jalan keluarnya adalah kita kena kembali kepada Allah. tu je jawapannya.
setakat nak monopoli kalimah Allah.. takde maknanya.
kita takut org gelincirkan aqidah kita.. tapi kita tak reti2 nak belajar dan buat apa yg patut.
...abis mcmana?.
quran kan dh bagi jawapannya.. surah alkafirun ada.. surah al ikhlas ada... al-baqarah (135-141)
ada 30 juzuk alquran takkan tak pernah jumpa ayat Allah adalah Tuhan kita semua....
nabi2 pun ada menyebutkan Allah adalah TUhan aku.. Tuhan kamu dn Tuhan kita semua.
tak abis2 dengan monopoli.
setakat berebut kalimah Allah tapi tak buat apa yg Allah suruh dh takde bezanya kita dan mereka.
sekadar celupan.
belajar la dr sejarah nabi n sahabat.
tgk prjanjian hudibiyah je cukup.
perjanjian mmg berat sebelah.. tapi..hikmahnya?...
kalo ikut palotak kapiaq mmg dia tak senang idup selagi tak menyesatkan aqidah org2 muslim..ada je rancangannya
habis... dah tahu mcm tu tak reti2 lagi nak buat apa??. takkan nak jadi bodo sepanjang hayat.
kalau bahasa jawi pun nak pupus ,,baik jgn cakap banyak
kita kena baiki diri kita.
dah belajar dh pandai ajar kaum kerabat masyarakat kita.. buat apa yg Allah n nabi suruh
kalo kita dh buat apa yg patut.. apa yg nak takutnya lagi?.
derang merancang biar lantak derang la.. dh mmg derang takde keja lain nk di buat
kalau kita yakin dengan ALlah.. serahkan sajalah pada Allah kerana dia adalah sebaik2 perancang.
sekadar pendapat peribadi.
2014/1/23 Hadi Arief <salmanfaris04@yahoo.com>
Salam,
Pandangan saya,
Sebagai jalan keluar diatas polemik penggunaan kalimah 'Allah' oleh orang orang Kristian. Jika Pihak Kristian berkeras ingin menggunakan kalimah "Allah" dalam terbitan mereka maka hendaklah dipastikan didalam braket ada dituliskan "Jesus' e.g. [ Allah : Jesus] supaya umat Islam tidak keliru antara Allah versi mereka dengan Allah Yang Maha Esa yang difahami dan diimani oleh orang orang Islam seluruh dunia.
On Wednesday, 22 January 2014 7:20 PM, Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com> wrote:BIBLE SABAH DAN SARAWAK - bahasa indonesia atau bahasa malaysia?
1. Ramai yang mempersoalkan kenapa Bible Bahasa Melayu boleh digunakan di Sabah dan Sarawak, dan apa masalahnya jika digunakan di semenanjung Malaysia?2. Saya tidak pasti sama ada Bible Bahasa Melayu itu benar-benar berbahasa Melayu ataupun ianya berbahasa Indonesia. Di Sabah dan Sarawak suku kaum Melayu tidak ramai. Antara yang ramai adalah kaum Iban dan dikatakan juga ada Bible ditulis dalam bahasa Iban.3. Di Indonesia, orang Melayu (baca : rumpun Melayu) tidak semestinya beragama Islam. Apabila mengikut pengaruh budaya dan bahasa maka tidak hairanlah penggunaan nama Allah di kalangan orang Kristian di Indonesia 'dibolehkan' sehingga dapat ditulis di dalam kitab terjemahan Bible dalam bahasa Indonesia.4. Orang Melayu di Malaysia bolehlah dikatakan 100% beragama Islam dan dilindungi oleh perlembangaan negara. Maka tiadalah kepentingan untuk ditulis Bible di dalam bahasa Melayu-Malaysia. Jadi, benarkah Bible bahasa Melayu diluluskan penggunaan di Sabah dan Sarawak itu benar-benar berbahasa Melayu-Malaysia?5. Jika pun Kementerian Dalam Negeri meluluskan penerbitan Bible bahasa Melayu diedarkan di Sabah Sarawak, ianya dibuat atas dasar tidak memberi ancaman kepada umat Islam. Seperti mana yang kita tahu Sabah dan Sarawak terdapat ramai suku kaum yang tinggal di pedalaman berkemungkinan besar tidak mempunyai agama atau pagan. Penyebaran agama Kristian di kawasan tersebut tidak menjadi ancaman kepada penganut agama Islam.6. Dalam undang-undang negara kita membenarkan agama SELAIN Islam dipraktikkan tetapi tidak boleh disebarkan kepada penganut agama Islam. Islam diberi kedudukan yang tinggi dalam negara Malaysia sebagai agama rasmi. Oleh itu, usaha untuk cubaan menyebarkan agama lain kepada penganut Islam adalah bersalahan dengan undang-undang dan boleh dibantah.7. Orang Islam (Melayu) sepatutnya boleh mempersoalkan The Herald tentang niat menggunakan kalimah Allah merujuk kepada Jesus dalam terjemahan Bible bahasa Melayu. Orang Melayu menyebut Allah kerana orang Melayu-Malaysia beragama Islam. Namun, ada perkataan lain dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan bagi menterjemahkan Jesus iaitu perkataan TUHAN. Mengapa tidak guna perkataan TUHAN dan mengapa bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah ALLAH?8. Sungguhpun nama Allah ditulis dalam Bible bahasa Melayu, ianya tidak akan mengiktiraf Kristian sebagai agama yang diredhai oleh ALLAH YANG MAHA ESA. Dan satu perkara yang perlu kita insafi, ini adalah agenda untuk menyebarkan Kristian di kalangan orang Islam secara halus dan bukannya menunjukkan bahawa Kristian sudah mula mendapat Hidayah.9. Agama Kristian tidak terjejas pun jika tidak menggunakan kalimah Allah. Dan jika penyebaran agama Kristian sudah sampai ke tahap 'menyantuni' orang-orang Islam di Sabah dan Sarawak, enakmen atau kebenaran penggunaan bible di sana perlu dikaji semula. Undang-undang boleh digubal mengikut keadaan semasa dan tidaklah selama-lamanya. Meskipun KDN memberi kebenaran di Sabah dan Sarawak, ia perlu dikaji semula.10. Bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham di antara agama di Malaysia, pihak gereja perlu melupakan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu mereka. Isu ini isu sensitif dan tiada ruginya jika Kristian tidak menggunakan kalimah Allah. Atau mungkin ada HAL YANG TERSIRAT di sebaliknya sehingga beria-ia benar dalam isu ini.11. BAGI KAMU AGAMA KAMU, BAGI KAMI AGAMA KAMI.
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (3) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment