PEMBAHAGIAN JIN
Ibn Abid-Dunya di dalam kitabnya menyebut mengenai pembahagian jin ini dengan merujuk kepada sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abi Darda' r.a
Maksudnya : " Allah swt menciptakan jin tiga bahagian, satu bahagian ular, kala dan binatang melata di bumi, sebahagian yang lain akan dikenakan hisab dan diseksa."
Di dalam hadis yang lain baginda Rasulullah saw bersabda
Maksudnya : " Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari ( di udara ), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah randah."
( Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak)
Ada ulama telah membahagikan jin ini kepada beberapa bahagian berdasarkan kepada bidang tugas dan kerja-kerjanya.
JENIS DAN TUGAS JIN
1. Jin adalah suatu nama kepada satu-satu makhluk secara umum.
2. 'Ifrit adalah pgolongan jin tetapi mempunyai daya menipu, kekuata yang luar biasa yang dianugerah kepadanya oleh Allah swt sebagaimana firman-Nya bermaksud :
"Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".(Surah al-Naml:39)
Perkataan 'Ifrit hanya sekali sahaja yang disebut di dalam al-Quran.
3. Syaitan adalah ketua segala anasir yang mebuat kebinasaan, kafir, fasik, sombong, enggan sujud kepada Adam a.s dan dia dikutuk dan dilaknat.
4. Al-Marid sejenis jin juga dan lebih degil dan jahat.
Disebut di dalam al-Quran sebanyak tiga kali. Maksudnya :
"dan mereka (dengan Yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan Yang derhaka" (Surah al-Nisa':117)
"Dan ada di antara manusia Yang membantah perkara-perkara Yang berhubung Dengan Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap Syaitan Yang telah sebati Dengan kejahatan."(Surah al-Hajj :3)
"Dan (Kami pelihara urusan langit itu) Dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan Yang derhaka;"(Surah al-Saffat :7)
5. Al-Awamir kerana ia lama tinggal di dalam rumah manusia. Mereka tinggal di rumah –rumah keluarga baik dan juga keluarga jahat. Mereka suka mengusik.
Baginda Rasulullah saw melarang kita daripada membunuh jin yang tinggal di rumah kita apabila ia menyerupai binatang seperti ular melainkan setelah diberi amaran sebanyak tiga kali. Kalau tidak keluar juga bolehlah dibunuh dan tidak berdosa.
Diriwayatkan satu sabda Rasulullah saw daripada Abi Said al-Khudri
Maksudnya : Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barang siapa yang melihat sesuatu daripada golongan Awamir ( jin yang tinggal di rumah ) maka hendaklah mengarahkan ia keluar ( sebanyak tiga kali ). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan.
Oleh itu perlu kita ingat supaya tidak tergesa-tergesa membunuhnya sebagaimana sabda Rasulullah saw
Maksudnya : Jangan kamu membunuh jin melainkan setiap yang jahat yang suka melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia menggugurkan kandungan anak ( dalam perut ) dan menghilangkan penglihatan oleh itu bunuhlah mereka.
( Riwayat Imam Bukhari )
Di dalam hadis yang lain
Maksudnya : "Ular itu adalah jin yang diubah bentuknya sebagaimana kera dan babi yang diubah daripada kaum Bani Israil yang ingkar."( Riwayat al-Tabarani.Hadis Sahih )
6. Al-Arwah ialah sejenis jin yang suka mengganggu kanak-kanak. Mengenai nama al-Arwah ini, Ukasyah Abdul Mannan al-Taiyibi di dalam bukunya tidak bersetuju dengan nama ini. Katanya setelah dikaji perkataan al-Arwah atau mufradnya (singular) roh di dalam al-Quran tidak terdapat makna jin atau syaitan tetapi merangkumi erti atau makna yang lain seperti :
"Dan Kami berikan Nabi Isa Ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan Dia Dengan Ruhul-Qudus (Jibril). "(Surah al-Baqarah : 253)
Maka roh di sini diterjemahkan sebagai Jibril.
"Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir".(Surah Yusuf : 87)
Yang dimaksudkan di sini ialah rahmat Allah.
"Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta syurga kenikmatan."(Surah al-Waqi'ah :89)
Roh di sini diterjemahkan sebagai kerehatan.
"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".(Surah al-Isra' :85)
Roh di sini adadalah makhluk sama ada roh manusia atau pun haiwan. Ataupun di dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai nyawa.
"kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".(Surah al-Sad : 72)
Maka pengertian roh di sini adalah roh yang ditiupkan ke dalam jasad Adam iaitu nyawa.
Setelah kita lihat di dalam ayat-ayat yang disebutkan dan di dalam ayat-ayat yang lain ternyatalah tidak ada satu pun ayat yang mengatakan roh / arwah itu adalah jin.Sebagaimana diriwayatkan sabda Rasulullah saw
Maksudnya : Janganlah kamu menyumpah angin kerana ia adalah daripada rahmat Allah.
Juga diriwayatkan satu hadis
Maksudnya : Isa adalah hamba Allah, rasulnya, kalimah dan kekasihnya.
Dan hadis
Maksudnya : Rasulullah melaknat barang siapa yang mengambil sesuatu yang ada padanya roh dengan sengaja memang tujuan sasarannya.
Dan diriwayatkan dalam hadis yang lain
Maksudnya : Roh-roh adalah tentera yang diaturkan, apabila ia berkenalan, ia akan berbaik-baik, apabila ia tidak sebati ia akan berkelahi.
PERINGATAN :
Perbincangan ini dipaarkan semata-mata sebagai penambah pengetahuan kerana terdapatnya pendapat ulama yang lain tentang istilah Arwah/roh ini.
Sumber: Darussalam
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment