salam,
saya amat setuju sangat-sangat ahli-ahli politik dan semua kakitangan kerajaan tidak kira bertaraf TURUS, JUSA atau gred biasa perlu membayar sendiri petrol dan tol masing-masing untuk ke tempat kerja. Untuk berulang-alik ke tempat kerja, menteri dan jawatan tertinggi kerajaan menggunakan kenderaan kerajaan malah petrol pun kerajaan yang bayar. apa beza nya dengan kami yang berulang alik setiap hari ketempat kerja tetapi menggunakan kereta sendiri dan mambayar harga petrol dengan gaji yang diterima. Nak kata sebab mereka graduate, kami juga graduate, cuma menjawat jawatan dalam gred biasa sahaja. malah pembantu pejabat sekali pun menggunakan gaji masing-masing membayar kenderaan mereka ke tempat kerja. Menteri dan Jawatan tertinggi kerajaan telah diberi alaun yang pelbagai termasuk bibik. jadi apa sebab petrol pun kerajaan kena bayar untuk mereka. jadi dgn kata lain semua orang perlu merasa nikmat dan kesusahan membayar petrol sendiri then barulah semua orang dapat menghayati kesusahan orang lain yang bergaji rendah. tak perlu lah kerajaan nak bagi subsidi mengikut gred atau gaji pula. itu semua memperbanyak dan menyusahkan kerja pihak yang terlibat.
On Thursday, October 30, 2014 7:22 AM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:
Menteri juga tidak layak dapat subsidi minyak
GHARIB RAHMAN | 28 Oktober 2014.
CADANGAN kerajaan Umno-BN memberi subsidi minyak berdasarkan gaji individu bukanlah sesuatu yang wajar dan sesuai dilaksanakan.
Hal ini kerana, seperti kebiasaannya apa-apa idea yang dikemukakan atas nama kepentingan rakyat bukanlah untuk menyelesaikan masalah makro rakyat sebaliknya lebih bersifat sementara dan terpilih. Perlu diingat bahawa sebarang kenaikan harga minyak petrol (kononya dikurangkan subsidi) akan mewujudkan kesan berantai.
Untuk mengenalpasti individu yang layak menerima subsidi minyak sahaja pun bakal mengundang pelbagai kerja tambahan. Selain jenis kenderaan yang digunakan juga mesti diambil kira, Jumlah tanggungan keluarga, individu yang isteri tidak bekerja, individu yang berkerja sendiri dan tidak berdaftar dengan LHDN dan seribu satu kriteria lain yang akhirnya menyusahkan rakyat terbanyak.
Bagaimana pula dengan kenderaan perdagangan dan kenderaan awam? Adakah mereka juga termasuk dalam senarai yang tidak layak menerima subdidi minyak? Sebarang kenaikan turut akan membabitkan mereka. Mereka terpaksa menaikkan harga barangan dan tambang untuk menampung kos kenaikan harga minyak.
Saya berpendapat, para menteri juga tidak layak mendapat subsidi minyak. Bahkan mereka sepatutnya memotong segala elaun dan kemudahan termasuklah AP untuk pembelian kereta import, membayar tol dan pelbagai lagi kemudahan.
Kos membayar elaun dan perbelanjaan para menteri ini sudah tentu dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang hasilnya dikutip melalui pelbagai cukai termasuk cukai pendapatan dan GST.
Slogan rakyat didahulukan mesti diamalkan dan dibuktikan bukan sekadar slogan untuk menyedapkan kata-kata. – HARAKAHDAILY 28/10/2014
__._,_.___
Posted by: Maizan Mahmud <maizanmahmud@yahoo.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (2) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment