Jangan terpedaya dengan Technician TM yang mintak service charge RM10
kedahlanie.info
Baru-baru ini line internet dirumah saya mengalami lost conection,dah hampir 3 hari,internet tak dapat digunakan.Sepeti biasa sebagai pelanggan TM pasti akan menggubungi talian 100.
laporan yang dibuat kepada khidmat pelanggan TM amat memuaskan.Saya telah diajar cara untuk setting sendiri configure moderm dengan tunjuk ajar melalui telefon sahaja
sebelum itu,saya diminta membuat penyambungan semula wayar kabel ke moderm untuk dipasangkan kabel terus ke laptop bagi tujuan setting configure.Setelah sambungan dibuat,mlangnya lampu di kotak DSL tidak bernyala.cara terbaik adalah saya membuat laporan kerosakan bagi TM menghantar technician mereka untuk membaiki.
keesokan harinya,apabila saya membuka semula plag di moderm,saya ternampak lampu DSL mengeluarkan warna hijau menandakan tiada masalah.saya terus menghubungi 100 dan memberitahu perkara itu (kerana sebelum aduan di buat,pihak tm telah menyatakan jika lampu DSL bernyala,maka proses configure boleh dibuat sendiri tanpa technician)
Jawapan diberikan oleh wakil TM amat membuatkan saya panas telinga kerana saya perlu menunggu technician pergi kerumah kerana laporan kerosakan telah dibuat.Apa lagi memang kenalah operator tu kerana dah lebih 12 jam tecnician belum sampai.
sejam kemudian wakil TM menghubungi saya dan mengajar saya cara configure sendiri moderm internet.Malangnya tidak berjaya dan saya perlu menunggu techician TM yang hanya datang esok harinya
selepas itu baru saya tahu kesilapan saya dalam setting configure semalam,iaitu kesilapan ejaan perkataan streamix dimana ejaan sebenarnya adalah streamyx.Technician hanya menukar ejaan itu sahaja dan saya dicaj RM 10.00.Memang agak terkejut dengan caj itu,bila ditanya,kena caj ke?katanya setiap kali dia membuat pembaikan di rumah pelanggan,memang perlu dibayar RM 10.00 sebagai upah pembaikan.
Jawapan yang tak masuk akal,kerana sebelum itu TM dah maklumkan tiada caj akan dikenakan oleh technician kecuali moderm yang kita gunakan bukan moderm dari TM.Saya tetap memberi RM 10.00 dan meminta resit.Tapi benda ni tak habis di situ.Saya rujuk ke talian 100 dan mereka mengesahkan memang tiada caj akan dikenakan.dan saya diminta membuat aduan di Pejabat TM Berhampiran.
Dipendekkan cerita,setelah dibuat aduan tak sampai 12 jam,technician itu datang semula ke rumah dengan sikap kurang ajar dan marah-marah memulangkan RM 10.00.Katanya tak perlulah mnak sampai buat aduan.RM 10.00 ja pun..Nasib baik aku tak da rumah masa dia hantar duit tu,kalau tak memang nahas lah tecnician tu.bayangkan lah jika tak dibuat aduan dah berapa bayak duit pelanggan dia sapu.Menurut TM,sepanjang penjenamaan semula TM memang ini laporan pertama yang mereka terima.
Soalnya bukan berkira RM 10.00 tu,tapi integriti yang perlu ada.Bayangkan lah jika tak dibuat aduan,agak agaknya berapa ramai lagi yang jadi mangsa.Lagipun dengan hanya menukar ejaan streamix kepada streamyx agak tak munasabah dengan caj sebanyak itu.
terima kasih diucapkan kepada phak TM yang membantu saya dan memberi khidmat pelanggan yang terbaik walaupun terdapat beberapa kecacatan,namun sebagai manusia kita tak lari dari kesilapan
buat semua pelanggan TM,untuk elak ditipu berhati-hati apabila berurusan,sila rujuk TM di talian 100 sebelum membuat apa-apa bayaran kepada technician [dari fb]
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment