Monday, June 2, 2014

Re: RG2011... Kejadian Remaja 14 Tahun Diper kosa Beramai-ramai : Mangsa Salah Seorang Dari 12 Suspek Ditahan Reman [2 Attachments]


Astagfirullah al azim...apa lah nak jadi dengan remaja melayu muslim kita sekarang ini... Elok lah adakan hukum hudud yang sepatutnya lama dah diterimapakai...Allah SWT lebih maha mengetahui kebaikannya untuk ummah sejagat..."Rasul itu mempercayai apa yang diturunkan kepadanya dari Ilahnya, begitu pula orang-orang yang beriman.  Semuanya percaya kepada Allah, malaikat-malaikatNya; kitab-kitaNya, dan utusan-utusanNya (mereka mengatakan) Kami tidak membeda-bedakan seorang pun di antara utusan-utusan Ilah itu. Dan mereka mengatakan: Kami dengar dan kamu turut!.. Ampunlah kami wahai Ila kami dan kepada Engkaulah tempat kembali....Al-Baqarah 2:286

Justeru mengapa kita banyak berbantah-bantah dan ingkar tentang segala PerintahNya??

Adakah kita masih lalai dan leka dan ingin mengundang kemurkaanNya yang dahshat kelak....tidak kah kita takut akan musibah yang pasti diterima di dunia lagi??? MH370 dah ghaib tanpa dapat dikesan oleh manusia yang berteknoloji tinggi....negara ini pun tidak lah jauh sangat dari negara2 jiran yang sering dilanda musibah...ingat2 lah wahai hambaNya....Nauzubillah...Allahu'alam
 
Suriati Othman


From: "'Newsforwarder' 3@pendekarblogger.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, May 31, 2014 10:20 PM
Subject: RG2011... Kejadian Remaja 14 Tahun Diper kosa Beramai-ramai : Mangsa Salah Seorang Dari 12 Suspek Ditahan Reman

 

Kejadian Remaja 14 Tahun Diper kosa Beramai-ramai : Mangsa Salah Seorang Dari 12 Suspek Ditahan Reman

 
Polis sudah memberkas 12 orang termasuk seorang gadis berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes ro g ol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei 2014 lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata empat daripada mereka termasuk gadis berusia 17 tahun itu diberkas pukul 4 pagi semalam di Ketereh dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari.
Beliau juga berkata, polis telah menahan lapan lagi suspek berkaitan kes itu masing-masing pada pukul 4 pagi dan 10.30 pagi ini di sekitar Ketereh.
Akhbar semalam melaporkan seorang remaja berusia 15 tahun dan rakannya mendakwa menjadi mangsa rogol 38 lelaki dalam kejadian kira-kira 7.30 malam pada 20 Mei lalu. Sebelum kejadian, mangsa berusia 15 tahun itu dikatakan menerima panggilan telefon daripada rakan perempuan yang mendakwa berada di Ketereh dan meminta mangsa membantu membawanya pulang ke rumah.
Pelajar itu kemudian mendapatkan bantuan seorang rakan lelaki yang mempunyai motosikal untuk mengambilnya sebelum menjemput rakannya di Ketereh.
Berdasarkan siasatan awal, 10 daripada suspek terbabit didapati positif dadah dan berada di bawah pengaruh bahan itu ketika melakukan perbuatan berkenaan. Bagaimanapun, polis tidak dapat memastikan sama ada remaja perempuan ditahan reman dan mangsa yang juga pengadu berusia 15 tahun juga positif dadah kerana belum menjalani ujian air kencing.
Semua suspek lelaki yang ditangkap adalah positif dadah dan tindakan dilakukan ketika berada di bawah pengaruh dadah. Siasatan juga mendapati tempat kejadian sebuah rumah kosong yang dijadikan 'port' dadah.-sumber
 


No comments:

Post a Comment