Mutakhir
Penjenayah berbahaya ditembak mati
0 0 Google +1 0 0
Oleh Jamilul Anbia Mohd Denin
Teluk Intan: Seorang penjenayah berbahaya yang dikehendaki polis kerana jenayah berat termasuk kes bunuh, ditembak mati ketika cuba melarikan diri di Taman Koperasi di sini, petang semalam.
Dalam kejadian 5 petang itu, suspek yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi dikesan di Kampung Banjar sebelum pasukan Cantas Bahagian Jenayah Berat D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak mengarahkan lelaki itu berhenti untuk pemeriksaan.
Bagaimanapun, suspek bertindak melarikan diri sebelum terbabas di Lorong Berlian 2 Taman Koperasi ketika cuba dipintas kereta dinaiki anggota polis.
Suspek bagaimanapun bertindak keluar dari kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis.
Susulan itu, anggota polis membalas tembakan balas menyebabkan penjenayah terbabit maut serta-merta di lokasi kejadian.
Pihak polis kemudian menemui sepucuk pistol model Norinco pada badan suspek selain bungkusan dadah disyaki ganja.
Suspek berusia 30 tahun mempunyai 11 rekod jenayah dengan lima rekod dikehendaki polis.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/24 0 0 Google +1 0 0
Mutakhir
Keputusan STAM 30 Januari
0 0 Google +0 0 0
Kuala Lumpur: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013 akan diumumkan pada 30 Januari ini.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan semalam, calon yang menduduki peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.
“Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu dan pengumuman analisis keputusan STAM 2013 akan diadakan serentak pada hari yang sama jam 9 pagi di Putrajaya,” menurut kenyataan itu.
Sebanyak 8,613 calon menduduki peperiksaan STAM 2013 di 116 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/24 0 0 Google +0 0 0
Mutakhir
53 kesalahan dikesan
0 0 Google +0 0 0
Kuala Lumpur: Sebanyak 53 kesalahan dikesan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur sepanjang Ops Harga 2.0 sejak dilancarkan 1 Januari lalu.
Menurut Pengarahnya, Abu Samah Shahbudin, kebanyakan kesalahan dicatatkan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 iaitu 36 kes dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sebanyak 17 kes.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan peniaga supaya menggunakan alat timbang yang disahkan oleh Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd (MCM).
“Selain itu, peniaga juga perlu menentukan ketepatan semua alat timbang dan sukat yang digunakan setiap 12 bulan bagi mengelak dari dikenakan tindakan,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.
Katanya, sepanjang tempoh tersebut, pihaknya memeriksa 7,535 premis dan notis kompaun berjumlah RM11,500 dikeluarkan selain turut merampas pelbagai barangan bernilai RM1,344. - BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/24 0 0 Google +0 0 0
Mutakhir
2 pelajar IPT jadi GRO dicekup
0 3 Google +0 0 0
Petaling Jaya: Dua pelajar pusat pengajian tinggi swasta di Lembah Klang adalah antara 11 wanita warga asing yang ditahan selepas didapati bekerja sebagai GRO dalam serbuan ‘Op Noda’ di sebuah pusat hiburan di Dataran Mentari, malam kelmarin.
Dalam serbuan jam 11.45 malam itu, semua wanita berkenaan sedang melayan pelanggan dan tidak menyedari premis itu diserbu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, daripada sembilan individu wanita terbabit, lima individu adalah warga Thailand, empat Vietnam dan masing-masing seorang warga Iran serta Filipina.
Katanya, sembilan wanita warga asing berkenaan didapati mempunyai pasport, tetapi masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan.
“Semua GRO terbabit akan disiasat mengikut Akta Imigresen kerana berkerja tanpa permit yang sah,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/24 0 3 Google +0 0 0
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment