Saturday, October 18, 2014

Re: RG2014... Fw: bukan naikkan harga minyak, kita kurangkan subsidi...

 

harga pd 17 Oct Adalah 82.75/barrel

(Info) Bagaimana Harga Minyak Ditentukan Di Malaysia

by Staff Agenda Semasa on February 12, 2014 · 1 comment

nfo Pengiraan Harga Minyak Di MalaysiaMalaysia, dikatakan di antara sebuah negara yang memberikan subsidi terbanyak terutama pada harga minyak.Dianggarkan hampir RM 23 Bilion setahun subsidi diberikan untuk harga minyak di Malaysia bagi mengatasi masalah kos dan beban sara hidup yang ditanggung rakyat.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas Pilihanraya Umum ke 13, Kerajaan Malaysia mengurangkan subsidi untuk harga minyak RON 95 (Berita Di SINI) sebanyak RM 0.20, menjadikan harga minyak RON 95 sekarang adalah sebanyak RM 2.10 berbanding harga Minyak RON 97 sebanyak RM 2.80 yang harganya ditentukan oleh pasaran.

Kalau bercerita bab harga minyak minyak ini, ia memang satu isu yang hangat untuk dibincangkan.Kalau kerajaan umum kenaikan harga minyak atau pengurangan subsidi minyak, sudah tentu ada melompat.Yang melompat gembira ada, yang melompat sedih ada.Yang gembira, sudah tentu pemborong dan peniaga.Yang sedih, tak perlu kami jelaskan di sini.Anda sendiri sudah tahu siapa.

Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana harga minyak ditentukan di Malaysia ? Bagaimana subsidi dikira ? Bagaimana keuntungan dikira ? Artikel ini akan menghuraikan satu persatu langkah-langkah dalam penentuan harga minyak dan akan membincangkan mengenai mekanisme subsidi seperti yang pernah dijelaskan oleh Kerajaan pada tahun 2009.

Penentuan harga minyak di Malaysia adalah berasaskan Automatic Pricing Mechanism (APM). Berasaskan sistem ini, kerajaan menentukan harga minyak di pasaran supaya harganya tidak dipengaruhi perubahan harga kos minyak setiap hari.

Kaedah ini berbeza dengan beberapa negara lain dimana harga minyak di stesen minyak boleh berubah setiap hari apabila kos minyak berubah.

Sistem APM ini memastikan bahawa perbezaan harga minyak diantara harga kos dan harga jualan dapat diserapkan melalui penggunaan subsidi dan pengecualian cukai jualan. Ia juga menyelaras harga minyak dipasaran dan mengurangkan aktiviti pengawalan stok minyak oleh stesen minyak.

Carta yang ditunjukkan dibawah menunjukkan cara pengiraan harga minyak dibuat di Malaysia. Untuk makluman anda, proses penentuan harga minyak tidaklah mudah dan ianya agak kompleks namun langkah-langkah yang ditunjukkan dalam artikel ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan untuk rakyat memahaminya.

Kadar-kadar didalam carta ini adalah berasaskan kepada tahun 2009 dan bukan tahun 2014 oleh kerana data-data seperti Mean of Platts Singapore (MOPs) dan Kos Operasi yang mungkin sudah berubah.

Bagaimana Harga Minyak Ditentukan

Penjelasan Mengenai Elemen-Elemen Dalam Penentuan Harga Minyak Di Malaysia

Kos Produk

Penentuan kos produk minya adalah berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPs) yang diterbitkan oleh Mcgraw Hill Companies yang berpengkalan di Singapura.Syarikat McGraw akan membuat penarafan dan menilai kos minyak secara purata setiap hari.

Berbeza dengan harga minyak mentah dunia (Crude Oil) yang dikeluarkan NYMEX, harga yang ditetapkan oleh Platts adalah harga minyak yang telah siap diproses (Refined Oil). Oleh sebab itu, harga Platts adalah lebih tinggi berbanding harga Crude Oil yang anda boleh lihat di (Sini).

Alpha

Alpha adalah perbezaan di antara harga yang diterbitkan oleh Platts dan harga sebenar yang dibeli oleh syarikat minyak.Parameter ini ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia pada nilai 5 sen seliter untuk petrol.

Sekiranya harga minyak yang dibeli lebih tinggi dari harga Platts dan melebihi parameter Alpha, maka syarikat minyak akan menanggung lebihan kos tersebut.

Kos Operasi

Ini adalah kos-kos operasi seperti kos pengendalian, kos pengangkutan dan kos pemasaran.Kadar pada tahun 2009 adalah 9.54 sen per liter untuk petrol di Semenanjung.Untuk tahun 2014, pasti kos operasi ini sudah berubah.

Margin Keuntungan Syarikat Pengeluar Minyak

Margin untuk keuntungan syarikat pengeluar minyak telah ditetapkan pada kadar 5 sen untuk setiap liter petrol.

Margin Keuntungan Syarikat Stesyen Minyak

Margin keuntungan untuk stesyen minyak ditetapkan pada kadar 12.19 sen per liter bagi petrol

Cukai Jualan Yang Dikenakan Kerajaan & Subsidi

Kerajaan dibenarkan mengutip cukai jualan semaksimum pada kadar 58.62 sen per liter.Komponen ini digunakan untuk mengubah harga jualan sebelum mengambil kira elemen subsidi.

Subsidi akan diberikan apabila harga sebenar petrol adalah lebih tinggi dari harga jualan yang ditetapkan selepas mengambil kira pelepasan cukai jualan.

Untuk memudahkan pemahaman anda, kami akan tunjukkan kepada anda contoh pengiraan dalam menentukan harga minyak di Malaysia.Mekanisme ini berdasarkan kepada data pada tahun 2009 dan juga kadar tukaran asing pada tahun 2009.

Harga Minyak MOPs untuk bulan Januari 2009 adalah USD 55 per barrel @ RM 1.245 per liter dengan kadar tukaran wang asing ketika tahun 2009 iaitu USD 1 = RM 3.60

Harga Produk berdasarkan MOPs Tahun 2009 = RM 1.245

Alpha Parameter = RM 0.05

Kos Operasi = RM 0.0954

Margin Syarikat Minyak = RM 0.05

Margin Stesyen Minyak = RM 0.1219

Cukai Jualan Dikenakan Kerajaan : RM 0.5862

Jumlah = RM 2.1487 per liter

Berdasarkan data di atas, harga minyak petrol yang ditetapkan kerajaan pada September tahun 2009 adalah RM 1.80 (Lihat DI SINI), dimana harganya adalah lebih murah daripada harga minyak sebenar kalau mengikut perkiraan di atas. Jadi, bagaimana harga minyak dikurangkan @ di beri subsidi?

Melalui Potongan Cukai Jualan Yang Dikenakan Kerajaan! Sekiranya mengambil kesemua faktor elemen harga tanpa memasukkan cukai jualan, harga minyak pada September 2009 adalah sebanyak RM 1.5653 iaitu harga tanpa Cukai yang dikenakan kerajaan.

Bermakna, dari maksimum cukai jualan RM 0.5862 cukai yang dikenakan seliter, kerajaan mengurangkan kadar cukai sebanyak RM 0.3487 per liter, dimana Kerajaan mengambil untung sebanyak RM 0.2347 per liter.Pengorbanan cukai jualan sebanyak RM 0.3487 per liter inilah yang dinamakan subsidi. Adakah subsidi petrol ini pada ketika itu dikatakan mengambil duit dari kantung kerajaan untuk membela nasib rakyat? Tidak.

KENAIKAN HARGA MINYAK MALAYSIAKalau ditanya kepada Makcik dan Pakcik, di kampung, sudah tentu subsidi petrol ini dianggap seperti kerajaan mengeluarkan duit sendiri untuk membela rakyat.Sedangkan yang sebenarnya, kerajaan mengurangkan keuntungan yang boleh didapati melalui cukai jualan yang dikenakan.

Negara Malaysia kaya dengan minyak.Minyak dalam negara kita adalah minyak yang mempunyai kualiti yang baik dan ia tidak digunakan dalam negara sendiri serta dijual ke negara luar.Hasil jualan merupakan keuntungan kepada Kerajaan.

Tetapi, minyak yang digunakan di dalam negara kita adalah minyak yang dibeli dari luar.Dan kalaulah Kerajaan bermurah hati, tidak perlulah dikenakan cukai jualan kepada produk minyak tersebut. Kalau dilihat dari elemen penentuan harga minyak, cukai jualan adalah diantara elemen yang mempunyai kos paling besar dalam pentuan harga minyak.

Kami yakin, elemen-elemen lain seperti Margin pengeluar syarikat minyak, Syarikat stesyen minyak juga akan dipulangkan kepada Kerajaan dalam bentuk cukai syarikat dan sebagainya.Jadi, dengan menghapuskan cukai jualan yang dikenakan kepada produk minyak, sebenarnya amat membantu.

Pengiraan di atas adalah berdasarkan kepada harga minyak pada tahun 2009.Harga minyak sekarang sudahpun berlegar-legar di antara USD 80-90 per barrel.Untuk harga minyak sebenar tahun ini, data MOPs tidak boleh didapati secara terbuka.Antara yang mungkin berubah dalam kes di atas, adalah kos operasi dan harga produk berdasarkan MOPs.


Read more: http://agendasemasa.com/harga-minyak-di-malaysia#ixzz3GVcdkz5V


2014-10-18 14:07 GMT+08:00 evaraed@gmail.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

Ustaz Fatul ustaz BN kata... da ketentuan Allah swt, redha dan terima la seikhlas2nya ...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Mon, 6 Oct 2014 12:53:08 +0800
Subject: RG2014... Fw: bukan naikkan harga minyak, kita kurangkan subsidi...

 



 

" Seorang PM Boleh Berucap Seumpama Ini. Bodoh Sangatkah Rakyat "

bloglist-malaysia.blogspot
tikaqbuloh.blogspot.


Kita tidak sengaja menaikkan harga minyak .....
Kita bukan naikkan harga minyak, kita kurangkan subsidi...

Adoi, dey macha, kurang subsidi minyak? habis minyak turun kah ???, bukankah minyak naik dari RM2.10 kepada RM2.30. Nak bodohkan orang felda dan melayu penyokong BN bolehlah. Kalau subsidi kurang minyak turun boleh sembang mcam ini.

Lagi satu kita tidak sengaja naikkan harga minyak, wakakakakakakakakakakakakakakakaa, wkakakakakakak, wkakakakakakakaka, wkakakakakakaka. Kang kalau lama-lama aku taip dalam nih makin mencarut pula.

Korang nilai sendiri PM kita ni layak ke tidak layak. Susah sangatkah nak mengakui kerajaan telah menaikkan harga minyak.
 
 

Mari baca ayat menteri nak kelentong rakyat

bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot.
 
Kenapa harga bahan api naik lepas p'raya kecil?

Berikut adalah beberapa penerangan dan pencerahan oleh pejabat Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
mengenai persoalan yang timbul mengenai perlaksanaan rasionalisasi subsidi.

1. Kerajaan ni tak sebut naikkan harga minyak tapi harga dekat pam naik? Apa sebenarnya ni?

Kerajaan sebenarnya melaksanakan apa yang disebut sebagai rasionalisasi subsidi yang mana kerajaan mengurangkan hasil pemberian subsidi yang dibayar kepada syarikat minyak untuk memastikan harga bahan bakar di pam tetap pada harga tertentu. Apabila sebahagian subsidi
ini ditarik balik hasilnya harga minyak di pam meningkat, sebab itu kita sebut kerajaan mengurangkan subsidi sebanyak 20 sen seliter maka impak dari keputusan ni ialah harga di pam meningkat kepada RM 2.30 untuk RON95 dan RM2.20 seliter untuk Diesel.

2. Kenapa rasionalisasi ini dilaksanakan?

Ini sebahagian dari langkah kerajaan untuk menangani defisit belanjawan negara serta menstabilkan kewangan negara dalam jangka masa panjang. Defisit bermaksud perbelanjaan kita melebihi dari pendapatan, sebelum ini kerajaan berbelanja lebih bertujuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara. Perbelanjaan disalurkan kepada projek pembangunan seperti pembinaan infrastuktur dan kepada beberapa pakej rangsangan untuk memastikan ekonomi kita kekal teguh sewaktu pasaran dunia dilanda krisis. Sebab itu sewaktu krisis pinjaman perumahan di
Amerika Syarikat yang berlaku beberapa tahun lepas Malaysia tidaklah menerima kesan yang begitu teruk. Kini apabila ekonomi kita stabil dan pasaran dunia juga tidak bergitu bergolak kerajaan mengambil keputusan untuk memperbetulkan kembali perbelanjaan negara.

Salah satu tempat yang paling banyak perbelanjaan dikeluarkan ialah dengan pemberian subsidi bahan bakar yang diberi secara pukal dan tidak bersasar, sebagai contoh kenderaan mewah akan lebih mendapat manfaat subsidi berbanding kenderaan ekonomi (motorsikal dan kereta kecil) yang biasanya digunakan oleh warga berpendapatan rendah. Kerajaan melihat perbelanjaan ini tidaklah begitu efisyen maka sebab itulah rasionalisasi dilakukan terhadap pemberian subsidi di sektor ini.

3. Kenapa rasionalisasi subsidi buat terhadap minyak je? Subsidi lain macam mana?

Di sini kerajaan mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada subsidi bahan bakar kerana dilihat pemberian subsidi ini yang dilakukan secara pukal dan tidak bersasar mempunyai banyak pembaziran dari segi penyeludupan dan ketirisan. Untuk pengetahuan, antara penerima subsidi besar yang lain adalah seperti perbelanjaan kesihatan, persekolahan, subsidi yuran pengajian tinggi dan sebagainya. Pemberian subsidi ini juga (kesihatan, sekolah dll) juga meningkat dari tahun ke tahun akibat dari pertumbuhan penduduk sama seperti perbelanjaan subsidi bahan bakar. Namun kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan bakar (
Petrol dan Diesel) supaya kita tidak perlu menyentuh mahupun mengurangkan pemberian subsidi sektor ini yang kita kira jauh lebih penting untuk masa hadapan.

4. Harga minyak dunia turun? Kenapa harga kita naik? Ada berita negara lain siap turunkan harga minyak lagi baru-baru ni, apa cerita?

Berbeza dengan kebanyakan negara lain kita tidak mengapungkan harga bahan bakar akan tetapi kita tetapkan pada harga tertentu. Kebanyakan negara lain sama ada mengikut harga pasaran secara terus ataupun melaksanakan sistem subsidi terapung. Contohnya untuk setiap liter disubsidi sebanyak 30 sen maka kalau harga minyak dunia naik, naiklah harga di pam, kalau turun maka turunlah harga di pam. Sebab itu harga mereka turun apabila harga minyak dunia baru-baru ini turun. Apa yang sedang kita laksanakan ialah rasionalisasi subsidi, bermaksud kita mengurangkan perbelanjaan terhadap subsidi minyak dan kesan apabila melakukan rasionalisasi sewaktu harga minyak dunia rendah ialah penjimatan terhadap kewangan negara lebih berkesan berbanding sewaktu harga dunia tinggi.

5. Raya Haji dah nak dekat ni, harga minyak naik, kos pun akan beri kesan, macam mana?

Pertamanya kementerian sedar dan tahu ianya akan memberi kesan kepada rakyat, kami memberi komitmen bahawa kementerian akan berusaha untuk sekurang-kurangnya memastikan harga barangan asas terutama bahan makanan adalah dalam keadaan terkawal untuk musim perayaan ini. YB Menteri telah mengarahkan penguatkuasa untuk memastikan para peniaga untuk tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya. Kami telah meningkatkan jumlah pemeriksaan dan operasi di kesemua pasar-pasar utama dan premis perniagaan. YB Menteri juga telah mengarahkan kementerian untuk berjumpa dengan para pembekal untuk memastikan tiada kekurangan dari segi bekalan.

Untuk makluman walaupun harga barangan tertakluk kepada hukum pasaran, KPDNKK masih mempunyai kuasa melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Sekiranya terdapat aduan dan penguatkuasa kita mendapati ada kenaikan harga barangan yang melampau maka kita boleh mengarahkan peniaga memberi penjelasan sekiranya gagal kita boleh ambil tindakan.

6. Kenapa tak buat lepas raya haji?

Rasionalisasi Subsidi adalah satu tindakan yang tidak popular, ianya perlu dilakukan tetapi sangat tidak popular, jadi walau apa masa sekalipun yang dipilih kesannya tetap dirasai. Sebagai contoh kalau dilakukan selepas Hari Raya haji ada yang akan bertanya mengapa dibuat sebelum Deepavali pula, kalau selepas Deepavalli mungkin akan memberi kesan untuk perayaan Hari Natal. Apa pun kementerian faham bahawa rakyat akan menerima sedikit beban atas rasionalisasi subsidi ini dan seperti yang telah diterangkan sebelum ini kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan barangan asas seperti makanan terkawal harganya dan bekalan mencukupi untuk musim perayaan.

7. Bagaimana dari segi kos pengangkutan?

Penetapan harga tambang, kos pengangkutan adalah di luar bidang kuasa KPDNKK namun boleh dirujuk pada Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD). Akan tetapi sekiranya pengguna merasakan mereka ditipu atau diambil kesempatan oleh pengusaha yang tidak bertanggungjawab, bolehlah membuat laporan dan aduan kepada kami melalui hotline 1800 886 800.

8. Kesan terhadap harga barangan?

Kementerian akan memantau dari semasa ke semasa khususnya dari segi kesan 'cost past through' yakni kesan kenaikan harga minyak ini terhadap barangan. Kementerian akan mengawasi harga barangan asas dari semasa ke semasa dan kami akan memastikan kesan minima terhadap barangan asas seperti bahan makanan.

9. Kenapa buat lepas PRK Pengkalan Kubor? Nak menang pilihan raya ke?

Pelan rasionalisasi subsidi ini telah lama dirancang tanpa menjangkakan mana-mana pilihanraya kecil diadakan terlebih dahulu, sesungguhnya rasionalisasi subsidi ini kalau dibuat pada masa apa sekalipun ianya tetap tidak popular.

10. Mengapa tidak fokus kepada membasmi penyeludupan dan ketirisan berbanding mengurangkan subsidi?

Kita telah pun fokus kepada membasmi ketirisan melalui Ops Titik yang telah menunjukkan kejayaan dalam mengurangkan penyelewengan diesel bersubsidi. Namun untuk penyelesaian jangka masa panjang harga di pam tidak boleh terlalu ketara perbezaanya dengan harga pasaran. Lagipun fokus utama rasionalisasi subsidi ialah sebagai salah satu strategi untuk mengawal defisit belanjawan negara.
 
 

Harga minyak: 17 kali naik, sekali turun

Posted by Kedah Lanie
NIK NASRI NIK MALEK
 

Ayat al-Quran di antaranya menegaskan tentang keadilan pemerintah. Adil bererti meletakkan sesuatu di tempatnya.

Hadis Nabi pula di antaranya menekankan sumber dan hasil negara yang diurus dengan baik. Sirah perjalanan Nabi SAW dan para khulafa ar-Rasyidin dipenuhi dengan pemerintahan yang sangat mesra rakyat dalam pelbagai sudut.

Kaedah fiqh pula menyebut 'tindak-tanduk pemerintah dikaitkan dengan kepentingan rakyat'.

Namun, pemerintahan BN berlandaskan apa? Al-Quran? jauh rasanya. Hadis Nabi SAW? Tak juga. Sirah perjalanan Nabi dan khulafa ar-Rasyidin? Tak nampak jalan juga.

Hakikatnya kerajaan BN terus gagal dalam sejarah pemerintahannya mengurus segala sumber asli dan lain-lain nikmat yang Allah berikan untuk kepentingan rakyat teramai.

Saya bukan ahli ekonomi, namun petunjuk dari al-Quran dan Hadis yang menjadi panduan buat seorang yang mengaku Islam nampaknya tidak diikuti dalam menguruskan ekonomi negara, termasuk dalam isu subsidi petrol dan diesel yang dikurangkan kelmarin, sekaligus menjadikan kos hidup dan pelbagai kos lain meningkat dan akan meningkat.

Ada orang yang membuat analisis kronologi harga minyak di Malaysia sebelum tahun 1990 (RM0.89 seliter) hingga 2 Okt 2014 (RM2.30 seliter).

Ia mengalami 17 kali kenaikan dan hanya sekali penurunan. Yang lawaknya pula ialah di saat dunia luar memperkatakan tentang harga minyak yang jatuh, tetiba dalam negara tumpah tanahnya darahku ini, subsidi petrol dan diesel dikurangkan atas nama rasionalisasi yang tak berapa nampak rasional.

Bagi yang berpendapatan tinggi, bergaji mahal, barang kali boleh absorb kesan pengurangan subsidi ini.

Namun bagi mereka yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan malam, ia hanya menambahkan sengsara hidup mereka.

BR1M hanyalah seperti panadol buat menghilangkan sakit kepala rakyat buat sementara.  Negara tanah tumpahnya darahku ini sudah bertukar tema: 'negara tanah naiknya darahku'.

KRONOLOGI HARGA MINYAK MALAYSIA

Sebelum 1990 – RM0.89
Tahun 1990 – RM1.10 (kenaikan RM0.21)
01/10/2000 – RM1.20 (kenaikan RM0.10)
20/10/2001 – RM1.30 (kenaikan RM0.10)
01/05/2002 – RM1.32 (kenaikan RM0.02)
31/10/2002 – RM1.33 (kenaikan RM0.01)
01/03/2003 – RM1.35 (kenaikan RM0.02)
01/05/2004 – RM1.37 (kenaikan RM0.02)
01/10/2004 – RM1.42 (kenaikan RM0.05)
05/05/2005 – RM1.52 (kenaikanRM 0.10)
31/07/2005 – RM1.62 (kenaikan RM0.10)
28/02/2006 – RM1.92 (kenaikan RM0.30)
04/06/2008 – RM2.70 (kenaikan RM0.78)
01/09/2009 – RM1.80 (TURUN RM0.90)
16/07/2010 – RM1.85 (kenaikan RM0.05)
04/12/2010 – RM1.90 (kenaikan RM0.05)
03/09/2013 – RM2.10 (kenaikan RM0.20)
02/10/2014 – RM2.30 (kenaikan RM0.20)

Berita luar negara mengenai harga minyak (ketika harga minyak mula naik di Malaysia malam semalam):

1) Kejatuhan harga minyak baik untuk pemandu – Telegraph UK

2) Harga minyak dijangka turun pada paras plg rendah dlm lingkungan suku tahun sejak 2012 – Bloomberg

3) Harga minyak mentah jatuh teruk dalam tempoh 4 tahun – Wall Street

4) Menteri minyak risau harga minyak yang rendah akan mengurangkan pelaburan – Reuters UK

5) Harga minyak jatuh teruk kerana lebihan penawaran – The Globe and Mail

6) Saham tenaga jatuh kerana harga minyak turun – Edmonton Journal

7) Bank Negara Rusia bersedia dengan keadaan harga minyak yang dijangka turun – Daily Mail

8) Harga minyak turun dan ekonomi dunia semakin mapan
Business Week


__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (6)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment