Wednesday, October 29, 2014

RG2014... Fw: Isu tepung gandum penyebab penyakit kronik

 



Persatuan pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengutarakan masalah tepung gandum yang mengandungi bahan Benzoil Peroksida untuk memutihkan tepung gandum. Bahan tersebut dikatakan boleh menyebabkan penyakit kronik.

PPIM juga mengatakan berkemungkinan tepung gandum yang diperkayakan mungkin ditambah dengan bahan yang mengandungi babi. Bahan tambahan bagi memperkayakan kandungan tepung gandum adalah Vitamin B1.

Untuk menambah Vitamin B1 yang bersumberkan bijirin, harganya adalah mahal. Ini akan meningkatkan kos pengeluaran. Jadi untuk jimatkan kos, bahan bersumberkan babi boleh digunakan kerana ianya adalah jauh lebih murah.

Tak pasti dengan kenyataan PPIM berkenaan isu Vitamin B1 bersumberkan babi, tapi bagi menjawab isu bahan peluntur yang boleh menyebabkan penyakit kronik, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat kenyataan akhbar bagi merungkai masalah tersebut.

Kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia

Berikut adalah kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menjawab dakwaan Persatan Pengguna Malaysia terhadap isu penggunaan bahan peluntur dalam tepung gandum.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar Berita Harian bertarikh 27 Oktober 2014 mengenai dakwaan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum boleh menyebabkan penyakit kronik. 

Benzoil peroksida adalah kondisioner makanan di bawah aditif makanan yang dibenarkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (PPM 1985). Ia dibenarkan di dalam tepung pada tahap tidak melebihi 50 mg/kg. 

Dalam hal ini, benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu oleh badan penilai antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA). 

Justeru, Codex Alimentarius Commission (CAC), iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme telah membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75 mg/kg. 

Di samping itu, penambahan benzoil peroksida dalam tepung gandum juga dibenarkan di negara Singapura, Jepun, dan Amerika Syarikat manakala Australia New Zealand Food Standards Code membenarkan ianya digunakan dalam semua makanan. 

KKM sentiasa memantau perkembangan isu-isu semasa serta bukti-bukti sains terkini berhubung keselamatan makanan. 

KKM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kesihatan pengguna sekiranya terdapat bukti-bukti saintifik terkini daripada badan-badan antarabangsa seperti Codex dan JECFA yang membuktikan mana-mana bahan dalam makanan adalah berbahaya kepada kesihatan.

Ini termasuk mengkaji semula apa-apa peraturan makanan sediada di bawah PPM 1985. Walau bagaimanapun, bukti-bukti saintifik terkini tidak menyokong dakwaan bahawa benzoil peroksida adalah berbahaya kepada kesihatan.

Walau apapun, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna.

Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh memaklumkan KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
28 Oktober 2014

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment