Monday, October 27, 2014

RG2014... Fw: Harga Gas Memasak Naik 50 sen

 



Harga Gas Memasak Naik 50 sen

greenboc.blogspot


Harga gas memasak naik lagi 50 sen mulai 1 November 2014.

Menerusi pekeliling yang tersebar, pihak Summit Petroleum SDN BHD akan menaikkan harga produk Gas Petroleum Cecair (GPC) sebanyak 0.50 sen daripada harga gas sedia ada.

Tambah Syarikat tersebut, kenaikan harga gas itu tidak boleh dielakkan kerana merangkumi kenaikan kos perkapalan dan belian premium produk.

Bagaimanapun, produk gas memasak yang mengalami kenaikan harga hanyalah produk gas jenama "Solar Gas" keluaran Summit Petroleum SDN BHD sahaja. -mavister.com

ULASAN GB

Walaupun kerajaan telah mengumumkan tiada kenaikan harga untuk gas memasak, tetapi kenaikan harga petrol menyebabkan syarikat pengeluar gas memasak menaikkan kos keluaran mereka dan memindahkan kenaikan mos itu kepada pengguna.

Dan walaupun yang naik itu ialah produk gas jenama "Solar Gas", biasanya ia akan diikuti oleh syarikat-syarikat pengeluar gas memasak yang lain di dalam waktu terdekat.

Kesannya, lingkaran kejam inflasi tidak dapat dielakkan. Kenaikan barang-barang makanan dan lain-lain yang menggunakan gas memasak akan turut naik selain dari kenaikan mos hidup rakyat.

comments:

 

Anonymous said...

YAHOO!!!!!

orang orang Melayu sudah kaya raya ada banyak duit boleh bazir dan belanja besar tuk masak makan minum harian.

alhamdullillah

Anonymous said...

Org dulu 2 dapor kayu tiada masallah pun.

Anonymous said...

Syok la najib sbb gas masak suda naik

Anonymous said...

Menteri mana entah yg hari tu beria2 nak hantar kakitangan ambik tindakan pd org yg naikkan harga barang sewenang2.
Hari minggu ni tengah tido kot?

Anonymous said...

Dua benda yg org miskin guna tapi dah naik:
i. Tambang bas sekolah
ii. Gas masak

BaDiN said...

patutnya dikurangkan isi gas dlm setiap silinder adalah lebih baik drpd naikkan harga gas.malaysia beli gas drpd negara mana hinggakan harga perlu sama dgn negara luar.Cuba bandingkan dgn negara2 pengeluar yg lain adakah utk kegunaan dalam negara perlu diselaraskan dgn negara2 yg tiada mengeluar gas.

Anonymous said...

Tahniah & syabas kpd pengundi tegar krn 'bijak' memilih pemerintah...

Ganyang Rakyat said...

org umno nk tunggu sampai terpaksa makan ubi kayu baru nk kata ,"umno punca kita tk makan".

bersedialah utk jadi petani pesawah dan pekebun kecil. yg penting najib dan rosmah jgn sampai terjejas cara hidup mewah mereka.

ingat, subisidi bahan api hanya tinggal 28sen saja lagi. maybe tahun depan subsidi akan habis, 0 sen. sedangkan IPP mendapat subsidi tahunan berbillion2.

ketika itu apa lagi umno nk perah darah rakyat?

umno adalah parti dayak red indian yg tak tau apa2.

Anonymous said...

Kpd anon 11.28am tak payahlah nak tunjukkan kebodohan kau tu. Kalau duk kat tengah bandar & rumah flat kau nak pakai dapur kayu ke? Biar terbakor pulak rumah flat tu. Kita tak tahu siapa yg bodoh tetapi bila menulis jelas kebodohannya.

Hanya penyokong umno aje bodoh sejak dulu, kini dan selamanya.....................

Mohd Nizam Badaruddin said...

Biskut lemak tak naik harga tapi saiznya mengecil hampir 15 %

Biskut Marie pun tak naik harga tapi kalau beli, barisan sebelah tengahnya lompang (kosong). terima kasih BN. INGAT. semua menteri kabinet AKAN KU DAKWA KALIAN DI MAHKAMAH YAMMUL AKHIRAH

Anonymous said...

Taniah minta terus sokong BARANG NAIK supaya terus guna dapur kayu

Anonymous said...

kita nak cipta 3 in one punya kuali/periuk/cerek Bawah sekali cerek utk jerang air Bhgian tengah periuk utk masak gulai atau nasi dan yg paling atas kuali utk goreng ikan atau sayur
Dah siap design hrp GB beri kerjasama siarkan

Anonymous said...

tambang bas naik utk stage pertama sbb hrg petrol naik Lepas ni tambang bas naik sbb gas masak naik rantaian sbb hrg makanan naik Tambang bas akan naik lagi bila gaji pemandu dan kos penyelengaraan naik Tambang akan naik lg bila raya puasa 2015

nasib ko lah Labi

in respond to

Anonymous said...
Dua benda yg org miskin guna tapi dah naik:
i. Tambang bas sekolah
ii. Gas masak
 

Anonymous said...

Mana lebih jimat guna dapur gas atau dapur letrik ?

Amuraria said...

tima kacih gomen prihatin & terlampau baik ! ABU !

Anonymous said...

Paling Jimat adalah tidak sokong BARANG NAIK. Tapi orang miskin orang kampung Suka BARANG NAIK. Apa boleh buat? Salahkan cina yang kerja keras bayar cukai dan tidak sokong BARANG NAIK?

Anonymous said...

Kesimpulannya negara malaysia adalah paling pelik di dunia yg mana minyak diperolehi dieksport bukan digunakan oleh rakyat sendiri sepertimana kebanyakkan negara pengeluar minyak yg lain buat. Lu sendiri tekalah siapa manusia sial yg tetapkan polisi minyak yg diperolehi oleh malaysia akn dieksport krn kualiti tinggi kononnya.

Anonymous said...

jangan bising2 dulu
Cuba ambil buku sila catatkan senarai barang dan harga kenaikan
setiap barang, contoh:
RON 97 = Rm 0.20
Gas Masak = 0.50
_________________
Jumlah =
_________________

Lepas tu barulah kita nampak berapa lebihan yang kena tambah sepanjang bulan.
Sedangkan pendapatan sesetengah orang tidak bertambah dengan mudah
kecuali semakin dihimpit oleh desakan keperluan semasa yang tentunya tidak pernah berkurangan.

Anonymous said...

Kalau di senaraikan kenaikan semua harga barang agaknya berapa banyak
lebihan yang kena tanggung sepanjang bulan.

Sedangkan pendapatan sesetengah individu tidaklah bertambah dengan mudah kecuali sentiasa dihimpit beban keperluan semasa yang tak dijangka.

Anonymous said...

Br1m kan ada.. Entah lh kerajaan mgambil mudah hal knaikan hrga brg.. Sdgkan xmampu mgawalnya.. Kempen bwa bekal! Mcm2 kempen bodoh dpkenalkan.. Tp pru akn dtg menang jugak.. Sbb org kampung pnya pasal... Sbah & srawak pn satu hal... Payah btol.

Anonymous said...

nampaknya lepas ni kita beramai-ramai guna dapur kayulah. kalau guna dapur elektrik, tarif elektrik dah naik.

Anonymous said...

Yang benar

Anonymous said...

Taukeh Lemang dah kontrak semua kayu api Tu pun tak tahu berapa lama taukeh lemang boleh kontrol sbb lepas ini kayu api pun mesti ada kelulusan utk di gunakan dan satu lagi akan tertubuh lah syarikat besar membekal dan membeli segala pokok kayu

ko org pusing macamana pun yg kaya dan senang bukan rakyat !!

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment