Tuesday, October 28, 2014

RG2014... Fw: Penduduk KG Diludah - Kena Rempuh Dengan DBKL & PDRM!

 



Wajah Polis Peludah Rakyat Tersebar.

telokbakong.blogspot
amenoworld.net
Inila wajah polis yang dikatakan telah meludah seorang mahasiswa akibat mempertahankan rumah seorang makcik dari dirobohkan oleh rejim zalim.

Kisah dia macam neh. Anak muda turun padang bagi menghalang perobohan kampung Chubadak. So mereka buat halangan. Polis macam biasa tak bagi chance. Terus bertempur, tangkap, tahan, bising dan err ludah?

Ludah? Ludah? Ludah?

SOP apa lue pakai polis? Yang p ludah2 orang neh?

Kau nak tangkap. Tangkap je la. Pasal apa main ludah2 orang ye tak? Sudah la meludah orang lepas tue buat bodoh je lepas ludah-ludah.

Polis semua bengkek sebab dorang melawan kaw2 tadi. Kena melawan. Aku tak faham orang2 UMNO kat citer neh. Mereka kata mereka nak tolong melayu. Tapi kenapa dalam isu Chubadak malaon2 tue tak turun pertahankan kampung warisan Chubadak? Chubadak bukan setinggan. Chubadak asalnya penempatan. Peneroka bandar tahu. Ditukar jadi setinggan selepas ditukarmilik kepada pemaju kapitalis. 

Dalam citer neh. 

Polis melayu. Berpakat dengan DBKL melayu. Berpakat dengan kapitalis bangsat YTL cina. Untuk halau orang melayu dari kediaman masing2.

Ini ke kau kata tolong orang melayu UMNO oi?

Macam gampang jek aku tengok.

Melayu tindas melayu. Patutnya DBKL mempertahankan hak penduduk untuk mendapatkan pampasan yang sewajarnya sesuai dengan tanah yang dirampas. Ini tanah bandar. Bukan tanah ceruk2 kampung. RM7,000 jek nilai pampasan bukan pampasan apa pun. Nak layan orang macam takde maruah plak dorang2 neh. Eh sial la. Marah plak aku jadinya.

Then. Cubaan geng2 pro UMNO untuk mencalarkan reputasi mahasiswa. Kononnya mahasiswa buat citer bangang.
Pertama. Kes ludah dah pun dibuat laporan polis. Tunggu siasatan. Laporan dah dibuat. Citer ludah bukan citer fitnah. Ia citer benar. Kita tengok apa kata polis. Buka ka tutup ka nafi ka fitnah ka apa ka. Kita sama2 tunggu.

Kedua. Gari tue tak semestinya kat belakang. Kat depan pun boleh. Ko tengok la gambar masa dia kena kepung dengan polis.
Polis nak gari dia. Kedua2 tangan dia kat depan la. Kalau tatau, tanya la.

Ketiga. Update facebook bukan macam update solat. Eh, update solat kena wudhu la. Kena ada tempat bersih dan bersesuaian. Takan main solat kat mana2 hala plak dengan arah kiblat tatau? Sebab tue bila dia boleh update facebook bagitau dia kena ludah dan tak dibenarkan bersolat, itu logik. Sebab ini zaman smartphone dan internet. Lepas tulis sebarang dua pas telefon kat member2 pegangkan jap sementara tunggu soal siasat polis. Apa yang peliknya pula.

Aku tahu geng2 UMNO kebarangkalian tak cerdik mereka tue tinggi. Tapi cuba la. Cuba la sesekali jangan tunjuk. Cuba la sesekali kasi sorok dan diam2. Kalau pun korang tak tunjukkan kebodohan korang sesekali, tak bermaksud kami anggap korang dah meninggal. Bertenang la wei.

Sekarang. Makcik Wahidah suami isteri apa citer? Dok dalam khemah. Ini sapa peduli? Sapa tahu? Malam, hujan, nyamuk, apa citer? Binatang liar ke apa citer? Ada peduli? Sedap2 roboh rumah orang. Mentang2 la mereka warga tua. Sedap2 aje DBKL membuli kan. Perangai macam lahanat. Barang2 makcik Wahidah belum habis berkemas dikeluarkan upacara bunuh rumah orang rancak berlaku kat belakang. Upah warga asing untuk buat kerja sebab DBKL dah cuak dengan orang kampung yang berapi dengan mereka. Kalau warga asing buat kerja takde isu sangat. Ye tak?

Lahanat-lahanat neh taktau bahawa tiap-tiap penindasan ke atas orang miskin yang dilakukan diperhatikan dan kami membina jaringan dendam. Eh, JAKIM mana? Mufti mana? Apa fatwa roboh rumah orang miskin, setannnnnnnnnnnnnn?

Updated.

Yang ludah mahasiswa tadi nama dia ASP Tan. Pegawai polis berbangsa cina.

 

Penduduk KG Diludah - KG Chubadak Kena Rempuh Dengan DBKL & PDRM!

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net
 
Gila kaw. 

Habis roboh rumah makcik2, pakcik2, kakak2, abang2, adik2 yang teraniaya. Aku tatau la apa puak2 kapitalis babik neh fikir kat otak dorang. Betul aku tatau. Walaupun aku tak nafikan duit penting tapi aku tak faham duit apa yang sanggup lead tindakan kau sampai menganiaya orang miskin apa semua?

Sebelum korang semua nak memekak salahkan perhatian tertumpu kepada dua kes pertuduhan yang membabitkan pembangkang, aku nak cakap sesuatu.

Pertama. Perhatian tidak tertumpu kepada dua kes pertuduhan tersebut.

Kedua. Yang beria2 menumpukan perhatian kepada kes2 tersebut ialah geng2 partisan dalam bilangan yang biasa-biasa saja.

Ketiga. Media yang beria2 tumpu kemaskini perkara tu di laman berita masing2 sebab tue kau rasa perhatian ter-arah ke situ.

Keempat. Dah kalau ko baca itu, itu je la yang ko nampak.

Bagi aku. Kes semalam, kes pertuduhan dan kes perobohan neh sebenarnya tiada kaitan langsung antara satu sama lain. Aku tak bersetuju pun dengan demo semalam tapi tak la buta2 nak kaitkan segala. Dan. Ramai lagi yang tak p layan dua kes mahkamah yang mana perbicaraannya sedang berjalan, so yang ramai2 neh la yang patut concern tentang apa yang berlaku di KG. Chubadak. Kalau berdekatan, minta tolong apa yang patut. Kalau berjauhan, minta tolong viralkan isu perobohan rumah miskin rakyat tertindas. 

Satu lagi. Aku meluat la dengan geng2 BN dok tuduh2 DBKL robohkan rumah warga asing pendatang tanpa izin. Macam lahanat. Jari bukan saja takde insurans bahkan minta aku potong jari2 celaka tu. Tanpa izin kepala hotak kaw.

Ini permainan depa sekarang. Tujuan?

Nak alih taktik. Supaya orang tak salahkan DBKL dan FRU. Supaya masyarakat awam tak rasa simpati pada golongan miskin yang tertindas itu.

Keji gila beb.

Sampai meludah orang kampung.

Baca sat ;
Gambar kerja2 perobohan sedang berlangsung ;
Antara maklumat yang aku berjaya kutip dari rakan2 yang berada di lokasi.

1. Beberapa pihak termasukla Fahmi Zainol kena tahan.

2. Sebab menghalang perobohan dari berlaku.

3. Namun roboh tetap roboh. Rumah makcik Wahidah yang ada poster dia tue dulu dah selamat dirobohkan oleh DBKL tanpa rasa bersalah.

4. Dan puluhan rumah lain bakal dirobohkan satu persatu selepas neh.

5. Ada yang main robohkan rumah dari arah belakang meskipun barang2 tak sempat dikeluarkan lagi.

6. Rundingan gagal untuk menghalang perobohan.

7. KG. Chubadak ditarifkan sebagai setinggan (haram) pada tahun berapa aku tak ingat, tapi sebelum tue kawasan perkampungan tu dianggap perkampungan warisan melayu di ibu kota. Ia mula tukar 'ketarifan' sebab kapitalis berjaya memiliki tanah tersebut untuk tujuan komersil.

8. Bila dah dicop sebagai setinggan maka pampasan yang diterima pun taraf2 setinggan je la. Jenis kalau ko tengok amount dia pun ko rasa macam lahanat punya YTL.

9. Aku perasan. Dah lama aku perasan. Aku tengok DAP tak peduli langsung dengan apa yang berlaku di KG. Chubadak. Kau rasa sebab bangsa ke? Agama ke? No. Bukan itu. Tapi sebab YTL. YTL dan DAP ada hubungan terlarang aku rasa. Perlawanan kuat datang dari rakan PAS. Yang PKR melalui Tian Chua dan aktivis2 rakyat dan PSM. DAP memang aku tak perasan langsung penglibatan mereka. Atau aku ketinggalan.

10. Sekarang yang kena roboh rumah2 neh tatau nak mengadap kat mana. Mereka bukan sahaja perlu berpindah ke tempat baru, bahkan kena tanggung hutang. Kalau yang makcik2, pakcik2 yang dah tua, uzur, tak mampu nak pinjam loan bank, ke mana arah mereka selepas neh? 

Nampak?

Faham tak?

Ada orang miskin. Tertindas kat sini. Macam mana nak tolong dorang. Cuba fikirkan. Aku dah penat membebel neh. Penat. Aku dah tatau nak buat apa dah untuk tolong dorang2 neh. Sedangkan mereka perlukan kita. Tapi apa je kita boleh buat untuk halang kezaliman tue. Tengok? Kemudian, gaduh sesama sendiri. Ataupun salahkan sesama sendiri. Atau apa? Entah. Aku dah tatau apa-apa dah.

Kbai.
 
 
 

DBKL kembali mengganas di Kampung Chubadak.. 3 Mahasiswa ditahan..

bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
 

Di saat seluruh mata orang politik dan aktivis tertumpu kepada kes mahkamah dua pemimpin besar Pakatan Rakyat hari ini, kesempatan itu digunakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk merobohkan kediaman penduduk Kampung Chubadak Tambahan.

Difahamkan turut berlaku pergelutan antara penduduk dan beberapa aktivis pelajar dengan pihak berkuasa ketika mereka berusaha mempertahan kediaman penduduk dari dirobohkan.
Antara rumah yang dirobohkan termasuk milik warga emas Wahida Mat Salleh, 73, atau lebih dikenali sebagai Makcik Wahida yang menetap di situ bersama suaminya sudah hampir 45 tahun.
Lebih 50 anggota DBKL termasuk pasukan Light Strike Force (LSF) yang berpakaian lengkap dikerah mengawal keadaan.

Dimaklumkan sekurang-kurangnya tiga aktivis mahasiswa ditahan pihak polis setakat ini ekoran tindakan mereka mempertahan kediaman penduduk dari dirobohkan.

Antara yang ditahan termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan aktivis Mahasiswa, Abdul Muqit Muhammad dan Khairol Najib Hashim.
Kesemua mereka dilaporkan dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Sentul bagi diambil keterangan. 

Sebelum ini beberapa kali cubaan dibuat pihak DBKL untuk merobohkan kediaman penduduk di sini namun dihalang oleh penduduk, ahli politik Pakatan Rakyat dan aktivis masyarakat.

Bagaimanapun hari ini, ramai di kalangan mereka terlibat memberi sokongan kepada dua kes mahkamah melibatkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peluang itu dilihat digunakan sepenuhnya pihak berkuasa Kuala Lumpur untuk meneruskan hasrat mereka merobohkan kediaman penduduk di kampung Chubadak Tambahan lapor HarakahDaily

Lagi gambar-gambar di tempat kejadian sila lihat di ( SINI ) dan di ( SINI )

Kalau semua pemimpin PR sibuk di Istana Kehakiman.. mana pulak perginya Ibrahim Ali dan PERKASA agaknya?

Katanya dulu "Perkasa amat serius melihat perkara ini kerana kawasan ini tempat orang untuk berteduh.  
"Saya amat kesal dengan tindakan DBKL yang mengambil tindakan untuk meneruskan kerja-kerja perobohan kawasan perumahan ini,"  
"Saya juga mendapat maklumat bahawa penduduk telah memohon injuksi di Makhamah tinggi pada 12 Jun lalu dan makhamah telah membenarkan injuksi tersebut berkuatkuasa selama 14 hari, sehingga 26 Jun.  
"Saya tidak bersetuju sekiranya pihak DBKL mengambil tindakan tergesa-gesa untuk merobohkan kawasan ini," jelasnya.  
Terlalu banyak kawasan perumahan orang Melayu di Kuala Lumpur ini telah dirobohkan.
"Saya berharap DBKL dapat cari peyelesaian yang lebih baik untuk pihak mereka dan penduduk," 
Mana dia???

Atau mungkin kerana Kampung Chubadak yang merupakan perkampungan Melayu ini berada di Kuala Lumpur.. diranapkan semuanya pun tak apa..

Lainlah kalau Kampung Chubadak ni berada di Pulau Pinang.. berduyun-duyunlah pejuang bangsa turun mempertahankannya...

Yang tak berapa jelas mengenai isu Kampung Chubadak ni sila baca di SINI 
 
 
 

Kejamnya.. Rumah masih berpenghuni di Kampung Chubadak diroboh DBKL?

darisungaiderhaka.blogspot

Bersandarkan kepada prinsip mahu mempertahankan identiti kampung Melayu tradisi inilah yang menyebabkan kira-kira 160 keluarga di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul berusaha selama 12 tahun memperjuangkan nasib kampung mereka yang kini hanya tinggal sekangkang kera akibat dihimpit pembangunan di sekelilingnya.

Lokasi Kampung Chubadak yang hanya lima kilometer dari pusat bandar menjadikan kawasan tersebut umpama lubuk emas dan menjadi rebutan banyak pihak untuk membangunkannya dengan penempatan mewah yang sudah tentu memberi pulangan jutaan ringgit.

Tatkala kawasan di sekelilingnya dipacakkan bangunan-bangunan tinggi, kampung yang berusia lebih 50 tahun ini masih di takuk lama.

Sekali pandang, kampung tersebut umpama setinggan di Ciliwung, Jakarta, cuma bezanya Kampung Chubadak bukan berstatus setinggan walaupun kebanyakan orang beranggapan sebegitu.

Menurut maklumat yang diperoleh, tanah di kampung tersebut telah memperolehi pengiktirafan milikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998 yang mengatakan bahawa ia adalah milik peneroka-peneroka bandar dan perlu membayar ganti rugi kepada mereka sekiranya ingin memajukan kawasan tersebut.

Menurut keputusan itu, ganti rugi yang perlu dibayar oleh pemaju adalah berdasarkan keseluruhan kos yang dialami penduduk untuk kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian rumah atau mereka dibayar dengan nilai semasa rumah yang ditaksirkan oleh penilai tanah bebas yang dipersetujui bersama kedua-dua pihak serta pembayaran segala kos sampingan berhubung penempatan semula penduduk.

Bagi mendapat gambaran yang jelas, wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia menyusuri kampung berkenaan berikutan berlakunya pertikaman lidah di antara penduduk dan pemaju yang didakwa menceroboh kawasan kampung tersebut baru-baru ini.

Penduduk mendakwa, pemaju telah membina pagar berdekatan jalan utama ke kampung tersebut sehingga empat buah rumah penduduk telah dirobohkan.

Oleh itu, maka terjadinya pertelingkahan di antara pemaju dengan penduduk yang masih belum ada kesudahannya sehingga kini.

Difahamkan, penduduk di kampung tersebut merupakan waris generasi keempat kepada mereka yang meneroka dan menetap di kawasan itu seawal tahun 1980-an.

Namun pada pada tahun 1996, kampung tersebut digegarkan dengan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan pemaju untuk membina beberapa blok apartmen di kawasan berkenaan.

Natijahnya, bagi mempertahankan kampung mereka, ramai di kalangan penduduknya pernah bermalam di lokap gara-gara mengadakan perhimpunan bagi menghalang pemaju daripada meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Sebahagian daripada penduduk pula menerima tawaran yang diberikan oleh pemaju iaitu pampasan sebanyak RM7,000 dan sebuah rumah untuk diduduki iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.

Menurut Ketua Kampung Chubadak Tambahan, Rahim Ali, sebelum ini telah beberapa kali penduduk membuat bantahan kepada DBKL namun tiada tindakan yang diambil memandangkan ia bukan di bawah bidang kuasa mereka kerana tanah berkenaan adalah hak pemaju.

Katanya, yang menjadi kemusykilan ialah bagaimana tanah kampung itu dijual kepada pemaju tanpa diiklankan serta di luar pengetahuan penduduk yang menjadi pewaris kepada tanah tersebut.

"Penduduk kampung bukanlah menolak pembangunan yang hendak diadakan namun mengapa mereka menggunakan cara yang kasar begini... pendapat kami langsung tidak diambil kira dalam membuat sebarang keputusan.

"Jika benar sekalipun di luar bidang kuasa DBKL, tidak bolehkah DBKL membantu kami untuk memperjelaskan masalah tersebut dan bukan hanya dengan menawarkan unit kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sahaja untuk menempatkan kami.

"Kami bukan setinggan. Kami adalah pewaris kepada tanah peneroka-peneroka bekas lombong ini dan kami memerlukan keprihatinan semua pihak bagi menyelesaikan kemelut yang menimpa penduduk perkampungan Melayu ini," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Chubadak.

Tambahnya, lebih menyedihkan, DBKL telah mengkategorikan kampung tersebut sebagai penempatan setinggan dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCP) 2020 yang telah dilancarkan pada tahun 2008 bersama-sama lima buah kampung lagi.

Kampung lain ialah Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Bahagia dan Kampung Puah.

"Saya hairan mengapa kampung-kampung ini dikatakan setinggan setelah nenek moyang kami yang meneroka kampung ini satu masa dahulu," katanya.

Seorang lagi penduduk, Ramlee Ahmad, 38, memberitahu, keadaan di kampung tersebut menjadi kucar-kacir sejak beberapa tahun dahulu apabila pihak pemaju mula menutup dan mengubah laluan utama untuk masuk keluar ke kampung berkenaan tanpa membuat sebarang makluman.

Ujarnya, jalan tersebut ditutup bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan dijalankan. Tambahnya, berang dengan tindakan tersebut, penduduk beberapa kali mencabut pagar-pagar yang didirikan menyebabkan pemaju 'kepanasan' sehinggakan terpaksa melibatkan campur tangan polis bagi menyelesaikan isu tersebut.

Malangnya, ia pasti berakhir dengan pertelingkahan dan penahanan penduduk kampung walaupun pada awalnya hanyalah niat untuk mengadakan perbincangan sahaja.

"Kalau tidak silap saya, sudah beberapa kali saya terpaksa berdepan dengan insiden di mana penduduk kampung ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kerana kesalahan kacau ganggu pemaju.

"Namun apa yang membanggakan saya ialah penduduk kampung ini tidak kisah bermalam di lokap demi memperjuangkan nasib tanah mereka dilahirkan seperti mana yang dilakukan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan negara dahulu.

"Jadi saya amat berharap, kerajaan dapat campur tangan bagi menyelesaikan masalah ini demi kepentingan hak orang Melayu yang menetap di kampung ini," tegasnya.

Bagi Siti Solehah Husaini, 44, walaupun dia telah beberapa kali ditangkap polis kerana menghalang kerja-kerja pembinaan yang dijalankan pemaju, dia tidak kisah asalkan tanahnya tidak tergadai.

"Setiap kali saya ingin berbincang dengan pemaju mengenai hak tanah ini, pastinya ia tidak dapat dilaksanakan dengan baik sehingga menyebabkan pergaduhan dan yang terbaru ialah pada 21 Ogos 2008 lalu di mana anak saya juga ditangkap.

"Saya tidak tahu apakah kesalahan kami... memperjuangkan hak ke atas kampung sendiri daripada diceroboh pun dikira kesalahan sehingga boleh ditahan.

"Penduduk kampung sama sekali tidak menolak pembangunan yang hendak dijalankan tetapi biarlah dengan beradab memandangkan kami adalah pewaris kepada tanah ini," katanya.

Nada yang sama disuarakan oleh Rosidah Mohd. Daud, 43, yang mengakui bahawa masalah tersebut berlaku memandangkan penduduk tidak mempunyai geran tanah yang membuktikan tanah tersebut milik mereka, berbeza dengan pemaju yang memiliki geran tersebut.

"Saya tidak tahu bagaimana pemaju memperoleh geran tanah tersebut sedangkan kami tidak mengetahui siapa yang menjual tanah ini.

"Apa yang kami tahu, kami mempunyai keputusan mahkamah yang mengatakan bahawa kami mempunyai ekuiti ke atas tanah kampung ini, yang membezakan antara kami dengan penduduk setinggan," ujarnya.

Begitulah nasib segelintir penduduk di Kampung Chubadak Tambahan yang hak mereka ke atas tanah diduduki masih samar-samar namun tidak akan berganjak daripada pendirian mereka untuk tetap utuh memperjuangkannya. 

Itu adalah apa yang telah dilaporkan mengenai Kampung berkenaan oleh Utusan Malaysia pada 25hb Ogos 2008 di SINI

Masa berganti masa, hari berganti minggu, minggu berganti tahun.. tiba-tiba pagi semalam, dua buah rumah penduduk Kg Chubadak Tambahan dirobohkan melalui operasi DBKL.

Dikhabarkan pada waktu kejadian ada lagi 50 keluarga di sana.

Khabarnya, khamis ini lebih banyak rumah akan menyembah bumi, padahal, kes masih dalam bicara Mahkamah Tinggi.

DBKL dengan tidak memperdulikan dan memikirkan nasib penghuni-penghuni yang ada dengan lagak laksana tentera Israel bakal merobohkan rumah-rumah yang ada..

Dikhabarkan juga selama ini penduduk-penduduk di Kampung ini begitu setia kepada UMNO tapi ini bukan soal politik.. ini soal perikemanusiaan..

Walaupun mereka menyokong UMNO/BN, mereka juga punya hak untuk hidup selesa walaupun tak selesa seperti dua ekor Panda dari China itu..


Sumber gambar dari Facebook Mazlan Aliman
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment