Penghujung benua Asia makin 'lenyap'
kedahlanie.info
SENAI - Pesisir pantai Taman Negara Tanjung Piai, Pontian yang menjadi tanah penghujung benua Asia juga salah satu kawasan di negara ini mengalami hakisan kritikal dan memerlukan tindakan segera daripada pihak berkaitan untuk mengawalnya.
Difahamkan sebelum ini, laluan pejalan kaki ke penghujung benua itu pernah ditenggelami air akibat mendapan dan apabila air surut, kawasan di Tanjung Piai berhampiran pokok bakau minyak tertua itu tidak dapat dimasuki dengan bot disebabkan kawasan itu semakin cetek.
Pengarah Kejuruteraan Pantai dan Lepas Pantai Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Ahmad Khairi Abd Wahab berkata, masalah ini berlaku mungkin disebabkan kawasan pembangunan di sekitarnya.
"Tanjung Piai juga antara lokasi yang dikategorikan sebagai salah satu kawasan yang mengalami hakisan secara kritikal dan tanah penghujung benua Asia yang berada di situ juga telah tiada kerana turut dibawa air.
"Ia mungkin disebabkan aktiviti pembangunan di kawasan pantai yang menyebabkan tiada keseimbangan secara semula jadi," katanya.
Ahmad Khairi berkata, pihak yang bertanggungjawab perlu ambil tindakan segera untuk mengawal hakisan.
"Hakisan adalah masalah negara dan penglibatan semua pihak yang berkaitan baik dari peringkat kerajaan negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta institusi lain yang berkaitan perlu untuk membantu menangani masalah ini," katanya.
Ogos lalu, dua rumah lenyap akibat ditenggelamkan air laut dalam tempoh tiga bulan sejak Mei lalu di Kampung Permata, Pontian berikutan hakisan pantai.
Ahmad Khairi berkata, walaupun proses hakisan pantai membimbangkan, ia tidak akan menyebabkan tanah di pesisiran pantai Semenanjung lenyap dalam masa terdekat kerana proses itu mengambil masa yang lama.

__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment