Friday, October 31, 2014

Re: RG2014... Fw: Minum susu sebabkan kematian awal?

 

Woi nak klentong pun p ngaji dulu la... Minuman sunnah Rasulullah tu

Sent from my iPad

On Oct 30, 2014, at 11:40 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:

 



Kajian terbaru: Minum susu sebabkan kematian awal?

Dilulus untuk paparan oleh memo

tranungkite.net

 <61375623125_295x200.jpg>Meskipun ramai doktor berpandangan bahawa minum susu boleh menguatkan tulang dan menyihatkan badan, namun kajian terbaru telah mendapati sebaliknya.

Satu kajian yang dibuat oleh The BMJ baru-baru ini membuat penemuan bahawa warga Sweden yang minum susu lembu dalam amaun yang tinggi, didapati mati lebih muda.

Selain itu, wanita pula didapati mengalami keretakan tulang.

Menurut laporan AFP, kajian tersebut mungkin boleh merubah pandangan mengenai khasiat susu namun kajian yang lebih mendalam diperlukan kerana ianya mungkin hanya kebetulan.

Satu pasukan dari Sweden telah mengumpul data dari 61,000 wanita berumur 39-74 tahun, dan memantau mereka selama 20 tahun.

Pasukan itu juga telah mengambil data dari 45,000 lelaki Sweden berumur 45-79 tahun dan memantau mereka selama 11 tahun.

Kesemua sukarelawan itu memberikan maklumat tentang cara pemakanan, cara hidup, berat badan, tabiat merokok, kekerapan bersenam, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan.

Daripada kajian itu, didapati seramai 25,500 orang daripada kumpulan sukarelawan tersebut telah meninggal manakala 22,000 dari mereka telah mengalami keretakan tulang.

Di kalangan wanita dalam kumpulan itu, 180 daripada 1,000 yang meminum tiga gelas atau lebih susu, meninggal dalam jangka 10 tahun dan lebih awal berbanding umur purata kumpulan tersebut.

Selain itu, didapati 42 daripada 1,000 individu yang minum susu dengan kuantiti yang banyak telah mengalami keratakan tulang, manakala yang meminum susu secara sederhana ialah 35 daripada 1,000 individu dan yang meminum susu dalam kuantiti yang sedikit ialah seramai 31 daripada 1,000 individu.

"Wanita yang meminum tiga atau lebih gelas susu sehari mempunyai risiko kematian 90 peratus lebih tinggi, risiko keretakan tulang pinggul 60 peratus lebih tinggi dan risiko keretakan tulang-tulang lain sebanyak 15 peratus lebih tinggi," kata penulis bersama kajian tersebut, Karl Michaelsson dari Universiti Uppsala.

Untuk lelaki pula, jumlah kematian pula ialah seramai 207 daripada 1,000 individu untuk yang meminum tiga gelas susu sehari, 189 daripada 1,000 untuk yang meminum secara sederhana, dan 182 daripada 1,000 untuk yang meminum dalam kuantiti yang sedikit.

Antara sebabnya kata penulis ialah susu mempunyai kandungan galaktos-D yang tinggi, iaitu sejenis gula yang didapati mempercepatkan penuaan dan memendekkan jangkahayat.-astroawani

__._,_.___

Posted by: Hasno Hashim <hasno.hashim@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment