Tuesday, October 14, 2014

RG2014... Fw: Isteri Lari Ikut Kekasih Gelap Dikenali Melalui Internet

 



Lagi Kes Isteri Lari Ikut Kekasih Gelap Dikenali Melalui Internet

greenboc.blogspot.


Seremban - Akibat jatuh cinta dengan lelaki lain yang dikenali menerusi internet, seorang wanita sanggup meninggalkan suami dan tiga anak berusia 2 hingga 6 tahun.

Wanita berusia 30 tahun itu bukan saja hilang tanpa berita sejak setahun lalu, malah tidak pernah ambil tahu keadaan suaminya, Sheikh Mahathir Hassan, 33, yang dikahwini sejak 11 tahun lalu.

Sheikh Mahathir tetap berusaha mencari walaupun harapan untuk berjumpa tipis, bagi memastikan anak mereka, Saifuldin Hakimie, 6, Saifuldin Nazamie, 4, dan Saifuldin Azimanamani, 2, mendapat kasih sayang ibu sendiri.

Sheikh Mahathir yang berasal dari Melaka berkata, hidup mereka sekeluarga berubah selepas dia mendapati isterinya sering bercakap di telefon dan melayari internet.

"Saya pernah bertanya kepadanya tetapi dia menafikan. Sehinggalah saya menemui dua kad sim telefon bimbit yang rupa-rupanya digunakan untuk berhubung dengan kekasih gelapnya itu,"
katanya.

Menurutnya, paling menyedihkan apabila isterinya terus menghilangkan diri selepas memberi alasan mahu menjenguk bapanya di rumah.

Sheikh Mahathir berkata, kehidupannya kini tidak lagi terurus sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai mekanik kerana perlu menjaga tiga anaknya itu.

"Saya pernah beberapa bulan tinggal dalam kereta bersama anak-anak kerana tidak lagi mampu membayar sewa rumah," katanya.

Sejak berpindah di rumah baru, dia juga tidak pernah membayar sewa kerana tidak mampu, bagaimanapun tuan rumah memahami masalah dihadapinya.

Bagi meneruskan hidup, Sheikh Mahathir berkata, dia mengambil upah mengambil buah kelapa dan sesekali bekerja kampung untuk menyara diri dan anak-anaknya.

"Kalau boleh saya mahu bekerja tetap tetapi saya buntu memikirkan siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Mahu mencari orang, saya sendiri tidak mampu.

"Macam sekarang pun kalau saya pergi kerja, saya bawa mereka sebab risau jika tinggal sendirian di rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman NZ, Jalan Senawang - Paroi, di sini semalam. -SH
Anonymous said...

Melayu lagi...

Orang Melayu ini sememang singkat akal , kuat ikut nafsu dan rata rata kuat ikut emosi.

Orang Melayu pantang di cabar , maka bila setan cabar nafsu nya cepat kantoi terutama cabaran bersenggama.

Sedih anak anak jadi mangsa !

Anonymous said...

Sekadar beri pandangan & munkin jalan keluar.

Banyak berfikir dan tajamkan setiap pemikiran untuk menemui tepat satu jalan penyelesaian. Jangan berhenti dan jemu berdoa kepada Allah memohon rahmat dan petunjuk darinya.

Tumpangkan sementara penjagaan anak kepada keluarga terdekat yang boleh diharap dan sanggup membantu. Cari kerja tetap, munkin mudah dapat, kerana kamu pernah bekerja makenik, tambahkan pendapatan buat kerja sendiri atau kerja lebih masa. Sara anak anak secukupnya tanpa penggantungan belas ikhsan dari penjaga sementaranya.

Saya tidak menggalakan menunggu dan menanti kepulangan isteri yang telah lari walaupun ia ibu kepada anak anak kamu. Cepat cepat cari pengganti yang sesuai yang sanggup menerima kehadiran anak anak kamu.

Diakhiri dengan doa semoga Allah permudahkan segala galanya. Ingatkan Allah semasa kamu kesusahan dan jangan lupakan Allah selepas kamu mendapat kesenangan.

Li'l Abner said...

Jangan sesekali menyimpan harapan bahawa hidup anda hanya akan berubah apabila isteri kembali kepangkuan anda. Tukarkan pemikiran anda kpd hakikat isteri anda tak akan kembali lagi dan anda akan berjaya dan
tanpa kehadiran isteri. Selagi anda kesiankan diri sendiri anda akan jadi lemah dan mangsanya adalah anak2. Hanya anda yg boleh merubahkan nasib anda sendiri.

Adukakah90 said...

Jangan mengalah dengan dugaan Allah. Untuk meningkatkan seseorang itu, memang Allah uji dengan bermacam-macam ujian. Bina kekuatan dalam diri sendiri, lupakan isterimu itu. Yakin bahawa Allah Maha Bijaksana, yakin Allah akan ganti dengan yang lebih baik, demi anak-anak berkorbanlah. Usaha mencari agensi / mereka yang diberi tanggungjawab untuk membantu, tebal muka sesama manusia untuk keikhlasan. Namun saya tidak lupa bahawa "Berat mata memandang, berat lagi hati memikul ".

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment