[PENTING] Google Street View Ancam Privasi Orang Awam: Bagaimana Cara Atasinya?
greenboc.blogspot
Baru-baru ini dilaporkan Google Street View kini sudah memetakan 90% jalan-jalan awam di Semenanjung Malaysia.
Langkah Google berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi di Facebook Astro AWANI, lapor astroawani.com
Rata-ratanya berkata ia menjejaskan privasi kerana kediaman mereka boleh dilihat di laman dan aplikasi Google Maps.
"Membuka ruang untuk perompak datang merompak rumah," tulis Nazron Amir Mohd Naser.
Sambung Ahmad Faidzal, "Memudahkan kerja perompak. Taip alamat jer, pilih rumah mana satu hendak rompak."
Sham Sharif yang mencari kediaman keluarga menerusi Google Street View terperanjat kerana Arwah ayah beliau kelihatan di laman berkenaan.
"Baru lepas Google rumah di Ipoh. Terperanjat kami Nampak Arwah ayah yang sedang tutup gate masjid. Map itu diambil tahun lepas. Ayah meninggal pada Ogos tahun ini," tulis beliau.
Pengguna Facebook Nik Soh Che Man teknologi ada baik dan buruknya.
"Kita perlulah berhati-hati dan belajar mengenalpasti langkah-langkah untuk mengelak daripada anasir jahat yang mungkin akan dilakukan dengan kemudahan teknologi tersebut," tulisnya.
Sementara itu, admin amanz.my menyatakan,
"Semalam kami mengembara secara maya menggunakan fungsi ini dan kami menyedari ada gambar kenderaan milik kami yang tidak dipadamkan nombor pendaftarannya secara penuh oleh pihak Google. Mengikut undang-udang, pihak Google harus mengaburkan muka individu dan setiap nombor kenderaan yang dipaparkan di dalam Street View.
Sekiranya anda menemui imej peribadi dan nombor pendaftaran kenderaan milik anda yang tidak dikaburkan apakah yang boleh anda lakukan? Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengarahkan Google untuk memadamkannya bagi pihak anda.
1) Buka laman Google Maps. Taipkan alamat atau taman rumah anda di kotak carian.
2) Tarik dan letakkan logo Pegman (watak kuning Street View) untuk mengakses fungsi Street View
3) Cari gambar yang ingin anda kaburkan.
4) Pada bahagian bawah sebelah kanan anda akan menemui butang "Report Inappropriate Street View" dan tekan butang "Submit".
5) Pihak Google kini akan memproses permintaan anda. Sekiranya alamat Emel disertakan pihak Google juga akan menghantarkan mesej kepada anda selepas imej diubah mengikut kehendak anda.
Aplikasi permudah jenayah jejak mangsa
bloglist-malaysia.blogspot
paapaada2.blogspot.
SEJAK kebelakangan ini, orang ramai begitu teruja dan taksub memuat naik lokasi perumahan, tempat bekerja dan lokasi-lokasi lain yang sering mereka kunjungi di laman sosial, menerusi aplikasi Google Street View.
Melalui aplikasi tersebut, mereka kini boleh meneroka dan menyusuri kawasan kejiranan masing-masing secara maya di peta melalui imej panorama 360 darjah pada paras jalan.
Imej sebenar sesuatu tempat akan keluar dengan mudah apabila individu memasukkan alamat lengkap sesuatu kawasan pada ruangan yang disediakan.
Aplikasi tersebut merupakan sebahagian daripada fungsi di dalam peta Google. Bukan sekadar penempatan awam dan kawasan kejiranan, ia turut membolehkan orang ramai melihat beberapa kawasan-kawasan lain seperti lebuh raya, pusat bandar, jalan raya dan lokasi-lokasi yang lain.
Street View yang kini popular di peta Google itu dikatakan sudah diguna pakai pada lebih 50 negara termasuk Malaysia.
Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, Street View merupakan aplikasi popular di peta Google yang membolehkan orang ramai meneroka kawasan-kawasan tertentu secara maya dan memberi kemudahan kepada orang ramai terutamanya pelancong.
"Aplikasi ini bukan sahaja mampu mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan di negara ini tetapi juga memberi impak yang positif terhadap ekonomi dalam jangka masa yang panjang.
"Sebagai contoh mungkin di sekitar imej itu terdapat restoran, kedai runcit dan perhentian teksi dan sebagainya yang memudahkan pelancong merancang perjalanan mereka," katanya.
Bimbang
Walaupun ia didakwa memudahkan orang ramai dan mendapat reaksi positif daripada pelbagai lapisan masyarakat, namun ada juga individu yang tidak senang duduk dengan kemudahan tersebut.
Ramai juga dalam kalangan orang awam melahirkan rasa bimbang terhadap aplikasi tersebut kerana ia dikhuatiri digunakan untuk tujuan yang tidak elok.
Ini kerana, paparan jelas setiap inci kedudukan rumah seseorang dikhuatiri akan memudahkan pihak-pihak tertentu terutamanya penjenayah untuk mengambil kesempatan daripada kemudahan teknologi tersebut.
Perkara itu diakui sendiri oleh seorang pelajar institusi pengajian swasta, Nik Fatin Shahirah Nik Muhaiminzee, 19.
Menurut Nik Fatin, walaupun secara umumnya aplikasi tersebut membawa kebaikan kepada sesetengah individu, namun pada masa yang sama ia turut berisiko mendatangkan keburukan terhadap sesetengah pihak.
"Dari segi kebaikan, pada saya ia mampu menjimatkan masa seseorang seperti menjadi petunjuk lokasi yang hendak dituju dengan tepat dan mampu menjimatkan masa.
"Bagaimanapun, bagi penjenayah, ia memudahkan mereka untuk merancang aktiviti kerana paparan skrin tersebut akan menunjukkan lokasi rumah dan jalan dengan teliti," jelasnya.
Dalam pada itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegah Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, individu seharusnya memanfaatkan kemajuan teknologi yang disediakan dengan cara yang betul dan bukan sebaliknya.
"Zaman sudah berubah dan teknologi berkembang dengan begitu maju.
"Disebabkan itu, kita tidak boleh berbuat apa-apa selain daripada terus mengikuti arus perubahan semasa memandangkan kita sendiri tidak mempunyai kuasa untuk menghalang teknologi daripada berkembang," jelasnya.
Jenayah
Bagaimanapun ujar Lam Thye, dia tidak menyangkal penggunaan aplikasi tersebut mampu menyumbang kepada peningkatan kes-kes jenayah, terutamanya kes pecah rumah di negara ini.
Ini kerana, melalui aplikasi tersebut, ia secara tidak langsung memudahkan penjenayah untuk merancang modus operandi mereka dengan lebih pantas dan teliti.
"Jika dahulu penjenayah mungkin perlu pergi ke sesebuah kawasan selama beberapa hari dan meninjau sendiri lokasi tersebut sebelum melakukan jenayah.
"Bagaimanapun dengan adanya aplikasi ini, mereka kini tidak perlu lagi bersusah payah dan hanya memasukkan alamat untuk pengecaman rumah serta meninjau lokasi tersebut dari jarak jauh," jelasnya.
Ujar Lam Thye, individu seharusnya mempunyai kesedaran sivik dengan menghormati privasi serta tidak menyalahgunakan kecanggihan teknologi yang sedia ada.

__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment