Sunday, June 1, 2014

RG2011... Fw: Siapa Yang Sepatutnya Menjadi Sultan Perak Ke 35?

 



Siapa Yang Sepatutnya Menjadi Sultan Perak Ke 35?

bloglist-malaysia.blogspot
malaysiansmustknowthetruth.blogspot
Kepala hotak Nurul Asyikin
 

Baru2 neh kan kecoh yang kedudukan Sultan Perak terkini adalah tidak sah. Takta sebenarnya dimiliki oleh orang lain tetapi orang lain yang dapat kuasa. Aku pun malas nak ikut campur dalam perebutan kuasa orang2 kaya neh. Bukan aku dapat duit pun. Diperbodohkan lagi ada. Yang berkuasa makin berkuasa. Rakyat terus-terusan ditindas juga.

Hahaha...

Tapi info neh menarik juga untuk bacaan umum. Bagi mereka yang berminat untuk campur tangan dalam perebutan kuasa diraja pun boleh baca juga. Sekadar berkongsi. Namun aku tak jamin apa yang dia tulis adalah fakta. Masing2 boleh claim apa yang masing2 tulis adalah fakta. Terserah kat korang la nak fikir macam mana okay.

Baca ;

Susunan hirarki kesultanan Perak: 

(1962):
Raja Pemerintah: Sultan Yusuf Izzuddin Shah
Raja Muda: Raja Idris Shah Iskandar Shah
Raja Dihilir: Raja Musa Sultan Abdul Aziz
Raja Kecil Besar: Raja Ekram Sultan Yusuf
Raja Kecil Sulung: Raja Lope Nur Rashid Raja Abd Rahman
Raja Kecil Tengah: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Bongsu: Raja Azlan Shah Sultan Yusuf

(1963): Sultan Yusuf Izzuddin mangkat
Raja Pemerintah: Sultan Idris Shah Iskandar Shah
Raja Muda: Raja Musa Sultan Abdul Aziz
Raja Dihilir: Raja Ekram Sultan Yusuf
Raja Kecil Besar: Raja Lope Nur Rashid Raja Abd Rahman
Raja Kecil Sulung: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Tengah: Raja Azlan Shah Sultan Yusuf
Raja Kecil Bongsu: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah

(1977): Raja Lope Nur Rashid mangkat
Raja Pemerintah: Sultan Idris Shah
Raja Muda: Raja Musa Sultan Abdul Aziz
Raja Dihilir: Raja Ekram Sultan Yusuf
Raja Kecil Besar: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Sulung: Raja Azlan Shah Sultan Yusuf
Raja Kecil Tengah: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Bongsu: -

(1978): Raja Ekram mangkat
Raja Pemerintah: Sultan Idris Shah Sultan Iskandar Shah
Raja Muda: Raja Musa Sultan Abdul Aziz
Raja Dihilir: Raja Ahmad Hisham Raja Abdul Malik
Raja Kecil Besar: Raja Azlan Shah Sultan Yusuf
Raja Kecil Sulung: Raja Ahmed Sifuddin Sultan Iskandar Shah
Raja Kecil Tengah: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Bongsu: -

(1983): Raja Musa Sultan Abdul Aziz mangkat
Raja Pemerintah: Sultan Idris Shah Sultan Iskandar Shah
Raja Muda: Raja Azlan Shah Sultan Yusuf
Raja Dihilir: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Besar: Raja Ahmed Sifuddin Sultan Iskandar Shah
Raja Kecil Sulung: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Tengah: -
Raja Kecil Bongsu: -

(1984): Sultan Idris Shah mangkat
Raja Pemerintah: Sultan Azlan Shah Sultan Yusuf
Raja Muda: Raja Ahmed Sifuddin Sultan Iskandar Shah
Raja Dihilir: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Besar: Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah
Raja Kecil Sulung: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Tengah: Raja Jaafar Raja Muda Musa
Raja Kecil Bongsu: Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah

(1988): Raja Ahmed Saifuddin mangkat

Raja Pemerintah: Sultan Azlan Shah Sultan Yusuf

Raja Muda: Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah

Raja Dihilir: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Besar: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Sulung: Raja Jaafar Raja Muda Musa
Raja Kecil Tengah: Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah
Raja Kecil Bongsu: -

(1997): Raja Ahmad Hisham mangkat

Raja Pemerintah: Sultan Azlan Shah Sultan Yusuf

Raja Muda: Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah

Raja Dihilir: Raja Jaafar Raja Muda Musa
Raja Kecil Besar: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Sulung: Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah
Raja Kecil Tengah: -
Raja Kecil Bongsu: -

(2006): Raja Izzudin Iskandar dipecat

Raja Pemerintah: Sultan Azlan Shah Sultan Yusuf

Raja Muda: Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah

Raja Dihilir: Raja Jaafar Raja Muda Musa
Raja Kecil Besar: Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah
Raja Kecil Sulung: 
Raja Kecil Tengah: 
Raja Kecil Bongsu: 

(2014): Sultan Azlan Shah Sultan Yusuf Mangkat

Raja Pemerintah: 
Raja Muda: 
Raja Dihilir:
Raja Kecil Besar:
Raja Kecil Sulung:
Raja Kecil Tengah:
Raja Kecil Bongsu: 

Soalan

- Rasa2 ada tak yang tak kena pada perjalanan sistem hirarki kesultanan Perak ni?
- Adakah mesti Raja Muda Nazrin ditabalkan sebagai Sultan Perak? 
- Adakah Raja Dihilir Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa boleh ditabalkan sebagai Sultan Perak juga?
- Adakah Raja Izzudin Iskandar masih boleh ditabalkan juga sebagai Sultan Perak sedangkan dia masih hidup & waris sulung kpd Almarhum Sultan Idris Shah?

Jawapan

Kesultanan Perak yang merupakan satu-satunya waris Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pewarisan takhta yang unik. Berbeza dengan negeri-negeri Melayu beraja yang lain yang mengikut sistem turun menurun dari raja pemerintah kepada puteranya, sistem yang diamalkan di Perak ialah menerusi kenaikan tangga demi tangga Raja-raja Bergelar yang merupakan pewaris takhta:

1. Raja Kecil Bongsu
2. Raja Kecil Tengah
3. Raja Kecil Sulong
4. Raja Kecil Besar
5. Raja Di Hilir
6. Raja Muda
7. Sultan

Walau bagaimanapun Dewan Negara Perak mempunyai kuasa dalam pemilihan dan perlantikan Sultan dan Raja-raja Bergelar. Siapakah Ahli Dewan Negara Perak? 

1. Sultan dan Raja-raja Bergelar
2. Menteri Besar
3. Orang Besar Empat
4. Orang Besar Delapan
5. Mufti dan 12 orang yang dipilih sebagai ahli bukan rasmi. 

Ahli-ahli Dewan Negara inilah yang mempunyai kuasa dalam perlantikan Sultan dan Raja-raja Bergelar. Yang menariknya, Ahli-ahli Dewan ini dilantik oleh Sultan Perak, dan kemudiannya mereka pula yang akan memilih dan melantik Sultan berikutnya serta menentukan siapa layak menjadi Raja-raja Bergelar. 

Persoalan diajukan disini adakah Raja Nazrin tidak sepatutnya menjadi Raja Muda Perak?

Soalannya pendek tetapi untuk menerangkan situasi sebenarnya agak rumit. Jadual dibawah adalah ringkasan lantikan raja-raja bergelar mengikut tahun.

Sejak pemerintahan Sultan Perak ke-29 iaitu Sultan Abdul Jalil, hanya seorang waris atau 2 waris Sultan dilantik sebagai Raja Bergelar. Ringkasnya adalah seperti dibawah:

Waris Sultan Perak ke-29 - Sultan Abdul Jalil (1916-1918)

Memandangkan Sultan Abdul Jalil hanya menjadi Sultan Perak selama 2 tahun, jadi mungkin walaupun mempunyai 4 putera, hanya seorang waris saja dilantik iaitu putera sulung baginda, 

1. Sultan Yusuf Izzuddin ibni Sultan Abdul Jalil (menjadi Sultan hingga 1963)

Waris Sultan Perak ke-30 - Sultan Alang Iskandar (1918-1938)

1. Sultan Idris II ibni Sultan Alang Iskandar (menjadi Sultan ke-33)
2. Raja Ahmad Saifuddin ibni Sultan Alang Iskandar (menjadi Raja Muda hingga 1997)

Waris Sultan Perak ke-31 - Sultan Abdul Aziz (1938-1948)

Sultan Abdul Aziz hanya mempunyai seorang putera iaitu Raja Musa. Jadi, semasa perlantikan Raja-raja Bergelar pada tahun 1984 iaitu selepas kemangkatan Sultan Idris II, Sultan Azlan dan Dewan Negara Perak memasukkan seorang lagi waris dari Sultan Abdul Aziz iaitu cucu baginda, Raja Jaafar yang sehingga kini menjadi Raja Di Hilir Perak.

1. Raja Musa ibni Sultan Abdul Aziz (menjadi Raja Muda hingga 1983)
2. Raja Jaafar ibni Raja Musa ibni Sultan Abdul Aziz (Raja Di Hilir sekarang)

Waris Sultan Perak ke-32 - Sultan Yussuf Izzudin (1948-1963)

Walaupun Sultan Yussuf mempunyai 4 putera - Raja Ekram, Raja Zairan, Raja Baharom dan Raja Azlan, cuma 2 orang sahaja waris dilantik sebagai Raja Bergelar iaitu putera sulung dan bongsu. Mengapa Raja Azlan yang merupakan putera bongsu dipilih? Ini kerana abangnya dengan sengaja tidak mahu dilantik kerana masalah kesihatan. Juga kerana Sultan Yussuf nampak akan kecerdikan anak bongsunya ini.

1. Raja Ekram ibni Sultan Yussuf Izzuddin (menjadi Raja Di Hilir hingga 1978)
2. Sultan Azlan ibni Sultan Yussuf Izzuddin

Waris Sultan Perak ke-33 - Sultan Idris II (1963-1984)

Dengan mempunyai 8 orang isteri, Sultan Idris II mempunyai 13 orang anak dimana 8 adalah putera termasuk seorang yang tidak dapat dipastikan jantinanya iaitu Raja Shuib (kini lebih dikenali sebagai Raja Shuibah atau nama panggilan Ku Ess).
Raja Izzuddin mula dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu pada tahun 1963 iaitu semasa Sultan Idris II menaiki takhta. Beliau mempunyai masalah moral yang menyebabkan tidak dipilih untuk menaiki tangga demi tangga sebagai pewaris takhta dan akhirnya dilucutkan jawatan.
Raja Iskandar Dzulkarnain pula dimasukkan dalam senarai Raja Bergelar pada tahun 1984 oleh Sultan Azlan dan Dewan Negara Perak.

1. Raja Izzuddin ibni Sultan Idris (dilucutkan jawatan)
2. Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Sultan Idris (Raja Kechil Besar hingga kini)

Waris Sultan Perak ke-34 - Sultan Azlan (1984-kini)

1. Raja Nazrin ibni Sultan Azlan
2. Raja Ashman ibni Sultan Azlan
3. Raja Ahmad Nazim ibni Raja Ashman ibni Sultan Azlan

Diajukan sekali lagi soalan, adakah Raja Nazrin tidak sepatutnya menjadi Raja Muda dan berlaku twist dalam pewaris takhta Kesultanan Perak?

Sebenarnya tiada apa-apa masalah pun. Tak ada twist, tak ada tipu muslihat. Jika dilihat semula jadual di atas, apabila Sultan Idris II mangkat pada tahun 1984 dan Sultan Azlan menduduki takhta, penyusunan semula Raja Bergelar telah dibuat.

Fakta 1 - Raja Izzuddin Shah

Raja Nazrin, Raja Jaafar dan Raja Iskandar Dzulkarnain (iaitu seorang lagi anak Sultan Idris II) dimasukkan sebagai pewaris takhta pada tahun 1984. Rujuk kepada jadual di atas, Raja Izzuddin sepatutnya naik satu lagi tangga, tetapi apa yang berlaku ialah beliau kekal sebagai Raja Kechil Sulung. Disini Raja Nazrin yang baru masuk list Raja Bergelar berada lebih atas. 

Ini adalah disebabkan Raja Izzuddin bukanlah menjadi pilihan Sultan dan Ahli Dewan Negara Perak memandangkan salah-laku yang pernah dibuat sebelum ini. Mengikut sejarahnya, walaupun Raja Izzuddin dilantik menjadi Raja Kechil Bongsu oleh ayahnya, Sultan Idris II pada tahun 1963 iaitu semasa berusia 9 tahun, tetapi kemudiannya Sultan Idris II pernah menarik semula gelaran tersebut dan akhirnya diberikan semula. Satu contoh salah-laku boleh rujuk kes Raja Izzuddin Shah v. Public Prosecutor [1979] 1 MLJ 270dimana dikatakan Raja Izzuddin menyerang seseorang ketika di dalam keadaan mabuk. Kes itu pernah disebut semasa penghakiman terhadap kes mata lebam Anwar Ibrahim oleh Tan Sri Rahim Noor.

"Mengambil kira suasana negara pada ketika itu seseorang yang dalam kedudukan tertuduh seharusnya bertindak waras dan bukan sebaliknya. Dalam kedua-dua kes (kes Raja Izzuddin Shah dan kes Tengku Mahmood Iskandar) perbuatan tertuduh hanya membawa padah kepada seorang individu manakala dalam kes ini membawa padah kepada seluruh negara" - Hakim Akhtar Tahir

Kisah pada tahun 1979, berlaku beberapa kes lagi seperti diisytihar muflis pada tahun 1990, kes menjual pingat Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) walaupun akhirnya mahkamah bebaskan. Begitu juga dikaitkan dengan penjualan watikah Ahli Kerabat Diraja Perak dan logo kereta palsu walaupun didakwa terdapat sindeket memalsukan tandatangan beliau. Terkini dikaitkan pula dengan skim cepat kaya Novalife dan sebuah koperasi yang mana pengerusinya adalah bekas Setiausaha Peribadi beliau iaitu Koperasi Sahabat Raja Izuddin Iskandar Shah Berhad (SRIISB). 

Fakta 2 – Raja Ahmad Hisham

Raja Ahmad Hisham (cucu kepada Sultan Abdullah yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles) menjadi Raja Di Hilir sejak 1978. Apabila Raja Muda Musa mangkat pada tahun 1983, beliau memberi laluan kepada Sultan Azlan yang berada di tangga bawahnya memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan. Beliau kekal sebagai Raja Di Hilir (sila rujuk jadual di atas untuk gambaran lebih jelas).

Sekali lagi apabila Sultan Idris mangkat pada tahun 1984, Raja Ahmad Hisham memberi laluan kepada Raja Ahmad Saifuddin yang berada di tangga bawahnya untuk naik menjadi Raja Muda. Sekali lagi beliau kekal sebagai Raja Di Hilir. Pada tahun 1988, apabila Raja Muda, Raja Ahmad Saifuddin mangkat, Raja Ahmad Hisham memberi laluan kepada Raja Nazrin untuk naik menjadi Raja Muda memandangkan usia beliau telah mencapai 80 tahun.

Jika bukan kerana faktor kesihatan dan usia, sudah lama Raja Ahmad Hisham menjadi Sultan Perak. Tidak berlaku sebarang perebutan kuasa atau sistem yang telah di-twist dan sebagainya. Semuanya atas kerelaan Raja Ahmad Hisham untuk memberi laluan kepada Raja-raja Bergelar yang lain untuk menaiki tangga-tangga berikutnya.

Kesimpulannya, Raja Nazrin menjadi Raja Muda dengan cara yang betul dan mendapat persetujuan Dewan Negara Perak. Faktanya jelas (1) disebabkan moral Raja Izzuddin Shah dan (2) laluan yang diberikan oleh Raja Di Hilir Raja Ahmad Hisham.

SOALAN TELAH DIJAWAB. TAMMAT

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment