Tuesday, October 28, 2014

RG2014... Di Indonesia... hina Presiden di facebook adalah satu kesalahan, boleh dipenjara 10 tahunn

 

Di Indonesia... hina Presiden di facebook adalah satu kesalahan, boleh dipenjara 10 tahun

Untunglah... sebab di Malaysia semua orang boleh hina Perdana Menteri di media sosial dan tidak ada sesiapa yang kena tangkap.

Sedangkan di Indonesia juga banyak negara lain di seluruh dunia, ketua negara dilindungi dengan undang-undang khusus.

Polis Indonesia menahan seorang pemuda berusia 24 tahun Khamis lalu kerana menghina Presiden Jokowi di Facebook sejak Julai lalu.

Hanya dikenali sebagai MA, pemuda terbabit dikatakan terpengaruh dengan kehangatan persaingan pilihan raya presiden, Julai lalu.

Peguam MA, Irfan Fahmi berkata, pemuda terbabit terikut-ikut dengan suasana politik semasa.

Ketika itu MA menggunakan akaun Facebooknya untuk memuat naik beberapa kandungan menghina Jokowi.

"MA tidak tahu perbuatannya itu boleh menyebabkan dia dipenjara.

"Tambahan pula pekerjaannya hanya tukang cucuk sate di sekitar rumahnya di Ciracas, Jakarta Timur," katanya.

MA ditangkap pada awal pagi 23 Oktober lalu di rumahnya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Indonesia dan ditahan reman sehingga kini.

Dia kini berdepan pelbagai tuduhan, termasuk mencemar nama baik dan melanggar undang-undang pornografi.

Jika didapati bersalah, MA boleh dipenjara sehingga 10 tahun.

Sementara itu Irfan berkata, keluarga MA ingin bersemuka denan Jokowi bagi meminta maaf secara langsung dan berharap kes berkenaan tidak dipanjangkan.

"Jika diberi keizinan, keluarga MA mahu bersimpuh di kaki Jokowi dan memohon pemuda terbabit dibenarkan pulang segera.

"Ketika saya temuinya tadi (Selasa), MA kelihatan begitu ketakutan," katanya.-29/10/2014

__._,_.___

Posted by: "Sr Rizz.r" <junior.rizz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment