Sunday, June 22, 2014

RG2011... Perdagangan Manusia-Malaysia Di Tahap 3

 

Wisma Putra kesal laporan pemerdagangan manusia

 44  0  0
Kementerian Luar hari ini melahirkan rasa kesalnya terhadap Laporan Pemerdagangan Manusia 2014 Jabatan Negara Amerika Syarikat yang disiarkan di Washington DC pada 20 Jun 2014, yang meletakkan Malaysia di Tahap 3 daripada kedudukan sebelumnya iaitu Senarai Pemerhatian Tahap 2.
    
Kementerian menyatakan Malaysia amat serius dan komited dalam usahanya menangani pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.
    
"Komitmen ini ditunjukkan melalui usaha signifikan yang dilaksanakan untuk meningkatkan mekanisme sedia ada dan memerangi jenayah kejam ini dengan berkesan.
    
"Di sebalik dakwaan bahawa Malaysia mencapai kemajuan dan penambahbaikan yang belum mencukupi dalam pendakwaan, pencegahan dan perlindungan, Malaysia sebaliknya telah melaksanakan langkah dan inisiatif untuk menangani isu pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran," kata Wisma Putra dalam kenyataan hari ini.
    
Jabatan Negara AS dalam laporan 2014 itu mengakui langkah-langkah positif itu dalam usaha melindungi mangsa dengan sesetengah mangsa pemerdagangan buruh dibenar menetap dan bekerja di Malaysia.

"Malaysia percaya maklumat yang digunakan dalam penyediaan Laporan itu lemah, tidak tepat dan tidak mencerminkan langkah-langkah yang diambil oleh pelbagai pihak berkuasa berkaitan di Malaysia untuk menangani jenayah pemerdagangan manusia di Malaysia secara keseluruhannya.
    
"Kami juga percaya bahawa sumber maklumat yang digunakan oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat adalah tidak berwibawa. Bergantung kepada maklumat yang tidak disahkan, yang disediakan oleh organisasi yang meragukan, mungkin mendorong kepada kesimpulan seperti ini dalam Laporan itu," kata Wisma Putra.
    
Malaysia mencatatkan rekod cemerlang dan lama dalam memberi perlindungan sementara kepada migran dari rantau Asia Tenggara dan luar.
    
Pada masa ini, dianggarkan 35,000 pelarian Rohingya mendapat perlindungan di  Malaysia, dan negara ini melakukan segala-galanya yang dibenarkan mengikut undang-undang untuk meringankan penderitaan migran dengan harapan mereka ditempatkan semula di negara ketiga atau memilih kembali ke tanah air apabila keadaan bertambah baik.
    
"Walapun Malaysia telah melakukan segala-galanya yang dijangkakan sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab bagi menangani isu pemerdagangan manusia tanpa mengira kewarganegaraan, kita tidak boleh dijangka untuk melaksanakan dasar yang  memberi layanan lebih baik kepada migran berbanding rakyatnya sendiri," kata kenyataan itu.
    
Menurut kenyataan itu, dasar baru yang berkuatkuasa pada 1 Mac lepas, membenarkan mangsa pemerdagangan buruh yang tidak lagi memerlukan penjagaaan dan perlindungan lanjutan di pusat perlindungan, bekerja dan menetap di Malaysia.
    
Malaysia, pada November 2013, juga melancarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi agensi-agensi penguatkuasaan sebagai sumber rujukan.
    
"SOP ini juga berfungsi sebagai garispanduan bagi pegawai penguatkuasa untuk membanteras pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran yang akhirnya akan meningkatkan peningkatan sabitan jenayah.
    
"Selain langkah-langkah baru ini, pada Mac 2014, Kerajaan Malaysia memuktamadkan penubuhan rumah perlindungan di Bandar Sri Damansara dan meluluskan pembiayaan awal berjumlah lebih RM800,000 bagi operasi rumah perlindungan itu," kata Wisma Putra.
    
Mengenai hubungan dua hala, Wisma Putra berkata Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman mengenai pembanterasan jenayah terancang merentasi sempadan dengan Bangladesh, Kanada, Republik Rakyat China, Arab Saudi, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
    
"Di peringkat serantau, Malaysia melalui ASEAN, memainkan peranan penting untuk membanteras pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran mengikut bidang kuasa undang-undang domestik utama berkaitan pemerdagangan manusia," kata kenyataan itu.
    
Sehubungan itu, Wisma Putra meminta Jabatan Negara Amerika Syarikat supaya mengkaji semula penilaiannya mengenai Malaysia.
    
"Ia haruslah mengambil kira langkah-langkah yang dilaksanakan sekarang termasuk usaha-usaha yang dinyatakan," kata Wisma Putra.
    
- Bernama

__._,_.___

Posted by: Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment