Thursday, October 30, 2014

RG2014... Fw: Keluarga Penumpang MH370 Saman Putrajaya Dan MAS

 



[Panas] Keluarga Penumpang MH370 Saman Putrajaya Dan Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines

bloglist-malaysia.blogspot
idaman78.blogspot

 
Keluarga Penumpang MH370 Saman Putrajaya, Cuai Dan Langgar Kontrak
 
Lapan bulan selepas penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang, yang dijangka di selatan Lautan Hindi, keluarga terdekat daripada seorang penumpang akan memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia dan syarikat penerbangan nasional itu.

Saman itu akan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok bagi pihak plaintif oleh firma guaman, Tetuan Rusmah Arunan & Associates.

Saman itu sedang difailkan bagi pihak keluarga terdekat penumpang Jee Jing Hang dan dua anaknya yang di bawah umur.

The Malaysian Insider difahamkan Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Imigresen dan Tentera Udara Diraja Malaysia akan menjadi antara yang akan dinamakan sebagai defendan dalam saman akibat kecuaian dan pelanggaran kontrak itu.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi pada 8 Mac, dan hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas itu ketika melintasi Laut China Selatan.

Daripada jumlah keseluruhan, 152 penumpang adalah warganegara China, termasuk sekumpulan 19 orang artis dengan enam ahli keluarga dan empat kakitangan yang pulang daripada pameran kaligrafi karya mereka di Kuala Lumpur.

Tiga puluh lapan penumpang adalah rakyat Malaysia manakala selebihnya dari 13 negara lain, Ia dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Pesawat Boeing 777-200ER itu masih belum ditemui, walaupun selepas pencarian besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi, yang dipercayai lokasi terakhir selepas ia berubah haluan.

The Malaysian Insider difahamkan keluarga Jee akhirnya membuat keputusan untuk memfailkan saman itu selepas memberikan masa kepada pihak berkuasa mengesan pesawat itu.

"Sehingga kini, pesawat itu masih hilang dan ia sudah lebih 8 bulan sejak tarikh kejadian itu," kata satu sumber.

Pada masa sama, seperti waris yang lain, anak dan ahli keluarganya terus berada dalam keadaan tidak mempunyai maklumat dan terdesak mahu mengetahui apa yang berlaku kepada pesawat hilang itu.

Sumber itu berkata, terlalu banyak soalan yang tidak berjawab dan banyak teori diutarakan serta pendapat yang disiarkan.

Keadaan itu semakin teruk apabila kenyataan saling bercanggah, berbeza dan kenyataan yang tidak berbukti dibuat pelbagai pihak menyebabkan ahli keluarga marah, ragu-ragu dan merana.

Sebaik saja selepas kejadian itu, ada cubaan untuk memfailkan saman terhadap MAS di luar Malaysia.

Pada 31 Mac, hakim di Chicago menolak tuntutan sivil oleh firma guaman tempatan dan memarahi peguam kerana menganggap permohonan bagi pihak saudara penumpang pesawat MH370 itu tidak mengikut standard ditetapkan.

Hakim Kathy Flanagan membatalkan permohonan itu dan dalam keputusannya berkata ia tidak selari dengan undang-undang Illinois.

Dalam langkah mengambil tindakan undang-undang, Ribbeck Law Chartered memohon mahkamah Cook County memerintahkan MAS dan Boeing Co yang berpangkalan di Chicago mengeluarkan dokumen berkaitan kehilangan pesawat itu.

Hakim berkenaan membuat permohonan serupa oleh Ribbeck dalam dua kejadian nahas pesawat dan memberi amarah firma itu berdepan hukuman jika ia berlaku lagi.

Jurucakap Ribbeck Mervin Mateo dilaporkan berkata firma itu masih bercadang untuk memfailkan tindakan undang-undang jika dan bila bangkai pesawat itu ditemui.

The Malaysian Insider

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment