Monday, June 2, 2014

RG2011... Fw: Orang Islam Wajib hindari Cadbury

 



Orang Islam Wajib hindari Cadbury dan Jangan Terpengaruh Dengan JAKIM

lusuka.com
 
JAKIM sudah menghalalkan coklat cadbury yang didakwanya tiada mengandungi DNA babi. Sebagai umat islam saya rasa terpanggil untuk menyeru seluruh orang Islam (kecuali orang melayu) agar menjauhi cadbury.

Cadbury yang didakwa halal adalah cadbury yang sebelum ini disahkan mengandugi babi.  Berdasarkan maklumat dari sozcyili seperti di bawah...

1. Babi dikesan pada 27 feb 2014

2. Sehingga 22 mei ia didiamkan tanpa apa2 perkhabaran dari JAKIM dan KKM.

3. Sehinggalah ia leak di public barulah terhegeh2 KKM dan JAKIM bertindak.

Sebelum itu. Dari 27 feb sampailah ke 22 mei. Apa yang dorang semua buat? Siapa tahu jawapannya? Aku pun tatau.
Berdasarkan maklumat itu jelaslah JAKIM cuba menyembunyikan kewujudan DNA babi sejak awal lagi. JAKIM tidak pernah membuat sebarang kenyataan tentang kewujudan DNA babi tersebut kepada umum sehingga maklumat itu dibocorkan.
Seorang individu yang tidak dikenali mendedahkan bahawa Jakim akan mengubah maklumat siasatan asal untuk memastikan Cadbury tidak terjejas. Berita ini telahpun saya siarkan kepada umum pada 31. 5.2014

Berdasarkan sikap awal JAKIM terhadap isu ini, ternyata mereka gagal menyempurnakan tanggungjawab terhadap umat islam. Sepatutnya mereka mendedahkan perkara itu sebaik sahaja keputusan ujian diperoleh.

Kini JAKIM mengisytiharkan bahawa cadbury tiada DNA babi. Bolehkah kita mempercayai JAKIM??? setelah apa yang mereka lakukan sebelum ini?

Rasanya tidak boleh... Langsung tidak boleh. 

Kita kena ingat bahawa negara ini bernama Malaysia atau negara melayu. Demi melayu mereka sanggup buat apa sahaja. 

Oleh itu kita biarkan sahajalah orang melayu yang makan coklat cadbury itu. Orang Islam jangan makan. Banyak lagi coklat yang boleh kita makan.


kalau nak makan juga... terpulanglah!!!
 
 

Coklat Cadbury: Kejap ada DNA babi, kejap tak ada, siapa yang babi ni?!

Kementerian Kesihatan buat analisis terhadap dua produk Cadbury dan mengesahkan ada DNA babi.

Then JAKIM pun melalui pengarahnya mengeluarkan kenyataan ada DNA babi dan sijil halal ditarik balik.

DNA babi di sini

Kemudian Majlis Fatwa buat kejutan kata coklat Cadbury HALAL dimakan kerana tiada DNA babi

Dan hari ini Menteri berkaitan buat sidang akhbar kata coklat Cadbury bebas dari DNA babi.

Alasan diberi semasa KKM buat analisis bulan Febuari yang lalu ianya tidak diambil terus dari kilang. Kemungkinan ia suda tercemar.

Ehem, ada babi menyusup masuk dalam makmal KKM dan senang-senang tidur dan berak atas coklat Cadbury. Pasai tu Menteri kata tercemar sebab tak ambil terus dari kilang Cadbury.

Ah .. persetan semua alasan tu. Sekarang kita nak Tanya .. siapa yang tolol buat orang panic ..? KKM atau JAKIM?

Kejap babi kejap takbabi ..!!

respon:

  1. Tanpa Nama

    menatang babi belako lako

  2. Hakim Azahari
    kami tetap was2 dan terus akan boikot cadbury
    • Jamaludin Abd.Ghani · Top Commenter · Maju Secondary School
      Makan Cadbury ada babi = Haram
      baru tahu semalam, hari ni dah tak beli

      Tak solat = Haram
      dah lama tahu, tapi tak solat-solat

      Buka aurat = Haram
      dah lama tahu, tapi tak tutup-tutup

      Beri dan Ambil rasuah = Haram
      dah lama tahu tapi masih amalkan

      Org melayu ni yg dia paham haram ialah babi saja.
      Yg lain yg dia makruh.
      • Zulkifli A. Rahman · Top Commenter
        Hisap Rokok - HARAM !! tp org sedut jugak..hehehe.
      • Mohd Azizi
        yang ni aku sokong...cuma mentaliti orang islam kat sini pk bila makan coklat yang ade babi tu jadi darah daging kita sampai kita mati...x solat and x tutup aurat,satu masa kalau sempat diaorang masih ley qada...rasuah? yang tu aku x tau sebab aku x berani nak tuduh orang rasuah kalau x nampak depan mata aku sendiri
      • Abu Hurairah Tan · Top Commenter · Tankerman at Intertek Testing Services
        Mohd Azizi
        Nak tunggu tengok dgn mata sendiri...suruh SPRM tu pencen belaka lah...makan gaji buta!!
         
    • Syed Amin · Top Commenter · Smk simpang beluru
      ok beresssss...gst ditutup panda..panda ditutup dgn babi..babi ditutup jakim..selamat dh semua isu
    • Muhammad Hafiz Bin Jamaludin · Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang
      cek la yg kat kedai.. amik kat kilang, diorg boleh bt yg baru.. cmne nak btul2 sahih dgn ujian di jalankan..
      • Jangan bising la cadbury
      • Mohd Azizi btoll a mksd die.. klu ambk sampel yg kat kilang.. x mustahil diorg dh x cmpurkan dna babi tu.. takot kantoi.. kementerian wat ujian yg dh ada di pasaran..
      • Jawa Selangor mohd azizi dah losap dah..hahaha
    • Kementerian Kesihatan punya ujian Makmal takleh pakai sebb depa bukan pakar. Jakim lebih pakar dalam ujian makmal ni . Kalau betul nak amik buat ujian jangan ambil kat kilangla bodoh dah tentu depa bagi yang bebas unsur tu. Lain kali ambil kat pasaran biasa yang berlambak kat supemarket tu.
    • Hari tu Haram, Hari ni Halal.. Mana satu yang betul.. Ada yang terselindung ke?
    • Baca elok2..dia cakap batch yg latest ni ja yg takdak sampel babi.
      analisis sblm ni ada..
      takkan dia nak letak babi masa org dtg check kt kilang dia..
      elak la dari makan benda was2 ni
    • Nampak sangat Halal Jakim sudah tak boleh pakai dah...Flip...Flop. Ada ker ambil sample di Kilang sudah pasti laa dia dah lupuskan segala bahan bukti. Cukup2lah memperbodohkan orang Melayu @ Islam. Kini orang Islam tidak boleh mengharapkan Jakim lagi. Semoga Brunei pula keluarkan standard Halal yg orang Malaysia boleh tumpang manfaatnya. Fikir2kan.
    • Lebih baik jgn mkn coklat keluaran cadbury. Sampel yg diambil di kilang tu adalah yg baru, dlm pasaran mungkin ada unsur babi.
    • xprlu lah mkn coklat..if was2,xpyh bli...jakim periksa bnda yg latest...xkan mreka nk guna bnda haram tu lgi..slap2 ttup nti kilang mreka...xpyh bsy2 nk boikoi apa smua...biar pihak atasan jlnkn kerja mreka...mreka lbih tahu...
    • Kita orang dah tahu apa keputusannya sebelum statement ni dikeluarkan. JAKIM oh JAKIM...Orang JAKIM je yang makan Cadbury. Kita orang Islam yang lain taubat x mahu sentuh Cadbury ni, memakannya lagilah jijik.
    • SANGGUP JUAL UGAMA KERANA SESUAP NASI !
    • aku tetap x akan makan
    • U TURN !!!!!
    • sudah2 la psl kes babi ni..dh xyah beli coklt ni..abs cerita..xmati pon klo xmkn cadbury tu..brlmbk lg coklt lain leh mkn..tp yg aku heran..xde plak korng bsing2 psl mkn mnum kt kedai2 yg terang2 syubhah..mkn kt kedai bkn islam.mkn mnum kt starbuck..mkn coklat2 femes amos..coklat daim..coklt2 yg bli kt langkawi..mkn2 kt kopitiam2 cine..ni psl cklat yg terang2 xperlu beli pon korng nk bsing2 smpi sebuln..sudah2 la..move on..jakim dh sahkn tu..

      __._,_.___

      Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
      Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
      " Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

      " Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

      " Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

      " Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

      " Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

      Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
      Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


      .

      __,_._,___

      No comments:

      Post a Comment