As Salam Semua,
JJMK Ramadan akan berlangsung spt dibawah:
a. JJMK Pengkalan Hulu: 5 Julai – PIC monier
b. JJMK Sik/Baling: 19 Julai – PIC monier
c. JJMK Kelantan: 12 Julai – PIC Burhan
Bermula dari 7.00pagi hingga 5.00petang. Siapa yang berminat sila reservekan hari tersebut dan sila confirmkan kehadiran kepada Monier Mat Din 012-4128209 bagi memudahkan perkiraan aturcara konvoi kenderaan (terhad kpd 50 kereta/van/4WD) .
Sehubungan dengan itu kita mengalu2kan sumbangan makanan ruji spt biasa beras , gula , kopi, ikan kering, ikan masin, biskut kering, makanan kanak2 dll..toiletries , detergent dan juga sumbangan untuk berbuka puasa spt kurma, jus/kordial serta sumbangan untuk berhari raya spt kuih raya dan kerepek2 dll2 yg difikirkan perlu mengikut kemampuan tuan puan semua.
Barangan2 sumbangan boleh diserahkan kepada :
Mohd Monier 012-4128209 ( kulim/padang serai), Zaidi 019-5598822 (Lunas dan kaw. sekitar), Zairi 012-4071785 (Seberang Perai Selatan),Haji Fendi 012-4097268 , Shukri 019-5407859 (Sebrang Perai Tengah), Wahab 019-4700759, Sattar 019-4766155, Radhi 012-4725232 ( Seluruh Pulau Pinang), Din Stonkol Tropedo 019-4571447 , Mohd Fazal 019-4756918 ( Seberang Perai Utara) , Aznee Othman 012-4323305 (Kedah Selatan, Sg Petani dan kaw sekitarnya) .
Sekian Harap Maklum.
Shukri -019-5407859
NGO Wargakilang
Salam Semua,
JJMK Ramadan 2014 spt di bawah ...
JJMK Ramadan 2014 spt di bawah ...
JJMK Pengkalan Hulu: 5 Julai
JJMK Sik/Baling: 19 Julai
JJMK Kelantan: 12 Julai
Limit 50 kereta untuk setiap JJMK, utk yg berminat sila daftarkan nama anda seberapa segera.
Sila contact Monier Mat Din YDP Wargakilang for registration di talian 012-4128209
Di bawah cerita ceriti skuad riki WK.
WARGAKILANG: JJMK Ramadhan 2014
Cuti weekend bersambung di kilang industri sempena hari Keputeraan SPBYDP Agung baru-baru ini, bersama-sama dengan sahabat2 dari skuad riki NGO Wargakilang, kami masuk ke kg-kg di sempadan Kedah/Perak menjejaki keluarga susah/miskin untuk dibantu sempena program JJMK Jln-Jln Masuk Kg NGO Wargakilang pada bulan Ramadan ini.
(Memang cantik pemandangan Gunung Kerunai dari dekat, selama ini saya duk ulang alik dari Kedah ke Tganu kampung org rumah melalui laluan ini, tak perasanlah pula adanya pemandangan yg indah seperti ini)
(Sahabat yang jadi tukang tunjuk jalan membawa kami ke rumah seorang asnaf melalui jalan kampung ini, lepas ke dalam, betul-betul di kaki Gunung Kerunai)
Dalam perjalanan yang seterusnya antara simpang 4 Gerik hinggalah ke Pengkalan Hulu, kami telah mengenal pasti kurang lebih 35 penerima dari kawasan ini untuk program Wargakilang Masuk Kg nanti.
Rata-rata mereka adalah NGO (Noreh Getah Orang), dengan pendapatan bulanan secara hitung panjangnya adalah antara 450-600 sebulan, kecuali satu dua keluarga yang sedikit mengejutkan kami yang pi riki ini.
Misalnya Makcik dalam gambar di bawah ini, seorang Ibu Tunggal kerja NGO, walau pun ada masalah jantung tetapi terpaksa berhempas pulas juga pergi menoreh selepas suaminya meninggal dunia tak lama dahulu, sesak nafas terkepung dalam ladang getah yang terbakar.
Bila kami tanya berapa pendapatan menoreh getah sebulan, beliau macam tak pasti nak jawab berapa.
(Biasanya mereka akan jawab: bergantung kepada cuaca, bolehlah dapat dalam RM500 sebulan)
Bila kami tolong congak pi congak mai berdasarkan jualan getah beberapa hari sekali tu, bila saya tanya:
"Sebulan dapat RM200?"
Makcik ini dan seorang anak pompuannya yang ada bersama, secara serentak jawab:
"TAK SAMPAI"
Mereka cuma dapat kurang lebih RM150 macam tu saja.
Sebab itu bila sahabat saya, sdra Aznee (Setiausaha NGO Wargakilang) hulur RM200 duit sedekah yang kawan beliau kirimkan itu, Makcik ini dan anaknya begitu gembira sekali, duk ulang cakap tkasih tkasih tak terkira.
Lebih sebulan gaji tu !!
Meringkaskan cerita, secara amnya begitulah rata-ratanya nasib keluarga NGO di kg-kg pedalaman ini. Kemiskinan mereka turut terkena tempias kepada orang yang meniaga di kg2 berkenaan. Misalnya, waktu dibawa ke rumah seorang asnaf Ibu Tunggal yang punya dua orang anak OKU, mencari rezeki meniaga buka kedai runcit kampung secara kecil-kecilan; kami jadi tak tau nak kata apa bila tengok barang-barang dalam kedai beliau itu.
Semuanya boleh dibilang dengan jari dua tangan saja:
100 Plus ada 6 botol, gula ada 2 bungkus, bihun 2 bungkus, tepung satu bungkus, perencah tomyam 1 bungkus, tepung goreng ayam 3 kotak, garam 12 bungkus, maggie dalam 10 bungkus dll.
(Barang-barang di kedai runcit ini tak sampai pun separuh troli barang2 kita pi beli di TESCO rasanya)
AJK Wargakilang, sdra Radhi pi borong habis 6 botol 100 Plus, terus naik mendadak jualan kedai runcit ini hari ini. Kami difahamkan untung bersih hasil jualan harian nak dapat sehari RM10 pun sakit. Tak tahulah macam mana keluarga ini survive. Dilema hidup keluarga peniaga runcit di pedalaman.
Tugas skuad riki NGO Wargakilang bukan setakat pi cari keluarga miskin, tetapi juga perlu mengenal pasti laluan dan route yang selamat untuk dilalui.
(Titi Gantung merentas sungai yang agak deras dan dalam - antara laluan yg bakal ditempuhi)
(Walaupun nampak syiok bergambar tetapi kami turut bincangkan soal keselamatan, selamatkah jikalau 250 orang peserta berada di atas titi gantung ini secara serentak? )
Dalam banyak-banyak keluarga yang kami kunjungi di sebelah sempadan negeri Perak ini, hati kecil saya amat tersentuh dengan kunjungan kami ke sebuah rumah keluarga Buta (suami buta dan isteri rabun separuh kelam), di kawasan Pengkalan Hulu atau pun dulunya dikenali sebagai Kroh, Perak.
(Pak Mat Lazim 59 tahun, punca pendapatan dari JKM RM300 sebulan dan upah mengurut kurang lebih RM100 sebulan)
Bila kami bagitau kata nak amik gambar, cepat-cepat Pak Mat bingkas bangun, dan berpusing ke belakang pi tukar kain pakai jubah. Kemudian dia mai duduk balik kat sebelah saya, betul-betul kat tempat asal tadi.
Bila saya tanya, macam mana boleh tepat sampai tara tu (mai balik duduk tempat yang sama dengan margin error +/- 1 dua inci saja), Pak Mat pun cerita - kisah selangkah ke alam orang BUTA.
Pak Mat cerita, dia lahir celik, mata sebelah kiri buta waktu umur 4 tahun. Hat sebelah kanan bengkak waktu usia 10 tahun. Ayah dia bawa pi hospital, depa buat apa entah, balut mata belah kanan dia tu; bila balut tu dah boleh buka, terus mata dia tak nampak, buta, kelam dan gelap segelapnya.
Pak Mat kata, satu-satunya waktu yang dia boleh melihat ialah waktu tidur - bila dia bermimpi - nampak sawah, nampak matahari nampak itik dll. Bila terjaga esok pagi, dunia jadi gelap balik, waktu tu dia budak lagi, tak tau nak mengadu kat orang, menangis ajelah sorang-orang.
Pak Mat kata, lama kelamaan, bila dia dah REDHA dengan nasib yang menimpa, terima sepenuhnya ketentuan Tuhan ini, pelan-pelan Tuhan tukar channel. Dunia butanya sudah tidak kelam lagi. Pak Mat kata, daripada gelap Tuhan bagi nampak CERAH, cumanya dia tak nampak kita mcm yg kita nampak nie, Tuhan bagi kat dia channel baru, boleh bergerak secara selesa dlm dunia buta dia yang CERAH tu. Pak Mat kata, kalau cuaca panas dia pun rasa panas mcm kita, kalau hujan rasa sejuk dan sebagainya.
Sebab tu, Pak Mat boleh bingkas bangun pi tukar pakai jubah dan mai balik duduk kat sebelah saya dengan selesanya. Hari ini, kami belajar satu benda selain kisah selangkah ke alam orang buta ini - dalam hidup kita, jika kita REDHA dengan apa jua ketentuan yang Allah SWT tetapkan ke atas kita, insyaallah kita akan diberi channel baru, dan hidup kita akan tenang dan selesa seperti Pak Mat, Encik Mat Lazim Bin Bidin ini !!
Terima Kasih Pak Mat di atas tazkirah percuma ini.
(Pak Mat dan isteri yg kelam tapi masih boleh hiris pisang buat kerepek - bersama sebahagian drpd 5 orang anak-anaknya. Insyaallah dlm JJMK Ramadhan nanti, kita akan berkunjung ke rumah beliau)
(JJMK Ramadhan nanti dijangka akan menghimpit hingga ke pintu sempadan Malaysia-Thai)
Perjalanan seterusnya ialah ke sebelah sempadan Kedah/Perak di kawasan Sik/Baling Kedah.
(Walaupun saya orang Baling, tapi inilah kali pertama saya sampai ke kg pedalaman ini di Kaki Gunung Inas, kawasan yang sewaktu saya kecik dulu sering dikaitkan dengan sarang kominis)
Antara 35 penerima dlm daerah Baling yang dikenal pasti ialah keluarga Ismail Bin Hashim, sorang NGO berpendapatan RM300-RM400 sebulan.
(Abg Ismail Hashim bersama sebahagian drpd 9 orang anak-anaknya)
Yang baju hijau kunin depan saya ialah sepupu budak2 nie. Anak beliau yang bongsu sekali minum susu badan, yang no-2 berdukung itu minum susu juga, tapi susu TIN - ya, susu TIN yang orang buat Teh Tarik tu !!. Waktu saya kecik-kecik dulu arwah mak bagi minum susu TIN mcm ini lah jugak, duk ingatkan dah masuk dalam lipatan sejarah, rupanya masih ada lagi. Entahlah.
(Abang Zainudin ini pula, hampir lumpuh sebelah tangan sebab terbabas motor nak elak BABI beberapa hari menjelang bulan puasa tahun lepas waktu nak nak hantar petai)
Sekarang tak boleh buat kerja kuat, cuma bergantung kpd isterinya yang bekerja NGO.
Ada 5 orang anak, hari ini isterinya pulun juga pi jual getah sekerap mana yang ada, sebab anak hat Form 2 minta duit nak pi rombongan melawat PUTRAJAYA.
(Kata Abg Zainudin, ha inilah hasil jual getah tadi RM36 - pengorbanan mak dan ayah untuk mempastikan anak mereka dapat pi rombongan ke PUTRAJAYA)
Tak pastilah pula depa sendiri pernah pi melawat Putrajaya ke tidak.
Last sekali, saya tak pasti nak post gambar ini ke tidak - sebab beberapa minggu sebelum bulan puasa tahun lepas saya ada post gambar rumah yang hampir serupa, tak sampai beberapa minggu berduyun-duyun ejensi berkenaan mai angkut bata atap dan simen, sat saja naik rumah baru. Bila kwn2 mai utk program JJMK, rumah buluh tu tinggal sejarah saja. Tak apalah, janji org miskin itu dapat rumah baru.
(Seorang Ibu Muda bersama tiga orang anak-anaknya di hadapan teratak mereka yang asalnya kami ingatkan rumah pekerja rakyat asing ka apa)
Kami bertemu rumah ini secara tidak sengaja kerana kunjungan asal kami ialah ke rumah Pak Sarip yang dikhabarkan kena stroke sudah 9 tahun tetapi tiada apa2 bantuan.
(Pak Sarip terpaksa berpapah dan bertongkat, tiada punca pendapatan - cuma mengharapkan isterinya Mak Yam yang duk cari rebung buluh jual sikit2 dan niaga ubat kg sebagai sumber rezeki. Anak mereka yang OKU ini (28 tahun) dari dulu tak ada apa-apa bantuan. Tak tau nak kata pa, sebab org2 kaya di bandar yang ada anak OKU pun dapat elaun yang kerajaan bagi ini. Ada sesuatu yg tak kena)
Ada seorang anak mereka yang kerja Askar, alhamdulillah selalu juga duk hantar balik RM200 sebulan - taklah risau sangat Mak Yam kalau tak dapat cari rebung atau pun tak ada org mai beli ubat kampungnya.
Rumah di bawah ini rupa-rupanya ialah rumah Pn Shahidah, anak Mak Yam dan Pak Sarip ini.
(Sdra Shukri, Timbalan YDP NGO Wargakilang termenung panjang - ish, mcm manalah depa boleh duduk dalam rumah macam ini)
(Tiang pun hanya guna bata yang disusun-susun, mai ribut kuat boleh runtuh ini - nak wat gena suami Pn Shahidah hanyalah kerja kampung, tak mampu nak bina rumah yang lebih sempurna)
Menurut kata Pn Shahidah, sudah berapa kali dah mereka minta bantuan untuk buat rumah ini, tapi semuanya dapat jawapan yang membisu. Tak taulah pula pasal pa.
(Yg kesiannya, dua drpd tiga org anak Pn Shahidah ini ada penyakit kronik - seorang sakit jantung dan seorang lagi ada komplikasi buah pinggang)
Duit yang ada duk habis bawa budak2 ini ke hospital berubat rasanya, itu yang tak sempat nak fokus buat rumah
Insyaallah di bulan Ramadhan nanti, konvoi JJMK NGO Wargakilang akan berkunjung ke sini. Moga di waktu itu nanti keluarga ini sudah pun dapat rumah baru dan anak Mak Yam yang OKU itu akan dapat bantuan OKU yang beliau sepatutnya layak terimanya. Mudah-mudahan.
Sekian
JJMK Pengkalan Hulu: 5 Julai
JJMK Sik/Baling: 19 Julai
JJMK Kelantan: 12 Julai
Limit 50 kereta untuk setiap JJMK, utk yg berminat sila daftarkan nama anda seberapa segera.
Tkasih
moniermatdin@yahoo.com
13.6.14
facebook/wargakilang
__._,_.___
View attachments on the web Posted by: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment