Tuesday, October 28, 2014

RG2014... Fw: First Lady Of Felda

 



APAKAH BENAR CERITA KONONNYA FELDA KINI DIKUASAI OLEH ISTERI ISA SAMAD?????

omakkau.blogspot
Sudah menjadi perbualan umum di kalangan kakitangan Felda dan juga peneroka betapa sejak Tan Sri Isa Samad dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) 1hb Januari 2011, Felda seolah-seolah ditadbir urus secara remote control oleh isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang di kahwininya pada April 2010.

Segi nama dan zahir memang Tan Sri Mohd Isa Samad adalah Pengerusi Felda tetapi yang mempengaruhi banyak keputusan penting yang melibatkan Felda terutamanya Felda Global Ventures Holding (FGVH) adalah teman sebilik dan sekatilnya sehinggakan heboh adanya pejabat sendiri di Tingkat 10 Ibu Pejabat Felda siap dengan beberapa pembantu bergaji yang dibayar dari dana Felda.

Lepas satu sistem satu sistem dibuat, sekejap begitu sekejap begini menyebabkan banyak wang habis disebabkan campur tangan keterlaluan tanpa kawalan oleh First Lady Of Felda ( Gelaran yang diberikan oleh pemberi maklumat).

Jika kehendak dan kemahuan isteri Isa Samad tidak dipenuhi dan di turuti maka kakitangan Felda berkenaan kena bersedia untuk ditukar dalam waktu terdekat tanpa memberikan alasan-alasan yang munasabah masuk akal, sampaikan terbina suatu fobia pula kini di kalangan kakitangan Felda jika ini benar.

Fasal pergolakan dalaman, mengenai pertukaran pegawai dilakukan hampir setiap bulan katanya.
Menurut yang memberi maklumat pertukaran itu semata-mata dibuat untuk melindungi sesuatu yang berlaku di dalam Felda. Kemasukan Mohd Isa Samad di Felda dengan campur tangan secara aktif isterinya menimbulkan banyak masalah dan merosakkan ketenangan dalam Felda.

Perkara ini sudah pun di dedahkan kepada umum kira-kira 3 tahun yang lalu tetapi berjaya diperapkan oleh Isa Samad.

Walaupun jawatan Isa Samad dalam pengurusan dan pentadbiran Felda sekadar Pengerusi bukan Eksekutif tapi tindak tanduk dan gaya beliau bertindak dengan masuk campur dan di pengaruhi isterinya secara remote control seolah-olah beliau suami isteri adalah Pengerusi Esekutif dan Penasihat Esksekutif Felda gayanya.

Inilah yang amat merisau warga Felda kini kata pemberi maklumat tersebut sehingga desas desus keuntungan pembelian kompleks apartmen mewah Felda bernilai £98 juta (RM497 juta) yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) khabarnya ada melibatkan isteri Tan Sri Isa Samad secara tidak langsung dan dikatakan antara punca menyebabkan harga saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) merudum teruk ketika ini.

Omak difahamkan terdapat ketidakpuashatian dikalangan pemimpin UMNO berhubung perbelanjaan besar dibayar oleh Felda Investment Corp (FIC) UK Properties untuk Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London yang terkenal dikalangan rakyat Malaysia menetap di ibukota United Kingdom (UK) itu.

"Harganya imenjadi buah mulut orang UMNO kerana ianya terlalu mahal dan sesuatu yang tidak seharusnya Felda laburkan," begitulah rungutan kecewa tidak puas hati seorang pemimpin UMNO yang cukup berpengaruh meluah rasa hatinya. Ianya menjejaskan reputasi Felda dan nama baik UMNO luahnya lagi.

"Terdapat cukup kontroversi berhubung penyenaraian FGVH, jadi kita tidak mahu satu lagi peluru untuk pembangkang gunakan," katanya merujuk kepada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd 2 tahun lepas.

Difahamkan juga SPRM sedang mengkaji perkara ini untuk melihat sama ada terdapat unsur rasuah dalam perjanjian yang dimuktamadkan 4 September tahun lepas.

Pemberi maklumat menceritakan betapa isteri Isa Samad, Bibi Sharliza Khalid juga terlibat dalam  keputusan FELDA melalui sayap pelaburannya, FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) membeli 49.45 peratus kepentingan dalam Encorp Bhd membabitkan urus niaga bernilai hampir RM300 juta.

Dua pemegang saham terbesarnya, Lavista Sdn Bhd dan Pegang Impian Holdings Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli bersyarat berasingan bersama FIC bagi tujuan berkenaan.

Menerusi bawah perjanjian pertama, Lavista akan menjual 29.85 peratus modal terbitan dan berbayar dalam Encorp tidak termasuk saham perbendaharaan, 8.33 juta waran lima tahun yang diterbitkan oleh Encorp dan 16.66 juta saham pinjaman boleh tukar boleh tebus (RCSLS) dengan nilai nominal RM1 sesaham membabitkan nilai keseluruhan RM133.69 juta.

Sumber memberitahu SPRM sedang bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk menyiasat perkara ini.

Ini adalah pendedahan permulaan kata pemberi maklumat yang enggan nama dan identitinya didedahkan .. banyak lagi skandal sedang dikumpul untuk didedahkan kepada umum kerana mau pihak berwajib mengambil suatu tindakan drastik begai mengekang gejala rasuah dan salah guna kuasa ini terus bermaharajalela di Felda katanya.

FELDA cukup mempunyai tempat yang teramat istimewa dalam lubuk hati dan jiwa Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, kerana ianya di ilham dan di bangunkan oleh ayahandanya Perdana Menteri Malaysia ke-2 Tun Abd Razak Hussein untuk menaikkan ekonomi orang-orang Melayu sambil memastikan rakyat yang berpendapatan rendah ada memiliki tanah.

Mohon agar DS Najib Razak perlu bertindak tuntas dan pantas dengan maklumat yang diperolehi ini demi masa depan survival para peneroka Felda yang rata-rata berketurunan Melayu/Islam.

Isa Samad perlu memberikan respon segera tentang maklumat ini juga demi pencerahan dan kebenaran. Ini suatu pertuduhan yang serius.

Yang menyedihkan kata sumber ialah dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar habis di kaut oleh isteri Isa Samad untuk di agih-agihkan kepada kroni dan kaum kerabatnya.  .. Pergh!!! dahsyat sungguh tu jika ini benar.

Pemberi maklumat memberi tahu, banyak lagi akan didedahkan.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment