Tuesday, October 28, 2014

RG2014... Fw: Kelantan melancarkan "Operasi Gempur Aurat"

 



Kelantan melancarkan "Operasi Gempur Aurat"

kedahlanie.info
Kerajaan PAS Kelantan laksana operasi cari pesalah tidak tutup aurat

 
Menerusi 'Operasi Gempur Aurat' kompaun maksimum RM500 dikenakan kepada peniaga melanggar arahan yang diharap menjadi pengajaran serta mengingatkan mereka kewajipan menutup aurat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Oktober, 2014. 

Kerajaan PAS Kelantan melancarkan "Operasi Gempur Aurat" bagi mencari pesalah yang tidak menutup aurat, langkah ke arah pelaksanaan undang-undang Islam di negeri tersebut.

Operasi itu akan dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan dijangka berakhir pada Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita MPKB-BRI Nor Azariza Mohd Alawi berkata, setiap pesalah boleh dikompaun sehingga RM500.

"Operasi Gempur Aurat dan kompaun maksimum RM500 yang dikenakan kepada peniaga melanggar arahan ini, diharap akan menjadi pengajaran sekali gus mengingatkan mereka kewajipan menutup aurat," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Setakat pelaksanaannya bermula September lalu, sebanyak 34 kompaun dikeluarkan khususnya kepada peniaga sekitar Kota Baru.

Selain itu, pihak berkuasa juga akan mengadakan kursus perniagaan mengikut perspektif Islam dan diwajibkan kepada semua peniaga menghadirinya.

Langkah ini bukan kali pertama kerajaan Kelantan menguatkuasakan undang-undang Islam di Kelantan, pada 2012 selepas isu membabitkan pengendali salun mencetuskan kontroversi.

Kerajaan Kelantan mengarahkan pengendali salun supaya tidak membenarkan pendandan memotong rambut berlainan jantina tidak kira individu tersebut adalah Islam ataupun bukan Islam.‎

Kerajaan PAS Kelantan juga pernah menangkap khalwat pasangan bukan Islam.

PAS menunjukkan keseriusan dalam hasratnya melaksanakan hukum hudud malah baru-baru ini menganjurkan seminar membentangkan kertas kerja mengenai pelaksanaan undang-undang tersebut.

Kerajaan PAS Kelantan juga sebelum ini mengatakan akan membawa Rang Undang-Undang Persendirian undang-undang tersebut ke Parlimen.

Sementara itu, Putrajaya juga sudah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Hudud akan ditubuhkan bagi mengkaji pelaksanaan undang-undang jenayah syariah terbabit, melibatkan PAS, kerajaan negeri Kelantan. – 28 Oktober, 2014.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment