Wednesday, October 15, 2014

RG2014... Fw: akan langsaikan hutang PTPTN jika status kewangan kukuh

 



UNDIAN: Ramai pelajar akan langsaikan hutang PTPTN jika status kewangan kukuh

Dilulus untuk paparan oleh lararatu

tranungkite.net

 KUALA LUMPUR: Kebanyakan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hanya akan melunaskan pinjaman mereka sekiranya status kewangan mereka kukuh.

Menurut undian yang dijalankan oleh Astro AWANI bertajuk, 'Diskaun PTPTN, adakah anda akan lunaskan pinjaman?' pada Isnin, sebanyak 54.46 peratus orang memilih jawapan ia bergantung kepada status kewangan mereka.

Manakala sebanyak 29.46 peratus menjawab yang mereka akan melunaskan pinjaman mereka.
Sementara itu, sebanyak 14.29 peratus berkata mereka tidak akan membayar pinjaman itu, manakala hanya 2 peratus memilih jawapan 'tidak tahu'.

Di laman Facebook Astro AWANI pula, ramai pembaca mengemukakan komen bahawa mereka akan melunaskan pinjaman PTPTN sekiranya tiada bayaran faedah dikenakan.

Pengguna Facebook Asri Maju mengemukakan komen "Pinjam RM10,000 bayar RM10,000 lah.. kenapa kena bayar lebih pulak..ini tabungan bukan bank."

Mohd Iskandar Md Sulaiman pula berkata "tambah lagi satu inisiatif, zero interest...bayar ape jumlah yang pinjam sahaje...confirm jumlah bayar balik mesti tinggi."

Siti Hamidah Abdul Rahman berkata "kalau betul hendak bantu tidak perlu kenakan interest. Sudah lah kitaorang tersepit hendak hutang kereta rumah dan lain-lain selepas habis belajar."

Seorang lagi pembaca Facebook, Anuar Mat menjawab ringkas '0 interest'.

Dalam Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Jumaat lepas, tiga inisiatif baharu bagi meringankan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diumumkan.

Ia termasuk diskaun 10 peratus kepada pinjaman yang dibayar berterusan selama 12 bulan sehingga Disember 2015, 20 peratus diskaun kepada penyelesaian bayaran sekaligus sehingga 31 Mac 2015 dan had pendapatan isi rumah pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dinaikkan kepada RM4,000.

sumber

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment