Friday, January 24, 2014

RG2011... Fw: Cerita SALJI pun Jab. Metreorologi layan...!!!

 



Cerita MALAYSIA BAKAL DILANDA SALJI pun Jab. Metreorologi layan...!!!

kedahlanie.info

 
 
Kuala Lumpur 24hb Januari 2014. Jabatan Meteorologi hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Malaysia akan dilanda salji seawal tahun 2015.

Sejak berita Negara Timur Tengah dilanda salji, Bandar di Amerika Syarikat terima fenomena polar vorteks sehingga tersebarnya video yang kononnya berlaku salji di Indonesia dikatakan mempunyai kaitan dengan berganjaknya paksi bumi yang menyebabkan perubahan cuaca Iklim tidak menentu kini.

Bagaimana pun apa yang berlaku kelmarin di sebahagian tempat di Pantai Timur yang menyaksikan rekod cacatan suhu terendah adalah disebabkan oleh tiupan angin kencang yang datang dari arah Tanah Besar China.

Menurut Pegawai Metorologi Bahagian Khidmat Korporat dan Komersial Jabawan Meteorologi Malaysia(JJM) Dr Mohd Hisham Mohd Anip, adalah agak sukar bagi negara beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina mendapat salji ketika ini kerana suhu udara secara umumnya adalah tinggi sepanjang tahun.

Beliau turut menambah agar jangan cepat mempercayai kononnya cuaca sejuk yang berlaku dinegara ini dipengaruhi oleh kejadian salji dinegara jiran.

Sebaliknya beliau berkata secara relatifnya, bulan Januari dan Februari menjadi kelaziman merekodkan suhu minimum terendah berbanding bulan lain dikebanyakan tempat seluruh negara.

Selain itu keadaan cuaca baik tanpa awan seluruh negara sepanjang minggu ini membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan sebelah awal pagi.

Mengulas dakwaan itu Mohd Hisham berkata Chuping di Perlis pernah mencatatkan suhu terendah 17.8 darjah Celcius pada Februari 1994, tetapi semalam bacaannya mencatatkan 22 darjah Celcius.

Suhu terendah di Kuala Kerai yang dicatatkan semalam adalah sama bacaannya pada bulan Februari tahun 1993.

Salji hanya boleh terbentuk pada suku takat beku iaitu Kosong darjah Celcius atau setidak-tidaknya satu atau dua darjah Celcius.

Beliau menyarankan orang ramai supaya merujuk pada laman web JMM atau menghubungi agensi berkenaan untuk maklumat yang sahih.

 

Video + Salji pula turun di Malaysia

Merujuk pada carta suhu minimum dan maksimum yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini. Sememang suhu di Malaysia mengalami situasi yang
agak sedikit sejuk terutama di kawasan pantai timur.
Mungkin agak pelik, tetapi tidak mustahil kerana kawasan tinggi di Indonesia dan Vietnam sudah pun
dilanda salji.

Memetik laporan Berita Harian, suhu sejuk tersebut berpunca daripada luruan udara sejuk dari tanah besar China (tekanan tinggi) yang bergerak
ke Laut China Selatan. Keadaan ini biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut.

Rujuk carta suhu minimum dan maksimun Jabatan Meteorologi Malaysia

Menurut Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jenuwa Husin, Kuala Krai di Kelantan merekodkan suhu sejuk
terendah sehingga 17 darjah Celsius. Ia sekaligus mencatatkan rekod pertama seumpamanya di Pantai Timur.
Berbalik kepada persoalan adakah Malaysia akan
dilanda salji seperti yang berlaku di negara jiran, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa negara ini tidak akan mengalami fenomena tersebut kerana kedudukannya
yang berada di garisan khatulistiwa.

Secara ringkasnya, Malaysia akan menerima cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun.

Mungkin dunia sudah berada digarisan akhir zaman, Apapun tidak mustahil segalanya akan berlaku. Ketentuan Allah mengatasi segalanya. Segala yang terjadi
atau bakal terjadi tetap ada hikmah yang tersendiri dan hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

Semoga kita mengambil iktibar daripada fenomena ini. Mungkin ini bukan satu situasi yang boleh melekakan kita. Walaupun mungkin ada pihak bagaikan teruja dengan situasi ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment