaksanaannya lebih 20 tahun yang sudah. 

Pastinya ramai yang sekadar beranggapan Tun Dr Mahathir secara total menolak pelaksanaan hukum hudud walaupun mereka sendiri tidak pernah membaca surat yang ditulis oleh Tun kepada Menteri Besar Kelantan ketika itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Jika dibaca surat tersebut, jelas sekali Tun tidak menolak pelaksanaan hukum hudud jika ia berpaksikan Islam. Apa yang tidak dipersetujui Tun adalah draf hukum hudud oleh PAS menyatakan bahawa hukum hudud cuma akan dikenakan terhadap orang Islam, manakala orang bukan Islam terkecuali. Perkara ini tidak dipersetujui oleh Tun kerana ia boleh menimbulkan ketidakadilan sedangkan agama Islam mementingkan keadilan. Bagi Tun, hukum hudud perlu dikenakan terhadap semua orang tanpa mengira bangsa sekiranya ia dilaksanakan. 

Hakikatnya Tun sekadar memberikan peringatan secara umum untuk memastikan keadilan dan kemakmuran negara terjamin. Namun, pemimpin-pemimpin PAS mengambil kesempatan itu untuk menuduh kerajaan BN menolak hukum Allah semata-mata untuk menutup kegagalan dan ketidaksediaan kerajaan negeri untuk melaksanakan hukum hudud. 

Pemimpin-pemimpin PAS di Kelantan ketika itu kononnya bimbang kerajaan pusat akan mengambil tindakan meletakkan Kelantan di bawah MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) sekiranya tetap melaksanakan hukum hudud. Benarlah Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh MAGERAN tetapi MAGERAN di Kelantan pada 1977-1978 adalah akibat sengketa politik. Surat Tun Dr Mahathir mengenai hukum hudud yang bertarikh 8 Jun 1994 tidak langsung menyebut MAGERAN atau sebarang tindakan khusus terhadap mana-mana pemimpin Pas.

Hentikanlah berfikiran bahawa Tun menolak hukum hudud. Tidak ada sesiapa pun berani mempertikaikan hukum Allah. Namun harus diingat, hukum Allah tidak cuma terhad kepada hukum hudud. InsyaAllah apabila umat Islam di negara kita lebih kuat dan stabil, negara kita akan lebih bersedia untuk melaksanakan hukum Islam secara menyeluru. Satu hari nanti mungkin?

 

 

Hukum Hudud PAS.

(Bukan Hukum Hudud Islam)

Surat Tun Dr Mahathir bertarikh 15 Julai 1994.

 




--
===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================


Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (7)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment