Pening dibuatnya; sekejap ada sekejap tak ada; hal2 begini tolong lah berkata yg benar, biarpun pahit... cakap biarlah terang,telus,jelas...
dah pangkah dah, mual pulak rasanya...
Sent from my iPad
On May 28, 2014, at 7:23 PM, "'Newsforwarder' 3@pendekarblogger.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:
Dr Asri: Melampau samak mulut, tukar darah
<image001.png><image002.png><image003.png>
346 4 1
<image004.jpg>
Bekas mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan masyarakat tidak menunjukkan reaksi berlebihan menghadapi penemuan DNA babi dalam dua coklat produk Cadbury seperti mahu menyamak mulut atau menukar darah.
Katanya, pengguna berhak menyatakan bantahan kepada Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd kerana memperdayakan rakyat Malaysia.
<image005.jpg>"Namun, berlebihan dalam (mengeluarkan) hukum seperti menyuruh samak mulut, tukar darah dan lain-lain merupakan unsur ghuluw ataupun melampau dalam beragama.
"Islam itu tidak merepek dan menyusahkan seperti demikian rupa. Sesiapa yang termakan yang haram tanpa sengaja tidak dikira dosa dan seseorang tidak akan dihukum Allah atas perkara luar dari maklumat dan kemampuannya," katanya.
Menulis dalam Facebook, Dr Asri berkata, masyarakat juga harus mengambil kira pelbagai lagi perkara haram dan bukannya hanya dalam isu itu sahaja.
"Inilah fahaman Islam yang hanya terasa haram babi, tapi tidak terasa haram judi, riba dan rasuah sedangkan dosa dan mudarat semua itu lebih besar dari babi," katanya.
Produk itu disahkan mengandungi DNA babi Sabtu lalu. Ia sebelum itu turut menjadi bualan di laman sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi banyak pihak terutama NGO Islam.
Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) antaranya mahu Cadbury membayar kos membersih darah kepada semua umat Islam yang telah termakan bahan haram berkenaan.
Mereka juga merancang mengemukakan saman berbilion-bilion ringgit ke atas syarikat antarabangsa itu.
Posted by: evaraed@gmail.com
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (3) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment