Mental kut...
KANAK-KANAK 3 TAHUN DIIKAT KAKI DAN TANGAN OLEH PENGASUH KEJAM TIDAK BERHATI PERUT YANG MENJADI GEMPAR SELURUH NEGARA.
Lemah dan luluh hati seorang ibu apabila mendapati anaknya berumur tiga tahun diikat dalam keadaan meniarap di rumah pengasuhnya
Muhammad Nor Nalis Esma Abdullah,3 tahun ditemui ibunya Nalita ahmad,38,semasa melakukan intipan di rumah pengasuh itu pukul 10 pagikelmarin
Lebih menyedihkan Nalita,apabila mendengar sendiri pengakuan pengasuh itu yang anak bongsunya itu bukan sahaja diikat tetapi turut dipukul dan dibiarkan kelaparan beberapa kali sebelum ini.
Rumah pengasuh itu berada ditingkat lapan manakala rumah Nalita di tingkat lima Flat Taman Seri Pinang,Sungai Puyu,Butterworth, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Polis, Abdul Rahman Ibrahim yang dihubungi pemberita mengesahkan kejadian itu dan berkata,sebaik menerima lapuran ibu mangsa,pengasuh itu ditahan malam itu juga dan kini direman.
Budak Diikat Kakitangan Oleh Pengasuh
KEPALA BATAS - Seorang ibu terkejut mendapati anak lelakinya yang berusia empat tahun terbaring di lantai rumah pengasuhnya di Taman Seri Pinang, di sini, hari ini, dengan tangan dan kakinya diikat.
Kejadian itu disedari ketika wanita itu membuat 'pemeriksaan mengejut' di rumah pengasuh itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, polis menahan pengasuh berusia 39 tahun itu selepas menerima laporan wanita itu, seorang pekerja kilang.
Dia direman sehingga esok bagi membantu siasatan.
Ketika kejadian, hanya anak pengasuh berumur kira-kira 11 tahun berada di rumah itu.
Menurut sumber, kanak-kanak itu dijaga pengasuh tersebut sejak Jun tahun lalu.
"Sebelum ini, tiada masalah berlaku membabitkan anaknya.
"Namun, sejak akhir-akhir ini, ibu mangsa mendapati anaknya itu sentiasa dalam keadaan lapar dan mengambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan anaknya ketika di rumah pengasuh tersebut," katanya.
Menurut sumber itu lagi, kanak-kanak itu diikat kerana didakwa nakal.
Posted by: evaraed@gmail.com
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (4) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment