Wednesday, January 1, 2014

RG2011... Utusan Melayu dan Mercedes Guan Eng...

 

Bermewah di sebalik bajet defisit

Oleh KAMIL MASLIH
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diselar kerana menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes-Benz S300L di sebalik bajet defisit kerajaan DAP Pulau Pinang buat tahun keempat berturut-turut.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan, tindakan bermewah-mewah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai angkuh dan hipokrit kerana langsung tidak memikirkan sensitiviti rakyat.

"Apabila Pulau Pinang mengalami bajet defisit, Guan Eng sepatutnya tunjuk contoh pemimpin yang baik untuk berjimat-cermat tetapi ini tidak, dia pula yang berlebih-lebih dengan kereta mewah baharu.

"Kereta Toyota Camry 2.5 yang digunakan sebelum ini masih baik lagi, kenapa pula dia hendak tukar sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun hanya menggunakan Proton Perdana sebagai kereta rasmi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerajaan DAP Pulau Pinang semalam mengumumkan Guan Eng menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes-Benz S300L bernilai RM657,218 sekiranya tiada potongan cukai.

Pengumuman itu dibuat tidak sampai tiga bulan selepas kerajaan negeri itu menukarkan kereta rasmi kepada Toyota Camry 2.5.

Kerajaan DAP Pulau Pinang membentangkan bajet defisit RM255.44 juta untuk tahun 2014 yang merupakan bajet defisit buat kali keempat berturut-turut selepas defisit RM262.04 juta untuk tahun 2013, RM213.71 juta (2012) dan RM107.78 juta (2011).

Menurut Tunku Abdul Aziz, Guan Eng cukup licik memanipulasi emosi penduduk Pulau Pinang dan kaum Cina untuk membenci dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) namun pada yang sama mengambil kesempatan daripada kuasa yang dimilikinya untuk mengaut kemewahan.

"Saya ada lihat gambar Guan Eng keluar daripada kereta baharu itu, muka dia tersenyum lebar.

"Bagi saya, Guan Eng dan DAP tiada prinsip, kalau mereka sudah boros dan bermewah dengan kuasa hanya di peringkat negeri, saya rasa perkara lagi teruk berlaku sekiranya mereka berkuasa di Putrajaya," katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman pula menganggap Guan Eng seperti meludah ke langit memandangkan beliau pernah mengkritik tindakan Kerajaan Negeri Terengganu membeli kereta jenama serupa pada 2008 bagi tujuan sama.

Katanya, Guan Eng sepatutnya berasa malu dengan keputusan itu kerana beliau sendiri sebelum ini menyifatkan pembelian kereta mewah untuk kegunaan rasmi merupakan pembaziran.

Sehubungan itu, beliau mendesak Ahli Parlimen Bagan berkenaan tidak menggunakan hak-hak serta keistimewaan selaku Ketua Menteri sebagai alasan bagi mewajarkan pembelian kereta mewah tersebut.

"Kalau mahu gunakan kereta Mercedes, teruskan sahaja, tidak perlu berdolak-dalik. Mengapa apabila orang lain mengambil tindakan serupa beliau kutuk dan selar tetapi untuk beliau sendiri dikatakan sebagai hak?

"Cuma dalam isu pembelian ini, kita lihat wujud ketidakcekapan pengurusan kewangan negeri kerana tidak sampai tiga bulan membeli Toyota Camry 2.5, kerajaan negeri membeli pula sebuah Mercedes-Benz," tegas Zainal Abidin.

Dalam pada itu, bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang, Selangor, R. Vellasamy berkata, Guan Eng tidak memikirkan nasib rakyat miskin di Pulau Pinang apabila memilih untuk menggunakan kereta mewah itu.

"Nampak sangat dia cuma fikirkan kepentingan diri sendiri dan bukan mengenai banyak masalah rakyat yang masih belum selesai," katanya.

Note: Pulau Pinang baru Beli  Sebuah...Bagaimana pula Dengan Pembelian 14! buah Mercedes oleh Ahmad Said di Terengganu?


MB T'ganu: Beli Mercedes bukan guna wang royalti minyak

Oleh IRMAN HASHIM

KUALA TERENGGANU 20 Julai – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (gambar) menafikan pembelian 14 kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi baru anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri menggunakan wang royalti minyak.

Sambil mempertahankan pembelian kereta itu, beliau berkata, ia sudah lama dirancang bagi menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 Executive bertujuan menjimatkan perbelanjaan tahunan.

''Pembeliannya menggunakan peruntukan yang sudah disediakan sebelum ini. Ia tidak libatkan royalti minyak. Bagaimana hendak guna wang royalti minyak sedangkan kita belum menerimanya daripada Kerajaan Pusat?" katanya selepas tahlil sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin ke-46 di Istana Maziah di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Ahmad berkata, kerajaan negeri terpaksa membuat pembelian tersebut ekoran kos penyenggaraan Proton Perdana terlalu tinggi kerana mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.

''Kita bukan hendak kata kereta nasional tidak baik tetapi hakikatnya tidak sampai dua tahun digunakan, ia terpaksa disenggara kerana beberapa komponen seperti kotak gear rosak.

''Sebagai contoh, kereta yang digunakan oleh anggota Exco kerajaan negeri, Toh Chin Yaw sudah dua kali disenggara dalam tempoh dua tahun melibatkan kos RM50,000," ujarnya.

Katanya, walaupun kos permulaan pembelian kereta Mercedes tinggi tetapi kerajaan negeri dapat berjimat dari segi kos penyenggaraan dalam tempoh jangka panjang.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment